BAB 15

325 23 2
                                    



"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish


[Keluarga belah Dato' Firdaus Luth]

Pak Long (Firdaus Luth) – Mak Long (Dayana Elya)

Pak Ngah (Komander Fahim Nuh) – Mak Ngah ( Athalia Aysa)

Pak Lang (Fattah Hud) – Mak Lang (Aria Kausar)

Mak Teh (Aisyah Fathiyya) - Pak Teh (Tengku Malik Al-Tarmizi)

Mak andak (Aralyn Faiha) – Pak Andak (Hariz Zakri)


"Macam mana aku boleh lupa?"

Riyaz menyandarkan badannya pada kerusi pemandu kereta Aruz biru yang terletak dikalangan kereta-kereta mewah yang bersusun kemas di perkarangan rumah agam Dato' Firdaus Luth. 

Riyaz menghantukkan kepalanya pada stereng beberapa kali.

"Ugh... I hate family function."

Nasib baik sempat tukar uniform askarnya tadi. Kalau tak pasti ada langau yang menyendeng rapat tapi alasan utama sebenarnya Kayla masih ingat yang Riyaz kerja sebagai driver syarikat 'Jestique Royal'. 

Keluhan terlepas dari mulut Riyaz sebelum tangan mencapai pemegang pintu kereta. "Let's do this."

Seusai tapak kaki menjejak halaman rumah, riak muka Riyaz berubah datar tanpa perasaan. 

Dingin.

Kosong.

Perlahan membawa diri ke arah pintu utama rumah.

"Abang Riyaz!"

Mendengar satu suara pekikan memekik di telinganya, Riyaz tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam. 

Seorang gadis bertudung litup berlari terkedek mendekati Riyaz yang masih tercegat berdiri.

"Abang Riyaz baru balik?" Tangan sang gadis cuba meraih lengan Riyaz sambil tersenyum manis gadis itu pada Riyaz tapi Mata dingin Riyaz hanya memerhati si gadis itu.

Terus Riyaz menjauh dari menyentuh lengannya. "Hazirah. Behave. Kita sepupu. Tolong jaga batas."

Hazirah yang disergah terus melunturkan senyuman sebelum mencebik sambil memeluk tubuh. "Janganlah dingin sangat! Dulu abang Riyaz dengan Ira rapat okay je." Rungut Hazirah sambil muncungkan bibir. 

Riyaz tidak mengendahkan pertanyaan Hazirah sebelum berjalan ke arah kerabat keluarganya yang lain. Malas nak melayan.

"Assalamualaikum..." 

Ucap Riyaz dengan hormat. Mata Riyaz meliar tengok ahli keluarga yang datang. 'Hampir semua? Patutlah bising semacam.' Fikir Riyaz tapi hanya buat tak endah sambil muka masih melakonkan wajah yang ramah.

"Riyaz! Amboi... Lambatnya balik." Tegur Tuan Hariz Zakri dengan nada sindir sambil letak secangkir kopi atas meja. Tegur Atau perli? Riyaz hanya kekalkan senyum ramahnya. Sempat Riyaz menyalam kekura tangan Tuan Hariz Zakri.

"Pak ngah dengan Pak Lang tak dapat datang?" Tanya Riyaz sambil mencari kelibat Komander Fahim Nuh dan Tuan Fattah Hud. 

"Biasalah Pak Ngah kamu tu dengan kerja dia. Mak Ngah dah biasa bermadu dengan negara." Puan Athalia dengan penuh dramatik sebelum matanya menjeling sinis ke arah Puan Aria.

"Pak Lang kamu pula tak habis-habis pergi kaut keuntungan. Keluarga nombor 2 letak tepi." Sindir Puan Athalia sebelum menghirup teh panas dengan muka selamba. 

Her Knight: His QueenWhere stories live. Discover now