Pada tengah malam yang sunyi, seorang gadis sedang diulit mimpi di dalam kamarnya. Namun lenanya tidak kekal lama apabila merasakan dirinya ditindih oleh sesuatu yang berat. Sepantas kilat gadis itu membuka matanya. Dia disajikan oleh pemandangan yang sangat asing baginya. Terbeliak sepasang mata dark grey itu apabila anak matanya bersatu dengan sepasang mata berwarna coklat terang.
"A.. Abang.. Airil??" soalnya tergagap-gagap. Liurnya ditelan kesat.
"Apa yang abang buat kat bilik Adel ni?"
"Shuhh.. Aku nak kau malam ni. Feel and enjoy okay, sayang." Airil mula mendekatkan wajahnya pada leher jinjang gadis itu. Leher gadis dikucup perlahan. " Ermm wangi.."
"Apa abang merepek ni?! Lepaskan Adel lah!!" Adelia meronta-ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman abang tirinya. Namun cengkaman lelaki itu lebih kuat.
"DIAMLAH PEREMPUAN!!" Jerkah Airil. Tangan sasanya pantas menampar kuat wajah gadis itu.
Adelia terpana seketika. Berpinar matanya apabila ditampar sebegitu. Bibirnya luka.
"Abang tolonglah lepaskan Adel." Perlahan sahaja suara gadis itu.
"Kau nak tahu tak perempuan . Aku dah lama sukakan kau tapi kau tak pernah nampak pun layanan aku pada kau. Kau selalu lebihkan Adrian dari aku. Apa yang ada pada Adrian tu? Kau sepatutnya layan aku bukan dia!!"
"Apa abang merepek ni?!! Kita adik-beradik lah!!" jerit Adelia .
Tiba-tiba Airil mencekik leher jinjang gadis itu. Tersentak Adelia dengan perbuatan Airil itu. Pernafasannya tersekat-sekat dek kekurangan oksigen.
"Abang.. Lepass.. Sakit.." air mata mula mengalir dipipi gebu gadis itu. Sungguh dia takut dengan perubahan abang tirinya. Mahu
meminta tolong tapi tiada sesiapa dirumah ketika ini. Ibu bapanya berada di Langkawi kerana urusan kerja. Adrian pula tinggal dirumahnya sendiri. Kini hanya tinggal dia dan Airil sahaja di rumah keluarganya.
Sekelip mata Airil melepaskan cengkamannya dari leher Adelia. Matanya menunjukkan dia terkejut dengan perbuatannya sendiri.
"Ad.. Adel.. Maafkan aku.. Aku tak sengaja." Perlahan sahaja suara Airil meminta maaf. Sungguh dia tak sengaja. Melihat Adelia tercungap-cungap mencari nafas membuatkan dirinya rasa sedikit bersalah.
"Abang dah gila ke?!! Abang memang nak bunuh Adel ke?!"
Hilang semua rasa bersalah terhadap Adelia. Pantang dirinya apabila dipanggil gila. Mukanya berubah bengis.
"Gila?!! Memang aku gila!! Aku gilakan kau!! Kau faham tak?!! Kau nak tengok orang gila ni buat kau mengandung anak dia?! Mari sini aku tunjukkan kegilaan aku."
Dengan pantas Airil menindih badan kecil milik gadis itu. Terjerit gadis itu akibat terkejut dengan tindakan tiba-tiba Airil.
"Lepaskan Adel abang! Jangan buat Adel macam ni. Tolonglah abang.." teresak-esak gadis itu memohon minta dilepaskan. Semakin kuat gadis itu meronta, semakin erat pegangan Airil. " Kau yang cabar aku sayang."
Bibir gadis itu dikucup rakus kemudian kucupannya menurun ke leher gadis itu. Namun rontaan gadis itu semakin kuat membuatkannya berang. Tamparan maha kuat hinggap di pipi gebu gadis itu. Akhirnya gadis itu tidak sedarkan diri.