Bab 1

16 1 0
                                    

Di hujung kampung yang terpencil ada seorang gadis sedang memberikan ayamnya makan. Dedak itu ditaburkan di atas tanah lalu ayam-ayamnya menyerbu ke arah dedak itu. Tuan mereka sudah memberi makanan mereka.

Rambut ikal miliknya yang beralun ditiup angin. Dia tidak seperti gadis lain. Gadis pada usianya akan pergi ke sekolah tapi dia tidak. Dia hanya melakukan kerja-kerja di rumahnya. Ibu bapanya miskin. Mereka tidak mampu untuk menyekolahkan dia. Jadi, dia hanya berada di rumah menjaga kedua-dua orang tuanya.

Usai memberikan ayamnya makan. Dia masuk ke dalam rumah usang mereka.

"Ayah, ibu," panggilnya.

"Ya, nak. Ibu di dapur," laung Puan Astana. Kakinya melangkah ke arah dapur menuju ke arah ibunya. Belakang tubuh ibunya dipeluk dari belakang.

Tangan ibu sibuk mencucuk isi ubi untuk memastikan sama ada ubi itu sudah masak atau belum. Tangan anaknya itu dipegang.

"Ayah mana ibu?"

"Ayah di laut. Kejap lagi balik la tu." Kepala mengangguk.

"Kalau macam tu, Amora pergi tunggu ayah dekat tempat biasa ya ibu."

"Yelah, baik-baik sayang."

"Ya ibu." Pipi Puan Astana dicium lembut.

Olivia Amora. Nama yang melambangkan dirinya. Rambut perang miliknya yang menjadikan dia disisihkan oleh gadis-gadis di kampung itu malah orang kampung turut melakukan hal yang sama kerana bagi mereka dia itu aneh. Kawannya hanya ibu dan ayahnya. Mereka bertiga hanya kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Kalau tiada hasil tangkapan mereka di laut maka tiadalah lauk mereka pada hari itu. Kadang-kadang seminggu mereka tidak makan. Hanya berbekal ubi yang ditanam oleh ibunya itu.

Ayahnya hanya seorang nelayan. Ibunya pula hanya tukang kebun. Walaupun hidup mereka miskin namun mereka tetap bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan pada mereka.

Olivia Amora menuju ke arah belakang rumah. Laut berada di belakang rumah mereka saja. Lagipun sudah senja. Ayahnya belum pulang. Selalunya dia akan menunggu ayahnya pulang dari laut. Dia akan duduk di atas sebatang pokok kelapa yang tumbang sementelah dia menikmati pemandangan pada waktu petang itu. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar pipinya dibiarkan. Olivia Amora suka angin. Dia juga menyukai laut.

Ayahnya belum kunjung tiba juga setelah agak lama dia berada di situ. Mungkin dalam perjalanan pulang untuk ke sini. Olivia Amora masih menunggu. Ada cengkerang di atas pasir itu diambil lalu dibersihkan sebelum diangkat ke atas.

"Wahai cengkerang, kamu indah. Aku sangat menyukai bentukmu yang unik. Adakah aku juga begini?"

Nafas berat dilepaskan.

Cengkerang itu diletakkan di bawah semula. Punggung kembali dilabuhkan di atas batang pokok yang tumbang tadi.

Ombak kecil menghala ke arahnya. Kakinya basah. Kakinya diayunkan tanda suka. Udara petang dihirup.

30 minit berlalu, ayahnya belum tiba juga. Nampaknya dia harus pulang dulu. Perlahan-lahan kaki Olivia Amora melangkah untuk pergi dari situ. Namun,  bunyi sampan yang diheret seperti seseorang sedang naik ke darat. Badan dipalingkan semula ke belakang.

"Ayah," panggil Olivia Amora.

"Kenapa anak ayah belum balik lagi?" soal Encik Asadel.

"Amora tunggu ayah."

Memang kebiasaannya Olivia Amora akan menunggu sang ayah balik dari laut. Sudah ditegah oleh Encik Asadel namun anak gadisnya itu hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja pesanannya itu.

LEOLIVIA | SLOW UPDATE Where stories live. Discover now