SEPI. Hanya kedengaran bunyi lagu di radio . Puteri mengerling ke arah Haykal yang sedang fokus memandu . Ya , sememangnya hari ini Puteri telah berjanji bersama Qaseh untuk pergi ke klinik bersama untuk mengecek kandungan bayi , tetapi ianya kantoi apabila Qaseh ingin meminta izin kepada Haykal untuk keluar sebentar .
Sekarang Haykal yang akan menghantar Puteri ke klinik untuk membuat pemeriksaan . Qaseh terpaksa ditinggalkan di ofis dan menjalankan tugasnya seperti yang telah diarahkan oleh Haykal .
"Best tak jual diri ?" sindir Haykal . Senyuman sinis sengaja ditayangkan agar wanita itu berasa sakit hati .
Puteri hanya diam dan memandang ke luar tingkap . Dirinya sedaya upaya menahan sebak . Hidupnya di dipenuhi dengan rasa menyesal . Inikah karma untuknya ? Sesungguhnya kifarah itu nyata .
Ia tahu semua ini berlaku adalah salahnya . Akankah masa bisa diputar , mahukah Puteri beralih ke jalan benar ?
"Dah sampai , cepat lah turun . Berat sebelah kereta aku ni , dah lah kau tu berat tambah lagi sekor yang dalam perut tu , buat malu aje" hina Haykal kepada Puteri .
Mereka berdua berjalan menuju ke klinik tersebut . Haykal berada diluar sementara menunggu Puteri selesai diperiksa oleh doktor di situ .
Tak lama kemudian , Puteri pun keluar bersama air mata yang dipenuhi di wajahnya . Rasa kasihan terhadap Puteri mula timbul . Haykal segera membuang rasa tersebut , dia tidak mahu berasa kasihan dengan perempuan murahan sepertinya .
Tangan Puteri laju menyeka air matanya kerana ingin menutupi kesedihan . "Urm , dokter suruh balik . Dia kata kandungan masa baru jadi perlu banyak berehat" kata Puteri .
Haykal tidak memberi apa-apa respon , malah lelaki itu hanya bangun lalu berjalan menuju keluar klinik meninggalkan Puteri yang sedang terpinga-pinga di dalam .
"Kau nak balik jalan kaki ke ?" seraya itu Puteri terus melangkah laju keluar dari klinik itu . Perlahan-lahan Puteri memasuki perut kereta .
Tali pinggang dipakai , mulutnya terkunci . Puteri seakan tidak berani mengeluarkan sepatah kata pun . Mata lebih selesa memandang luar jendela . Otaknya ligat memikir apa alasan yang kukuh untuk diberitahu ibunya nanti .
Apakah perasaan ibunya nanti ? Sedih ? Kecewa ? Marah ? Tak dapat dibayangkan . Hatinya sedaya upaya mendoa agar perkara yang baik akan berlaku .
Puteri kini kian berasa ingin berubah ke jalan yang benar , seringkali dia berdoa agar Allah memberikan dia hidayah agar kembali ke jalan yang benar . Percayalah , setiap doa yang kita langitkan tidak akan kembali dengan keadaan kosong . Jangan pernah merasa kesulitan kerana Allah tidak akan mengecewakan tangan yang diangkat untuk bermohon kepada-Nya .
Kereta milik Haykal berhenti dihadapan rumah milik Puteri . Jantung Puteri bagaikan ingin meletus , degupan jantung yang teramat laju membuatkan dirinya semakin takut untuk bersemuka dengan ibunya .
"A...awak , saya takut..." lirih suara Puteri , matanya kini mula berair kembali . Entah kenapa sekarang dia merasa lemah . you can Puteri ! you are strong !
Perlahan Puteri melangkah keluar dari kereta itu diikuti dengan Haykal di belakang . Tangan menggigil entah kenapa .
Dengan lafaz bismillah , Puteri perlahan mengetuk pintu . Tiga ketukan dan pintu pun terbuka . Kelihatan seorang wanita separuh abad yang memakai jubah dan tudung bawal hitam itu membuka pintu .
"Eh ? Puteri ? Awal balik , siapa kat belakang tu ?" soal wanita itu .
"U..umi..." perlahan suara Puteri , dia mencuba menahan sebak namun apakan daya dia gagal . Dia tidak sanggup untuk melihat reaksi ibunya saat mengetahui segalanya tentang apa yang telah terjadi dengannya .
Wanita separuh abad itu merupakan ibu angkat kepada Puteri . Kenapa ibu angkat ? Puteri dilahirkan tanpa kedua ibu bapa .
Ibunya meninggal saat melahirkannya manakala bapanya pula meninggal saat hendak pulang ke rumah untuk melihat kelahiran cahaya mata permata mereka .
Puteri dibesarkan bersama atuk dan neneknya sehingga umurnya berusia 4 tahun , setelah itu atuknya pergi buat selama-lamanya akibat mengalami kanser paru-paru . Ketika umurnya berusia 6 tahun , neneknya pula kembali ke Ilahi kerana tersungkur di dalam bilik air semasa hendak mandi .
Puteri ditempat kerumah anak yatim selama 7 tahun sehinggalah seorang wanita yang digelar umi oleh Puteri itu mengambilnya sebagai anak angkat . Wanita itu bernama Aisha .
"Umi... Puteri minta maaf..." kata Puteri , tangannya perlahan-lahan menghulurkan testpack yang hasilnya positif mengandung .
Perlahan puan Aisha mengambil testpack tersebut dengan wajah hairan . Apabila puan Aisha melihat hasil daripada testpack itu matanya terus berair . Tangan kanannya menekup mulut .
"Astagfirullah ! Puteri ?! Apa kau buat ni ?" marah puan Aisha seraya air matanya mengalir di pipi .
"Umi , Puteri-"
PANG!
Satu tamparan hebat hinggap di pipi kiri Puteri . Haykal yang berada di situ turut terkejut dengan tindakan ibu angkatnya . "Selama ni aku jaga kau , rawat kau dari kecil sampailah kebesar , bagi kau makan minum tapi last-last ni yang kau bagi dekat aku ? Dengan jantan mana kau main ?"
Seraya itu , satu lagi tamparan hinggap pula di pipi kanan Puteri .
"Kau tahu , hati aku hancur sekarang ni ? Kau memalukan aku tahu tak ? Eh , menyesal lah aku pungut kau dari rumah anak yatim tu kalau dah besar perangai jadi sanggap macam ni . Sekarang aku nak kau bagitau aku dengan jantan mana kau main , hah ?!" bentak puan Aisha .
"P-puteri tak tahu mi..." air mata Puteri tidak berhenti mengalir . Kepalanya ditunduk , sungguh dia tidak sanggup untuk hadapi situasi ini .
Haykal memandang Puteri setelah itu dia kembali memandang puan Aisha . Didalam fikiran Haykal hanya satu sahaja yang dia sedang fikirkan . Puteri anak yatim ? Kenapa Puteri tak pernah bagitahu dia tentang itu selama ini ?
Tamparan ketiga hampir sahaja hinggap di pipi Puteri namun sempat di halang oleh Haykal . "Saya akan tanggungjawab untuk anak makcik ." Puteri yang turut berada di situ tergamam termasuklah puan Aisha .
"Oh , lepas kau jadi macam ni kau nak menyusahkan orang pula ? Bagus kau ni , Puteri . Belajar tinggi-tinggi tapi akal cetek , tak reti nak beza kan mana baik mana buruk sampai anak orang jadi mangsa tanggungjawab kau ." sindir puan Aisha . Sifat bencinya terhadap Puteri mula timbul .
Apa yang dia rasakan sekarang adalah menyesal . Menyesal mengambil Puteri sebagai anak angkat .
"Saya akan jaga Puteri sampai anak tu lahir" kata Haykal seraya memandang Puteri yang diam membeku . Air mata Puteri kini mengalir dengan lajunya .
Puan Aisha melangkah pergi masuk kedalam bilik , pintu ditutup dengan kuatnya .
"Jangan ingat aku buat ni sebab aku kesian kan kau , aku buat ni sebab terpaksa , faham ?" kata Haykal dengan nada yang dingin . Puteri mengganguk perlahan , air matanya perlahan dikesat .
"One more thing , lepas anak tu lahir kita terus cerai . Jangan ingat aku nak hidup selamanya dengan kau , cheap girl ."
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...