"Talhah, macam mana keadaan isteri aku?." Soal Harraz kepada kawannya itu.
"Jangan risau bro. Isteri kau ni cuma darah rendah. Dia kekurangan zat besi. Darah rendah ni tak boleh bangun dengan laju sebab nanti akan boleh pitam. Aku sarankan kau beli vitamin E dan D untuk isteri kau dan banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi." Jawab Talhah.
"Alright. thank you bro."
"No problem. Aku gerak dulu Haz.Nanti apa-apa roger."
"In sha allah. Kau pun bro sama. "
Setelah menghantar kepulangan Talhah di ruang pintu, Harraz naik kembali ke bilik isterinya.
Harraz melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. tangannya naik mengusap wajah lesu isterinya. Baru tadi mereka bergaduh tetapi sekarang isterinya pula yang pengsan.
"Rest well sayang. Abang keluar sekejap." dahi isterinya dicium sebelum bergerak bangun. Ini kalau Nel sedar habislah dia kena marah.
Kunci kereta di atas laci meja diambil kemudian langkahnya dituju ke bilik Umar memandangkan Haider berada dengan adik iparnya.
"Umar nanti tolong tengokkan kakak sekejap. Abang nak keluar cari barang dapur kejap sebab tengah hari nanti mama dengan babah datang. Mama dah masakkan dari rumah sebab abang dah inform dekat dia yang kakak tak sihat. Kalau kakak dah sedar bagi dia minum air dan makan dahulu. Jangan bagi kakak masak or anything. " Pesan Harraz kepada Umar panjang lebar.
"Baik abang Haz. Abang Haz nak bawa Haider juga ke?. " Tanya Umar sambil menggomol perut buncit anak buahnya. Comel sungguh Haider. Tembam.
"Haah abang nak bawa Haider juga ni. Abang balik petang rasanya tak pun kalau lewat sikit tu bagitahu kakak, abang ada hal tau."
"Okay bang. No hal la . kakak tu nanti Umar suruh Uwais tengokkan. Lagipun Umar nak keluar dating kejap. hehe." Sekejap sahaja Haider kini sudah bertukar tangan. Sekarang Haider sudah berada di dalam dukungan Harraz.
"Dating dengan siapa Umar oi. Kakak cakap Umar single sahaja." soal Harraz seakan sindiran. Iya la tiada angin tiada ribut adik iparnya itu tiba-tiba sahaja ada kekasih.
"Kakak memang la tak tahu. Dia tahu apa je. Abang jangan bagitahu kakak pula tentang ni. hehe Umar nak rahsiakan dulu. Bila dah official, Umar bawa datang jumpa papa." Sengih Umar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Baik. Abang simpan rahsia ni tapi ada satu syarat."
"Syarat apa pula ni bang. jangan suruh Umar buat benda bukan-bukan."
"Senang saja syaratnya. Umar tolong abang pujuk kakak."
"Pujuk apa pula. Abang gaduh ekk dengan kakak?."Soal Umar.
"Tak la gaduh cuma ada salah faham sikit. Kakak tak nak bercakap pun dengan abang. Dah sehari tak bercakap. Dingin saja memanjang."
"Salah faham tu sikit ke banyak?. kalau sikit kak Nel tak merajuk biasanya bang. Tapi tak mengapa, biar Umar bagi tips sikit."
"Ha apa?."
"Abang gunakan la kuasa abang sebagai seorang suami. Ehem. Umar malas nak cakap tapi macam tu la. Kakak memang macam singa sikit tapi abang boleh tundukkan singa betina tu bang. Cuma perlu guna kepakaran sendiri."
"Umar jangan macam-macam .Abang bagitahu kakak tentang Umar dengan girlfriend tu."
"Tak la hehe Umar gurau je. Apa kata abang slow talk dengan kakak. Slow talk dari hati ke hati bang. jangan bercakap macam tak ada perasaaan. Cuba mendalami rasa cinta itu. Ha gitchuww. abang beli la kek red velvet cheese. Kakak memang suka kek tu and selalu beli tapi Umar dah jarang nampak kakak beli sekarang ni. Satu lagi beli bunga bang. Perempuan memang tak minta tapi dia nak bunga tu. "
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...