Lama aku tak jejak kaki kat dalam mall rindu pula bau-bauan ini. Hari ini kita! Cekau duit abang sendiri! Yeah!
" eish! jangan lepaslah! Kau hilang, aku yang susah nanti " marah Idris. Aku nak pergi sana sini memang kena tarik lengan dia je.
" kalau orang salah faham macam mana? Diorang fikir aku ni isteri kau ke? Ataupun! awek kau ke? ha fitnah " Aku bagi alasan dan senyuman diakhir kata. Betul apa.
" otak mung fitnah. Kau tu adik aku, aku risau jadi apa-apa. Takkan nak pisang berbuah dua kali " sambung Idris lagi.
Aku tersenyum sinis.
" Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Kalau betul-betul pokok pisang tu berbuah dua kali macam mana!? " Aku tahu soalan aku agak bodoh tak boleh nak di-bedung tapi hiraukan.
Diam tanpa sebarang jawapan. Malas nak layanlah tu. Sebagai abang yang baik, awak kena jawap pertanyaan adik awak yang cantik comel molek lagikan rupawan ini.
Sampai sahaja, aku terus rembat semua yang cantik mana dipandang. Yang kena dengan cita rasa aku, aku ambil tanpa berfikir dua kali. Abang tengah berharta, apa salahnya kalau kita cekau sikit kan?
Habis sahaja aku memilih, abanh aku sudah bersedia ingin membayar kesemuanya. Muka tiada reaksi dengan harga. Aku syak dia ni dah biasa belanja gewe dia beli barang. Kalau tak, takkan dia tiada sebarang reaksi. Mustahil! Biasanya lelaki akan terkejut!
" Ada apa-apa lagi yang kau nak tak? " Idris melihat aku yang terpukau dengan kesemua kasut tumit tinggi yang aku pilih.
" Tak perlulah, ni pun dah cukup! Terima kasih! " Aku menayang senyuman sekali dengan gigi aku beri. Siapa sahaja tak bahagiakan?.
Tiba sahaja dirumah, bonda terkejut melihat aku dan Idris mengangkat banyak beg membeli-belah. Maaf bonda tapi semua ni... DAHLIA YANG PUNYA! Aku tergelak kecil.
" Beli apa banyak-banyak ni Lia.. " Bonda terus menyoal dan membelek-belek setiap beg yang diisi kasut milik aku.
" Bonda, lepas ni kalau nak beli heels untuk Lia. Kita kena beli online " Idris menyelit.
Ha apa? Apa? Nak mem-bawang fasal aku dekat bonda lah tu.
" Bonda nak tahu tak. Dahlia anak kesayangan bonda ni. Dia cuba heels tu pastu dia lari! Lompat! Hentak kaki macam budak tak dapat mainan. Bising gila bonda! " Idris mengeluarkan luahan hatinya pada bonda.
Aku tak boleh nak membantah. Betullah apa yang dia cakap. Aku agak tidak sopan masa cuba setiap tumit tinggi yang aku beli. Maafkan saya ya staf yang jaga kedai tadi. Gummy smile for all of you
" Tapikan, bonda. Abang Ris kan.. dia tak terkejut langsung dengan harga sedangkan kasut tumit tinggi cikai cikai je Lia pilih " Aku sengaja nak membangkitkan topik untuk buat bonda curiga dengan Idris.
" Memang lah tak terkejut, masa bonda nak cuci cuci mata pun. Tak jadi bonda nak cuci mata. Bonda minta Ris yang bayar. " Bonda hanya menayang senyuman sebaris gigi sahaja. Rupanya bukan aku seorang sahaja yang ambil kesempatan!
Kami bertiga tergelak besar bila banyak lagi lawak yang masing-masing buat.
Tanpa sedar, aku tertidur diatas sofa. Ha tulah, ketawa tak habis lagi. Aku terdengar suara lelaki berborak dihadapan rumah. Bila aku tengok jam, sudah pukul 11:45 malam.
Aku tidak fikir siapa. Mungkin Faiq singgah rumah nak berborak dengan Idris sekejap.
" Abang, nanti jangan lupa tutup semua suis tau. Lia nak naik atas du- " Aku tidak buka luas mata milik aku. Aku masih mengantuk, aku cuma nak ingatkan Idris sahaja.
Belum habis lagi ayat aku. Aku dapat rasa ni bau badan Idris. Apahal ni !?
" KENAPA KAU KELUAR! YA ALLAH! " Tubuh aku ditolak masuk semula.
Lah, kepala aku terus kena sarung dengan baju Idris rupanya. Patutlah bau dia.
" Tu kawan akulah, dahlah tak pakai tudung. Kau keluar pulak macam tu je. Kenapa cuai sangat tak tengok siapa kat dulu? Kalau tu bukan aku macam mana ha!? Takkan semua benda nak harapkan aku je nak jaga kau ni " aku dibebel- eh senang cerita kena marah terus dengan Idris.
Aku tak tahu pun siapa kat luar. Ya, memang salah aku tak pastikan siapa kat luar. Ya allah, tah fasal-fasal aku kena marah dengan Idris seteruk ini.
" pergilah naik atas. Aku marah sebab aku tak nak kau kau cuai " Idris melepaskan keluhan bila aku mahu naik ke tingkat atas.
Dari bawah sahaja aku cuba mengingai abang aku dibawah. Oh dia bersama dengan kawan dia yang nama. Apa eh? Balak? Belek? Bola? Bila masa pun tiba-
Bilal! ha! Nama para-para jejaka idaman wanita. Mula je idaman wanita, lepas dia duakan ha! Bukan takat jejaka idaman! Jahanam pun ada! Eh mengumpat pula aku. Ya allah, jahat mulut! Terus aku tepuk mulut sendiri. Ish! Jahat.
" kau pura-pura tak nampak je tadi. " terdengar suara sipi-sipi sahaja.
Ya allah, aku lupa aku keluar tak pakai tudung! Patutlah Abang Idris tadi mengamuk macam beruk kelaparan.
" I'm so sorry , abang "
Pada malam ini aku penuh dengan rasa bersalah. Tadi dah buat salah. BUKAN BIASA-BIASA SALAH DIA! AKU TAK PERASAN MASALAHNYA. Baik, cuba untuk berfikrian positif. Mungkin tadi dia pandang tempat lain.
Tapi Abang Idris marah tadi mesti sebab lelaki tu nampak? Ha! theory kena! Atau pun Idris tadi cuma perasan dan sebelum kawan dia nampak tu yang dia tutup terus kepala aku.
Tapi kenapa dia kena cakap " kau pura-pura tak nampak jelah " kenapa Idris kena cakap macam tu?. Ha! Disini aku dapat merasakan naluri aku sebagai seorang perempuan betul! Dia nampak dan itu bukan sesuatu yang perlu aku banggakan. Memang tak perlu nak bangga pun!
Makin tak keruan aku dibuatnya. Masalah yang besar? ya! besar sangat!
Aku berlari keluar dari bilik dan menuju ke bilik Idris. Pintu biliknya aku buka secara mengejut. Dia pandang aku dengan pandangan 'kau ni kenapa? buang tebiat nak jadi JAIS memalam buta? ' ha macam tulah.
" Sejak bila kau kerja jadi JAIS ni, Anna Zehra? "
Wow! Impressive Idris Aisar! You can read my mind.
Atas bawah sahaja aku pandang dia. Mungkin aku tak patut panjangkan masalah. Aku memilih untuk keluar dari biliknya semula. Tanpa tutup pintu. Sejujurnya aku tak perasan!
" TUTUP PINTU TU BALIK ANAK PEREMPUAN HILAL! " Nyaring sungguh jeritannya. Terus aku berpatah balik mahu menutup pintu bilik miliknya.
____
Chapter kali ni pendek, tidak sampai seribu pun. Jadi saya buat double update 🤍
ASSALAMUALAIKUM 🤍
YOU ARE READING
BELLE AME
Romance▫️ I never regret knowing you, dunia▫️ Anna Zehra atau panggilan keluarga sebagai Dahlia. Dia merupakan satu mangsa yang hampir diperkosa semasa menaiki grab. Ya, aplikasi yang terkenal sekarang itu. Selepas kejadian itu berlaku, hidupnya...