"SO?"
Garisan senyum di wajah mengimbangi kedinginan mata. Tiba-tiba saja, tatapan Nael kelihatan begitu lembut sekali. Entah sering diperlihatkan kepada seisi dunia atau hanya 'dunianya' yang dapat melihatnya. Kotak coklat di tangan di buka dan dua daripada dikeluarkan daripada cawan kertas yang menghiasinya.
"What do you say, Sephia Jane?"
Sephia mengetap bibir tetapi senyumnya tetap saja kelihatan. Sebiji coklat diambil dari tangan Nael. Nafas dihela dalam. Nael kaku menanti. Coklat yang menyentuh bibir akhirnya dinikmati lidah. Nael tersenyum bangga. Barulah dia menyuap coklat itu ke mulutnya.
"Aku nak minta maaf."
Sephia mengeluh kuat. Muka diraup, tertekan. Nael menjongket kedua alisnya. Keliru mengapa Sephia bereaksi seperti itu.
"Kau boleh tak jangan cakap 'minta maaf', 'terima kasih', 'I love you'—"
Kedua pasang mata terbeliak dalam masa yang sama. Saling berpandangan seolah-olah Sephia baru saja memecahkan rahsia yang boleh menggugat keselamatan sempadan negara. Ya, seserius itu.
"M-Maksud aku—ayat-ayat jiwang macam tulah. Boleh tak kalau kau—tak payah jiwang sangat? Aku gelilah." Sambung Sephia sebelum Nael sempat salah faham.
"Oh." Nael mengetuk kotak coklat di ribanya dengan jari-jemarinya. "Okay. Habis tu, lepas ni kalau aku nak minta maaf, aku kena cakap apa?"
"You should've just stopped at offering me chocolate. Kalau aku terima, maksudnya aku maafkan kaulah. Kalau tak, tak adanya aku nak makan coklat yang peminat obses kau kasi."
"Jadi maksudnya kau lebih menghargai act of service berbanding kata-kata?"
"Actions speak louder than words." Sephia meregangkan kakinya.
"Tapi ada beberapa hal yang kau kena dengar untuk tahu."
"Contohnya?"
"Aku suka kau."
"Hah?"
Nael tersenyum kecil. "Contohnya, pernyataan perasaan; 'aku suka kau'."
"O-Oh." Sephia menarik lututnya rapat ke dada. "Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah dengar kau confess kat mana-mana perempuan? Takkanlah selautan gadis, tak ada 'setitis' pun yang kau suka?"
Nael menatap lama gadis di sampingnya itu. Satu-satunya masa dia membenci rambut keriting Sephia adalah bila rambut berpintal rapat itu menyembunyikan sisi wajah gadis itu daripada dia amati. Nael menghela nafas panjang. Sephia tiba-tiba berdebar. Betulkah ada yang terkenan di hati Amar Nael?
"Tahu tak coklat ni mengingatkan aku kepada apa?"
Sephia hampir saja mengeluh kecewa sekuat-kuatnya bila Nael memilih untuk menukar topik perbicaraan mereka. Seharusnya—selain daripada kejujuran Nael—seharusnya dia juga sudah terbiasa dengan sifat Nael yang satu itu.
"Hm, apa dia?"
"Ingat tak masa kita Tingkatan 2 dulu, kita selalu curi-curi makan coklat yang mama aku sorok?"
Nostalgia masa lalu itu membuatkan Sephia tertawa kecil. Mestilah dia ingat. Debaran itu, adrenalina yang menderu laju dalam pembuluh darah—di usia 14 tahun, itulah hal yang paling mendebarkan sekali buat mereka. Ah, ternyata dunia pernah sepolos itu.
YOU ARE READING
OVERRATED
Teen FictionSephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak s...