14

8.1K 247 35
                                    

"Scars of love"

⚠️🔞18sx

"Uwerkk..." Irena menahan kedua tangannya di singki kemudian membilas wajahnya. Dia melihat pantulan wajahnya di cermin. Pucat dan lesu. Pandangannya turun ke arah lehernya. Leher yang dah tak serupa leher. Dipenuhi tompokan merah. Irena kemudian perasan akan bintik kecil yang berada di tengah-tengah lehernya.

Dia melihat bintik tersebut yang kini kelihatan berwarna merah jambu. Atau lebih kepada warna darahnya. Tetapi sedikit pudar.

Kenapa berubah menjadi warna ini pula? getus Irena dalam diam. Ah lantak la, perkara ini sudah tidak penting. Apa yang nak jadi, jadi lah. Lagipun dia sudah dikawal sepenuhnya oleh Ezekiel.

Dalam termenung, Irena kembali berasa loya. Dia kemudian memuntahkan lagi isi perutnya. "Ermhh..." Irena berkerut menahan sakit. Wajah dibilas untuk kali ke-20, mungkin.

Irena menghembuskan nafas berat lalu keluar dari bilik air. Dilabuhkan punggungnya di birai katil. Irena meraba-raba lembut lehernya.

"Kenapa loya sangat ni..." Irena cuba bersangka baik. Mungkin kerana perutnya masih kosong sejak pagi lagi.

Ya, ada logiknya juga.

Irena kemudian mengambil keputusan untuk mengisi perutnya terlebih dahulu. Dia menapak keluar dari bilik tidur tersebut lalu menuju ke arah dapur.

"Kau dah bangun," Ezekiel tersengih memandang ke arahnya. Irena menjelingnya dan menundukkan pandangannya. Dia malu dan benci untuk bertatapan dengan lelaki yang sudah meragut maruahnya.

"Aku dah goreng nasi untuk kau," Ezekiel menghulurkan sepinggan nasi untuknya. Irena diam merenung pinggan tersebut.

"Makan la, ke nak aku suap? boleh saja."

"Apa motif awak sebenarnya?" soal Irena secara tiba-tiba. Dia merenung tajam ke arah Ezekiel. "What?"

"Why me?"

"Simple. Aku nak kau." balas Ezekiel tenang. "Then tell me everything! who are you? dari mana awak datang? explain kepada saya semuanya dari A to Z!" bentak Irena geram.

"Betul kau nak tahu, cikgu?" Irena diam. Ezekiel mendekatinya. "Tell me, Ezekiel Andrew."

Mereka bertatapan mata lama. Irena memandang ke arah luar tingkap apabila terasa ribut yang kuat membadai rumah kediaman Ezekiel.

"Ribut..." katanya spontan. Awan-awan hitam berkumpulan menggelapi cahaya tengahhari yang terang-bederang tadi. Irena semakin berkerut. Macam pelik je tetiba nak ribut.

Irena memandang ke arah Ezekiel pula. Lelaki itu kelihatan cemas. Kenapa? Adakah Ezekiel seorang yang takutkan ribut atau petir?

"Ezekiel..."

"Lari!" Ezekiel mengangkat tubuh Irena dan berlari laju. Dia terus menuju ke luar rumah melalui pintu belakang. "Ezekiel... kenapa ni?!" Irena tak dapat stabilkan pandangannya apabila dia 'disidaikan' di atas bahu keras Ezekiel dan lelaki itu sedang memecut laju merentasi hutan.

"Ezekiel... saya boleh jalan sendiri!" jeritnya perlahan. Namun Ezekiel tidak mengendah. Ke mana Ezekiel membawanya, dia akur.

...

Irena tersedar tatkala dingin malam menusuk masuk menyejuki tulang-belulangnya. Perlahan-lahan mencelikkan mata, kelibat Ezekiel dicari.

Dia cuba mengingat balik apa yang terjadi seharian ini.

Oh... dia dibawa lari oleh lelaki itu tadi. Boleh pula dia tertidur dalam keadaan kabut tersebut. Mungkin kerana terlalu jauh Ezekiel berlari membawanya pergi.

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now