Lagu masih diputarkan DJ walaupun tetamu sudah beransur pulang. Anak mata Tiha meliar ke sana ke sini mencari kelibat seseorang.
"Tiha cari siapa?" Sang suami yang baru saja menikahinya itu menyoal lembut.
Tiha berhenti mencari. Anak matanya naik menatap wajah si suami yang kacak bertanjak.
"Cari mak." Tiha mencarik senyum. Memang dari tadi dia mencari ibu mentuanya. Sibuk sangat melayan tetamu sampai tak sempat nak bersapa lebih lama dengan si ibu mentua. Tak sedap hati jadinya. Dia ingat pesan ayah, ibu mentua itu darjatnya sama macam ibu sendiri. Nak masuk keluarga orang, kena jaga adab. Jaga nama baik ayah. Laith ikut mencari kelibat ibunya sebelum pandangannya jatuh pada wajah si isteri yang cantik dengan solekan.
"Mak sibuk layan tetamu lagi. Nanti Tiha jumpalah mak tu. Jom, abang kenalkan dengan kawan-kawan abang." Laith meraih tangan isterinya itu menuju ke arah kawan-kawannya. Belum pun mereka sampai ke arah kelompok itu, anak mata Tiha menangkap figura si ibu mentua.
"Itupun mak, Tiha pergi jumpa mak kejap ya." Tiha leraikan pegangan tangan Laith dan melangkah laju mendapatkan si ibu mentua.
"Tak sangka Laith pilih anak Isa. Aku ingat jadi dah dengan yang lama tu."
"Entah, aku pun tak tahu kenapa Laith pilih dia. Yang dulu tu dah cukup serba serbi. Tiba-tiba nak batal. Tahu-tahu nakkan si Tihani tu."Tiha berhenti melangkah apabila mendengar perbualan ibu mentuanya dengan Mak Piah. Tiha kenal kawan-kawan ibu mentuanya itu. Rumah dia dan Laith bukannya jauh sangat. Satu mukim yang sama.
Tiha kenal Laith tak lama dan terus berkahwin. Laith yang masuk meminang sendiri dan Tiha pula terima kerana ayah sukakan Laith. Tiha tak tahu pasal kisah silam Laith... Tiha pandang Laith dari jauh. Kenapa hati Tiha jadi tak sedap? Laith ada pilihan lain ke sebelum ni?
EDAR-AN FILE DIJANGKA MULAI 13HB REGA PR0M0-SI SAMPAI 20HB SHJ.
YOU ARE READING
PENANTIAN UNTUK BAHAGIA ( EBOOK)
RomanceTiha cuma menurut apabila ayahnya menjodohkan dia dengan Laith. Baik bagi ayahnya, baik jugalah baginya. Kata ayah, suami itu jalan untuk dia ke syurga. Dan Tiha mahu ke syurga. Namun, Tiha tidak tahu jalan yang dia lalui bakal berliku dan penuh dur...