''Alhamdullilah Naz , anak kita dah bertunang . Tak lama lagi kita jadi besan lah ye . boleh la bergosip setiap hari ye ?'' puan Husnah mencelah pula .
Haih... Asyik bergosip aje tahu . Dah tua bangka cubalah ingat mati , ini tidak makin tua makin kuat pula gosipnya . Apa yang digosipkan pun aku tak tahulah .
"Jom kita makan . Nanti makanan sejuk dah sejuk tak sedap," pelawa Hariez . Wajahnya jelas terlihat amat tampan . Ini namanya bidadara yang turun dari syurga .
Kerusi disebelahku ditarik perlahan oleh Hariez kemudian dia mempelawa kan diriku untuk duduk terlebih dahulu . Ladies first , remember that .
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut dengan perlahan . Kemudian Hariez pula yang melabuhkan punggung di atas kerusinya pula . Suasana terasa canggung seketika .
Makanan yang berada didalam pinggan itu membuatkan diet ku musnah . Kecur air liur melihat makaroni keju yang masih panas berasap itu.
"Awak memang nak tenung makaroni tu sampai besok ke ? Atau awak nak saya suapkan ?" Hariez bersuara membuatkan aku kembali ke dunia nyata semula . Aku memandang Hariez yang sedang menyuap makaroni kedalam mulutnya . Aduh , makan pun handsome...
Tanganku lantas mencapai sudu yang berada di tepi pinggan . Aku mencedok sedikit makaroni itu dengan sudu kemudian aku menyuapkan makaroni yang telah dicedok kedalam dalam mulutku . Sedap tak terkata .
"Sedap ?" soal Hariez . Senyuman nipis terukir di wajahnya apabila melihat riak gembiraku ketika sedang makan makaroni tersebut .
Aku mengganguk laju . Mulutku tidak lekang mengunyah makanan makaroni itu . Keju yang meleleh membuatkan makaroni itu terasa lebih nikmat dimakan .
Aku terdengar ketawa maco keluar dari mulut Hariez ketika melihat keju yang comot dibibir ku . Tangannya dengan pantas mencapai tisu yang berada didalam poket seluarnya . Setelah itu dia mengelapkan kesan comot dibibir ku . Aw...
"eat well, dear."
Serentak itu aku terus tersedak . Dada ditepuk perlahan . Tangan lantas mencapai segelas jus apel . Merah padam wajahku melihat dia tersenyum menahan lucu.
Hilang selera aku nak makan.
"Comel je tunang saya ni tersedak," kata Hariez. Tangannya kini mencapai segelas air suam lalu diteguk perlahan olehnya.
Tunang. Ye bercakap tentang tunang, apa penyebab utama dia nak kahwin dengan aku?
"Apa sebab awak nak kahwin dengan saya?" soalku.
"Sebab saya nak."
"Tapi kita tak berapa kenal" soalku lagi.
"Lepas kahwin kita kenal-mengenal lah."
"Lagipun kalau awak nak tolak, memang dah tak sempatlah" sambungnya lagi .
"Kenapa pula?" aku bersoal sekali lagi.
"Sebab awak dah jadi milik saya, no one can take you from me. Because you are my angel" ujarnya dengan padangan yang serius. Itu bermaksud dia tidak bermain-main dengan apa yang dia lakukan sekarang.
Aku terdiam seribu bahasa. Ingin saja ku bersuara tetapi mulutku seakan terkunci. Jelas kelihatan anak matanya tepat memandang kearah wajahku dengan riak wajah seriusnya.
"For now you are mine, and I am yours. Take care of yourself for me and I'll make sure you're the happiest person with me." bisiknya perlahan tetapi cukup ditangkapi oleh telinga ku.
Pandangannya kini teralih ke arah langit malam. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menghiasi suasana malam yang cukup indah. Sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah.
Deruan ombak yang bergelora membuatkan batin ku terasa tenang, segala takut dan gementar yang ku hadapi sebentar tadi hilang seketika.
Perlahan aku melihat Hariez bangun daripada duduknya. Setelah itu dia mengajakku berjalan di tepi pantai. Secara tiba-tiba memoriku bersamanya disaat kami terserempak di pantai itu kembali bermain di fikirku. Tanpa disedari senyuman nipis terukir di bibir ku.
"Kenapa awak senyum? Saya tahu lah saya handsome" usiknya dengan nada gurauan. Ketawa kini terhambur apabila melihat senyuman yang terukir diwajahku kini berubah menjadi seperti menahan geram. Ada aje ayat dia nak mengusik. Geram betul lah!
"Okay, okay, I'm sorry. I'm just curious, apa yang awak membuat awak tersenyum seorang diri macam tu? Awak ada nampak jantan lain ke? Handsome sangat ke jantan tu? Handsome lagi saya" katanya dengan selamba. Walaupun nadanya agak selamba tapi dapat kulihat wajahnya kini sedang menahan cemburu. Alolo cemburu ye?
"Ish mana ada! Saya cuma teringat sesuatu..." balasku. Padangan ku kini tertancap pada ombak yang menghempas pantai.
"Teringat apa?"
"Teringat masa kita terserempak dulu. Awak pernah cakap yang kita nak berkenalan je lepas itu kalau ada jodoh boleh kahwin. Tiba-tiba semua ni jadi nyata, saya tak sangka kuat betul jodoh kita ye..." jelasku perlahan. Kini kami mula bertentang mata, jelas kelihatan telinga nya memerah akibat menahan malu.
Awalnya niatnya hanya ingin bergurau-senda tiba-tiba menjadi nyata.
"Kalau dah jodoh tak ke mana." perlahan suaranya seakan berbisik kepadaku. Jelas hanya kami berdua sahaja yang mendengar. Tak, bukan kami berdua tetapi Allah juga maha mendengar.
Semoga lepas kami berkahwin hubungan kami akan baik-baik sahaja sehingga akhir hayat kami.
Hariez mendekatkan wajahnya ditelinga ku lalu membisikkan sesuatu. "I love you, Aurel Naura." Cukup aku sahaja yang mendengar ayat manis keluar dari mulutnya.
Kini kami berdua memandang ombak di pantai itu dan bintang di langit itu kembali.
"Look at the sky, honey. Banyakkan bintang-bintang tu? Samalah macam cinta saya kepada awak, sayang. Tapi ini bukan tentang bintang. Ini kisah antara kita berdua, banyak cabaran yang harus kita hadapi. Tapi saya yakin kita boleh tempuhi bersama, tak ada yang mustahil dalam dunia ni. Melainkan kita hanya perlu berdoa kepada yang Maha Esa agar mendapat rahmat dan pertolongan dari-Nya. Selain berdoa kita pun kenalah bersabar. Sabarkan separuh daripada iman, tak semua yang kita minta terus kita dapat. Tapi satu je Aurel kena tahu, setiap apa jua doa yang kita langitkan takkan kembali dengan keadaan kosong. Kita juga kena tawakal kepada Allah. Hanya Dia yang mengetahui setiap isi hati hamba-Nya."
Lembut dia berbicara membuat aku tidak mahu membantah sekalipun. Benar katanya, kita hanya perlu berdoa, bersabar, dan bertawakal.
Deruan ombak yang membasmi kesunyian itu membuat hati ku terasa tenang. Tiada resah lagi. Terasa dunia hanya milik kita berdua.
Aku hanya berharap kami bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak, Insyaallah.
"Awak nampak handsome lah."
"Saya tahu. Memang dari lahir saya dah handsome sampai doktor yang tolong sambut saya masa saya lahir tu pun tergoda tengok ketampanan saya apatah lagi awak kan..."Hariez mengusik ku lagi. Ish kalau tak usik tak sah.
Cinta tak seharusnya memiliki. Cinta juga bukan hanya sekadar melafaz. Cinta adalah cara kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap seseorang dengan ikhlas dan tulus.
Dengan lafaz bismillah kisah kami bermula sehingga lah ke anak cucu. Eceyy!
Akan ku jaga hubungan ini sehingga nafas terakhir ku. Because I am His Angel.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...