"She got something to do at Amsterdam, so Miss Fleur will stay with us for a while." Beritahu lelaki itu semasa di meja makan.
Mana mungkin dia menolaknya, dia juga adalah tetamu di sini dan dia tiada hak untuk menghalang sesiapa jua yang ingin tinggal disini jika tuan rumah sudah memberi keizinannya.
Gadis itu berdiri di hadapan tingkap kamarnya, memerhatikan sekeliling kediaman itu, jika sebelum ini dia merasakan perasaan yang bahagia apabila menjadi satu-satunya bunga yang menjadi perhatian, namun kini perasaan itu kian menghilang.
Lelaki itu terlalu tertutup perihal peribadinya, sehinggakan dia tidak tahu bahawa selama ini mereka masih berhubung. Kemungkinan berhubung demi Isaac Shiloh sahaja, dan tidak lebih dari itu.
Namun tetap sahaja dia merasa cemburu.
Tidak, dia bukan cemburukan kecantikkan bekas isteri lelaki itu, cuma yang dia risaukan adalah perhatian lelaki itu beralih arah.
Dan apakah sebab wanita itu ke sini? Lagak wanita itu juga agak suspicious, melayani lelaki itu seolah-olah mereka berdua masih suami isteri.
Sighs.
I never craved attention, until I tasted yours.
"Good morning, Ben." Sapa Ivy Rose sambil tersenyum.
"Good morning, Miss Rose." Butler Benjamin ingin menarik kerusi di sebelah kerusi lelaki itu namun Ivy Rose menghentikannya.
"It's okay, Ben, I'll be sitting here starting now on. Right Shiloh?."
"Right!."
Dia teringatkan kejadian yang berlaku pada malam semalam, dimana wanita itu merebut kerusi di sebelah lelaki itu, biarpun itu adalah tempat duduknya sedari awal dia menjejakkan kaki di Maverick's Mansion ini namun dia tidak ingin merosakkan reputasinya dihadapan lelaki itu hanya disebabkan oleh perkara yang remeh.
Kelihatannya, lelaki itu sedang menuruni anak tangga diikuti oleh wanita itu. Adakah mereka berdua tidur didalam kamar yang sama? Matanya melirik ke arah mereka berdua.
"Good morning, Ben." Tegur Fleur Clementine di sisi Ian Rayne sambil tersenyum.
Lelaki itu melihat gadis itu sudah duduk di kerusi di sebelah anak lelakinya.
"Good morning, Miss Fleur." Butler Benjamin menarik kerusi untuk wanita itu, dan seterusnya menarik kerusi untuk Ian Rayne.
"Good morning, Miss Rose and my son, Isaac."
Ivy Rose tersenyum.
"Good morning, Miss Fleur." Balas Ivy Rose tersenyum.
"Good morning." Balas Isaac Shiloh.
Seusai bersarapan, mereka bangun dan berjalan menuju ke pintu keluar.
"Ian, drop me at the City after you drop Isaac off at his school. I can't be late."
Wajah Ivy Rose berubah sedikit bengang, bukannya wanita itu seorang sahaja yang tidak boleh lewat, dia juga tidak boleh lewat untuk ke kelas!
"But we're used to dropping Aunty Rose off at university after me, right Dad?."
"But mom can't be late, son. Please, Ian. Please Miss Rose." Rayu wanita itu. Belum sempat lelaki itu bersuara, wanita itu berkata.
"It's okay, I can go with Kevin." Ivy Rose menjawabnya.
"Oh, so kind of you, Miss Rose."
Lelaki itu hanya memandangnya sahaja. Kemudian, gadis itu terus berjalan mendekati Butler Benjamin.
YOU ARE READING
MRS. RAYNE : LADY ROSE KESAYANGAN TUAN RAYNE | C
RomantikMengisahkan tentang si gadis berambut warna ginger, Ivy Rose Wyat, 19 tahun dan si mata biru, Ian Rayne Maverick, 35 tahun. Ian Rayne merupakan sahabat baik kepada Max Rhett Wyatt, iaitu abang kepada Ivy Rose. Ian Rayne juga mempunyai seorang anak l...