Chapter six

768 94 11
                                    

HALAMAN kediaman keluarga Noah Armani begitu riuh. Meraihkan majlis sambutan ulang tahun kedua orang tua Noah. Dari balkoni, Azfa Natasha lebih selesa menjadi pemerhati setiap tingkah laku tetamu yang hadir. Anak mata hitam miliknya dialihkan pada gadis yang sebaya dengan dia.

Sophia Mayleen. Gadis itu duduk sambil berbual bual dengan mesra dengan sahabat Noah, Ian. Jelas terpancar pada riak tak selesa lelaki itu, bahawa dia malas melayan telatah Sophia yang banyak bertanya. Lebih lagi kata 'mesra' itu datang dari Sophia sahaja.

Hahaha! Pia.. Pia.. Dari kejauhan Acha dapat tahu, kerana bibir Sophia tidak berhenti dari bergerak. Macam tengah rap pun ada.

Azfa Natasha mengeleng kepala. Dilambai lambaikan tangan kecil anak buah Noah yang berada dalam genggamannya. Tertuju kepada sahabatnya yang berada di halaman rumah. Acha pula tika ini berada di balkoni bilik tidur Noah.

Acha tertawa lucu, diikuti dengan baby Kail yang seakan faham apa yang buat dia terhibur. Padahal Acha terhibur dengan telatah si kecik yang cuba mengambil peluang untuk memasukkan tangan Acha ke dalam mulutnya.

"Acha! Taknak turun ke?" Sophia Mayleen menjerit. Ian sudah bersama Haiman dan Qadree. Rancak bercerita, tapi Ian kelihatan agak pasif daripada mereka. Spesis Noah. Mereka berdua sebelas dua belas saja, sama sama payah untuk bergaul mesra. Heh!

Kalau ditanya, jawapan skema mereka 'Tak tahu' atau 'Entah' walaupun mereka tahu sesuatu yang ditanyakan pada mereka.

Amyrose Amalin dan Lala Juwita berdiri di sebelah Sophia.
Turut menjerit. Memanggil manggil nama Acha dan baby Kail. Tapi mereka lebih sopan daripada Sophia yang terpekik macam tarzan. Mereka bersahabat rapat— empat orang, yang digelar sebagai ButterLies, iaitu Acha dan Lala satu kelas manakala Sophia dan Amy pula sekelas.

Mudah. Hanya terpisah kepada dua haluan.

"Kail, alapu! Kak Sophi alapu banyak banyak! Ya allah kiyowo sekali baby Kail!" (I love you)" Sophia terlompat lompat memanggil baby Kail.

Puk!

Ditepuk bahu Sophia oleh Juli. "Tch! behave Sophi! aunty Rissa tengok kita," Juli membisik.

Lantaran itu, Sophia dan Amy memandang ke arah Mama Noah. Benar, tapi wanita itu sedang melihat mereka. Mereka bertiga melemparkan senyuman manis. Dibalas mesra oleh Puan Marissa. See?

"Lek ah! Aunty Rissa sporting apa," Selamba Sophia sambil melambaikan tangan pada wanita itu. Mereka bukan saja berkawan dengan Noah Armani, tapi secara tak langsung dengan mak lelaki itu. Mak idaman, begitu mesra dengan sahabat anaknya. Buktinya, wanita itu yang terlebih dahulu mempelawa mereka untuk hadir majlis hari ini.

Acha geleng kepala. Menolak ajakkan Sophia.

"Taknak! aku nak jaga Kail, bye bye.."

Seusai itu, Acha berlalu masuk bersama Kail. Berpusing kebelakang dan pandangannya langsung disapa dengan figura Noah dan Kak Kasha yang sedang sibuk memasang stroller untuk baby Kail.

"Berat pula budak ni," Bisik Acha sendiri sambil mencubit pipi baby Kail dengan lembut. Mata Acha menala pada ruang belajar Noah. Kemas berselerak gitu, sekali pandang boleh tafsirkan yang lelaki itu rajin ulang kaji disitu. Kaki mulai melangkah. Memutuskan untuk berehat pada kerusi meja belajar Noah. Kalau duduk di katil, rasa tidak sopan pula.

Sebelah tangan mendukung Kail, sebelah lagi menutup buku sejarah Noah dan diketepikan. Lincah tangan Kail, boleh koyak buku buku itu nanti.

"Finally siap!"

Acha menoleh. Patutlah baby kail comel, dapat DNA itu dari ibu dia. Cantik alami! Ditambah bibir tidak lekang dari senyuman.

"Thank you, Noah. Kalau akak yang buat dari tadi, sampai majlis selesai tak akan siap siap." Kasha berjalan mendekati Acha dan Kail. Bayi itu bertukar tangan. Sempat berterima kasih dengan Acha.

SPOILED BOOWhere stories live. Discover now