~18~

434 20 4
                                    

"Babe...aaa rindunya. Sorry tau sebab masa kau sakit aku tak dapat nak melawat sebab aku busy sorry." Kata shamila yang baru saja sampai.

"Tak pe lah, aku faham kau sibuk. Mana tina tak datang sekali?" Tanya hayfa.

"Hm,tak aku dah ajak tapi dia kata dia ada kerja last minit." Jawab shamila.

"Ooo...tak pe lah kalau macam tu naik lah atas pi bilik aku letak barang-barang dalam tu. Aku nak buat kerja sikit ni." Jelas hayfa.

Shamila menjatuhkan kepalanya lalu dia mengorak langkah ke bilik hayfa.

Hayfa pula keluar rumah mahu melihat walid dan abang long nya sibuk menolong memasang khemah.

"Abang haiman mana abang long?" Tanya hayfa.

"Haiman bawak ummi pi kedai beli barang." Jawab hadwan.

Hayfa menjatuhkan kepala dia pandang saja setiap gerak geri orang yang sibuk dia rumahnya memasang pelamin dan khemah.

Hayfa mahu simpan memori yang tak kan terulang lagi walaupun dia tidak kenal siapa bakal tunangnya tapi dia tahu pasti orang yang tepat untuk dirinya.

Dalam masa yang sama hayfa terpandang gelang yang hawwas bagi tempah hari. Dia terfikir mana lah lelaki ni pergi. Setiap kali hayfa pandang wajah hawwas pasti dia rasa tenang.

"Baaa! Ha pikir apa tu?" Sergah bella.

Hayfa terkejut terus dia memandang ke arah mereka. Hayfa terus memberikan semua jelingan.

"Hampa ni memang nak bagi aku ni mati sebab terkejut ka apa?" Kata hayfa.

"Ala bukan selalu betul tak sara?" Jawab bella.

"Betui tu tambah-tambah esok orang tu dah nak bertunangkan." Sakat sara.

"Nanti lepas ni dah tunang makin busy lah sebab dengar cerita lepas tunang lagi dua minggu kawin." Kata lia seperti sedang mengosip padahal suara tu satu kampung boleh dengar.

"Hampa ni kan ada-ada ja." Kata hayfa sambil mencubit ketiga-tiga lengan.

Aduuhh!

"Ish! Cubit-cubit pulak garang betul rawr." Kata bella.

Mereka berempat tergelak sama.

"Assalamualaikum, haih hampa ni buat apa tu pi tolong angkat barang sikit dalam keta tu malam sat gi nak buat makan-makan sikit." Kata puan suraya yang baru saja sampai.

"Waalaikumussalam. Okay baiklah." Kata mereka serentak sambil buat tangan tanda okay.

Hadwan dah haiman mengeleng kepala umur dah boleh kahwin tapi perangai macam budak-budak.

"Hayfa ni sapa punya kereta?" Tanya haiman.

"Tu keta kawan hayfa baru ja sampai tadi. Dia ada kat atas tengah rehatkan badan tu." Jawab hayfa.

Haiman hanya diam dia tidak balas kata-kata hayfa lalu dia pun turut bantu mereka angkat barang.

Selesai angkat barang semua pelamin sudah siap pasang sama juga dengan khemah.

"Wow...hayfa cantiknya pelamin hang macam nak sanding punya pelamin." Kata shamila.

"Ha,sebenarnya bukan aku yang pilih ni semua bakal tunang aku yang pilih dan dia yang bayarkan." Jelas hayfa.

Mereka yang ada di situ hanya menjatuhkan kepala.

"Untung hang semua bakal tunang hang uruskan." Kata sara.

"Tu lah kan minta-minta lah bakal suami aku macam bakal suami hayfa juga." Kata lia.

"Ish hampa ni ada ja kan nak sakat aku." Hayfa bangun dari duduknya dia mahu bersihkan badan sudah penat membantu kemas rumah semua.

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Where stories live. Discover now