𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢
KELOPAK mata dibuka perlahan seraya dengan deruan nafas yang kencang. Seluruh tubuh bagaikan lemah. Denyut di kepala masih belum pulih sejak seminggu lalu.
Jibrael merintih sakit. Dia meringkuk atas katil. Tangan terkapai-kapai membuka laci meja di sebelah katil. Bila sudah terbuka, ubat pil dicari pula. Sakit kian menjadi-jadi hingga kabur pandangannya.
"Sa..." Ingin tuturkan perkataan pun tidak kesampaian.
Jibrael gagahkan diri untuk duduk dan mencapai ubat serta botol air. Terketar-ketar tangannya mengeluarkan ubat sehingga beberapa ubat jatuh ke lantai.
"Jibrael... Are you okay?" Teguran Hara membuat Jibrael cepat-cepat selukkan botol ubat di bawah bantal. Dia pusing kepala memandang isteri tercinta.
"I'm fine, istimewa. Kenapa bangun ni, sayang?" Jibrael panjangkan tangan memeluk pinggang Hara lalu menarik lembut tubuh Hara.
Jibrael ubah posisi. Tubuh disandar ke kepala katil kemudian tubuh Hara sandar di dadanya. Dagunya dan kepala Hara bertemu. Jibrael lelapkan mata.
"Hara dengar benda jatuh. Hara bangun, tengok-tengok Jibrael dah terduduk. Jibrael haus eh?"
"Hm haus sangat." Gumam Jibrael. Tangan kekarnya dibawa ke pinggang Hara.
"Hari ni sakit lagi?"
"Sikit..." Hara tunjuk riak tidak selesa. Hara belakangkan pinggul. Sebelah tangan mencengkam bahu Jibrael.
"Meh Jibrael pindahkan sakit ni kat Jibrael. Hara sandar." Jibrael angkat tubuh Hara lalu menyandarkan tubuh itu ke kepala katil. Kaki Hara dilunjurkan dan mulalah kerjanya mengurut Hara.
Hara sekadar senyum seraya membelai rambut Jibrael. Terlintas difikirannya semasa kejadian paling mengembirakan enam bulan lepas.
•••
𝘌𝘯𝘢𝘮 𝘉𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴.
Hara kelip mata. Nafas tiba-tiba bertukar rentak. Tangan automatik terketar memegang alat ujian kehamilan itu. Bergaris dua tanda positif. Pili air dibuka kemudian tangan dicuci rakus serta muka. Kepala diangkat melihat wajahnya yang sudah merah akibat gosokan yang kuat.
"Aku..."
Hara geleng kepala. Rasa tak percaya. Adakah ini mimpi semata-mata? Atau ujian kehamilan ini yang rosak? Tapi ini ujian kehamilan ketiga yang dia sudah guna dan ketiga-tiganya tanda positif. Patutlah hari-hari sebelum ni dia kerap muntah. Petanda hamil rupanya.
Alamak! Macam mana ni? Hara jadi panik.
Mampukah dia jadi ibu yang terbaik pada anak dalam kandungan ini? Bahagiakah mereka bila keluar sahaja anak ini dari rahimnya? Bertuahkah mereka dapat anak ini?
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."