"Berapa kali dah papa pesan kat sekolah belajar elok-elok, jangan tau nak main je. Daa luka kaki tuu sape susah? Nasib meeting papa habis awal tadi, kalau tak?" bebel Talha kepada anak tunggalnya itu sambil memandu keretanya menuju ke rumah mereka. Mikael hanya menundukkan kepala. Plaster yang ditampal oleh Cikgu Ryan tadi diusap.
Talha melihat plaster itu, "Sape yang tampal plaster tuu?"
"Cikgu Ryan."
"Cikgu lelaki yang tadi tuu?"
Mikael mengangguk. Talha menghela nafasnya perlahan. Menyesal pula dia bersikap kasar dengan guru tersebut. Sedangkan guru tersebut telah membantu anaknya. "Erm, tuu cikgu baru Mika ke?"
"Haah, dia cikgu praktikal. Dia baik sangat. Macam mama."
Talha tersentak. Anaknya itu dipandang "Jangan sebut nama mama tuu. Kan papa daa cakap banyak kali."
"Tapi Mika rindu mama." sedih suara Mikael berkata. Talha faham bahawa anaknya tidak boleh lagi menerima hakikat yang ibunya telah pergi meninggalkannya. Baru sahaja berusia 30 tahun, dia sudah menjadi seorang duda. Arwah isterinya meninggal akibat menghidap barah. Hilang lah sudah satu permata hatinya yang dicintai.
Mikael juga sudah tiada tempat untuk menerima kasih sayang seorang ibu. Semenjak isterinya meninggal, dia lebih kerap menghabiskan masanya dengan bisnes hotelnya. Jarang dia meluangkan masa bersama anaknya itu. Selalunya adik ipar lelakinya yang akan membantu menjaga Mikael dan menghantar Mikael pergi dan balik ke sekolah. Tetapi hari ini entah kemana budak itu, terpaksa dia sendiri yang mengambil anaknya.
Bukan dia tidak mahu mengupah pengasuh untuk menjaga anaknya. Pengasuh-pengasuh yang di upahnya sebelum ini semuanya tidak boleh diharap dan suka membuat hal. Ada yang tidak tahan untuk menjaga Mikael, ada yang mencuri barang dirumahnya. Malah ada juga yang mengambil kesempatan itu untuk menguratnya. Dia sudah serik.
Tiba-tiba mindanya teringat akan kejadian di kafe Bubblebee sebentar tadi. Wajah guru muda itu seperti dia pernah lihat. Ketika dia menatap mata guru tersebut, satu perasaan yang aneh timbul dalam dirinya. Perasaan rindu yang membuak-buak. Eishh, apa aku merepek nie. Talha menggelengkan kepalanya sekaligus menepis kembali perasaan itu.
Dia bukan seorang yang songsang.
=
Amir memandu keretanya dengan laju menuju ke rumah. Terpaksa dia membantutkan niatnya untuk mencari baju kahwin bersama tunangnya. Dia menipu tunangnya bahawa dia ada urusan penting. Urusan yang penting bagi menyelamatkan hubungannya dengan Ryan. Ryan mesti diberitahu perkara yang sebenar.
Bukan dia tidak mahu memberitahu sebelum ini tentang pertunangan paksa yang telah diaturkan oleh keluarganya dan dijalankan semasa Ryan sibuk belajar di IPG. Dia takut Ryan tidak akan menerimanya. Dia takut Ryan akan marah kepadanya. Dia takut Ryan akan meninggalkan dirinya.
Setelah sekian lama dia cuba menyembunyikannya, hari ini Ryan sendiri yang melihat dengan matanya. Amir nampak dengan jelas kekecewaan yang ada di mata Ryan tadi. Dia tidak berniat untuk menyakiti hati Ryan. Dia terpaksa mendengar arahan keluarganya untuk bertunang dan berkahwin dengan segera.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, kereta Ryan sudah berada di situ, tandanya Ryan ada di dalam rumah. Cepat-cepat dia keluar dari keretanya dan menuju masuk ke dalam rumah.
"Ryan." Amir memanggil nama kekasihnya iti tetapi tiada sahutan. Dia meninjau di dapur dan tandas. Tiada orang. Dia menuju ke bilik mereka.
Ryan tiada juga di dalam bilik itu. Dia terkejut melihat pakaiannya dan Ryan bersepah. Barang-barang Ryan juga tiada. Dia mula berasa tidak sedap hati.
YOU ARE READING
DUDA (Gay Story)
RomanceRyan, seorang guru praktikal ditakdirkan untuk bertemu dengan Talha, yang merupakan seorang duda dan ayah kepada pelajarnya. Mungkinkah Talha ditakdirkan untuknya selepas apa yang berlaku antara dirinya dengan bekas kekasihnya?