Chapter 29

3.9K 141 7
                                        

.......

Malam terakhir.

Aisyah tidur lebih awal daripada Thaqeef malam itu, kerana perutnya sedikit merasa sakit. Sementara itu Thaqeef masih belum masuk ke dalam hotel kerana keluar bersama Safuan untuk minum-minum.

Walaupun Thaqeef tidak berapa menyukai Safuan tapi dia juga perlukan teman untuk bersembang hal-hal lelaki. Thaqeef cuma tidak senang apabila Safuan terlalu menganggu hubungannya dengan Aisyah.

Aisyah tidur mengiring dan melekukkan posisi tidurnya kerana merasa sakit pada bahagian perut.

"Aduhh.. sakitnya.." kata Aisyah perlahan sambil menahan sakit.

Tiba-tiba, Aisyah merasakan seperti ada tangan yang menjalar di bahagian perutnya dan cuba untuk melakukan sesuatu.

Aisyah terkejut lalu cepat-cepat mengalihkan tangan tersebut.

"Awak jangan!" Kata Aisyah dengan nada yang terkejut.

"Kenapa pula? Biarlah aku nak buat apa pun.. kita tengah honeymoon kan.. dari semalam lagi aku tak dapat apa yang patut aku dapat, Aisyah." Balas Thaqeef dan cuba untuk memeluk Aisyah lagi.

"Tak boleh awak!"

"Apa benda kau ni?! Tiba-tiba nak menolak pula? Dah elok-elok aku minta cara baik kau nak aku minta cara kasar juga ke?!" Marah Thaqeef dan mencengkam kedua belah tangan Aisyah ke atas katil.

"Awak.. saya tengah datang bulan... saya tak boleh solat sekarang ni.." jelas Aisyah yang merasa sedikit takut atas apa yang dilakukan Thaqeef kini.

Thaqeef yang mendengarkan penjelasan itu terus melepaskan cengkaman tadi. Dia terus duduk dan seperti sedang berfikir.

"Kalau kau datang bulan memang aku tak boleh sentuh kau ke?" Soal Thaqeef dengan nada yang sedikit baik.

"Tak boleh awak.. haram kalau kita buat hubungan waktu saya masih dalam haid. Saya minta maaf.. aduhh.." jawab Aisyah sambil menahan rasa sakit senggugutnya.

"Kau kenapa ni?" Soal Thaqeef yang baru menyedari wajah Aisyah sedikit pucat.

"Kau senggugut ke?" Soal Thaqeef.

Aisyah mengangguk perlahan.

"Kau tunggu sini kejap.. aku nak keluar." Kata Thaqeef sambil bersiap-siap untuk keluar.

"Awak nak pergi mana?"

"Tak payah nak banyak tanyalah.. aku tak ada masa nak jawab soalan kau." Terus keluar daripada bilik hotel itu.

Aisyah sememangnya jikalau sakit senggugut ia akan merasa sangat lemah dan tidak berdaya terkadang dia tidak mampu untuk mengerjakan beberapa hal.

Aisyah hanya mampu berbaring dan tidur sambil melekukkan badannya agar dapat mengurangkan rasa sakit itu.

Thaqeef pula keluar untuk mencari beberapa barang untuk merawat senggugut Aisyah.

Setelah selesai membeli beberapa perkara Thaqeef pun pulang.

Masuk kedalam bilik dan melihat Aisyah masih lagi belum tidur kerana masih menahan rasa sakit.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang