Papa

7.3K 310 19
                                    

Aireen mengurut pelipis setelah melabuhkan punggung ke sofa. Tak sangka dia sekali lagi telah sah menjadi isteri kepada Dean Kusyairy. Mereka terpaksa dinikahkan atas alasan yang mengaibkan iaitu tertangkap basah di bilik hotel.

"Azriq cuba buat perkara tak elok pada you. I datang nak selamatkan you tapi tak sangka pula akan jadi macam ni." Itu lah apa yang dikatakan oleh Dean.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangan. Dia hampir terlupa soal Alina dan Alisa. Sepatutnya dia mengambil mereka di rumah Zayyan tengahari tadi.

Zayyan:
-Kalau you sibuk hari ni, tak payah ambil dia orang. Esok I hantar dia orang ke rumah you.
-Dia orang cakap nak stay di rumah I lagi. Dia orang tak nak balik.

'Budak dua orang tu dah jumpa daddy, mula lah lupa mommy,' gumam Aireen.

Tak berapa lama kemudian, masuk satu pesanan dari nombor misteri yang sama.

Unknown:
- You okey tak?

Aireen:
- You ni siapa? Lebih baik you beritahu sebelum I block you.

Unknown:
-Your husband.

"Husband? Dean ke?" Aireen terlopong. Jadi Dean lah yang selama ini mengganggunya.

Aireen:
Macam mana you dapat nombor I?

Dean:
Tak penting dari mana I dapat. I cuma nak tahu keadaan you. You okey tak duduk dalam rumah tu seorang diri? Atau nak I temankan?

Dean tahu bahawa Alina dan Alisa kini berada di rumah Zayyan. Setiap hari 'spy kecil' itu akan memberi maklumat aktiviti harian mereka.

Aireen:
I okey. Tak perlu nak temankan I.

Dia lagi rasa tak selamat jika lelaki itu temankannya di rumah.

Dean:
Kalau you okey tak apa lah. Kalau you takut tidur seorang, I boleh teman. I boleh peluk you. Kita kan dah halal.

Aireen:
Gatal!

Dean tergelak membaca mesej Aireen.

Dean:
Okay dear, good night.

Aireen hanya sekadar melihat mesej dari Dean. Patutkah dia berasa bahagia dengan apa yang telah terjadi?

.

"Aireen, you okey ke ni?"soal Zayyan risau kerana melihat wajah Aireen seperti tidak cukup tidur.

"I okey aje." Aireen tersenyum nipis. Sejak malam tadi dia tak dapat tidur lena kerana memikirkan masa hadapan syarikatnya. Sebaiknya dia merahsiakan tentang hal semalam dari pengetahuan media. Kalau tidak imej syarikatnya juga yang akan tercalar.

"Kalau kerja you banyak sangat, nanti you pass kan kat I,"pinta Zayyan.

"No. It's okay. Mana ada banyak. I boleh handle. Don't worry." Aireen turut ingin merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Zayyan. Jika Zayyan tahu bahawa dia telah ditangkap basah, pasti lelaki itu akan membebel padanya. Lambat laun pasti Zayyan akan tahu juga tapi bukan hari ini.

"Betul ni?"

Aireen mengangguk.

"So, kalau macam tu I balik dulu lah." Zayyan sempat mengucup pipi Alisa dan Alina sebelum dia bergerak pulang. Keluar sahaja dia dari rumah Aireen, dia terkejut melihat Dean berdiri tersandar di depan pintu rumah sambil berpeluk tubuh memerhatikannya dengan muka ketat.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?"soal Zayyan pelik.

Tanpa berkata apa Dean masuk semula ke dalam rumah. Sempat dia menjeling tajam ke arah Zayyan. Zayyan ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga di situ. Tak tahu apa kesalahan yang dia lakukan terhadap lelaki itu.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now