PROLOG

49 2 0
                                    

"DARLENE."

Kanak perempuan yang berkacukan Itali itu perlahan-lahan membuka matanya apabila merasakan bahunya ditepuk, dia melihat seorang wanita dihadapannya. Doktor Fazrina

Seakan teringat dimana dia sekarang, budak perempuan itu bangun dari baringannya. Mata sudah segar memandang wanita berpakaian kot putih.

Doktor Fazrina itu seperti teragak-agak mahu memberitahu tentang ibu kepada gadis kecil itu.

"You love your mom, right?" Doktor itu bertanya didalam bahasa inggeris kerana gadis kecil itu tidak berapa tahu bercakap bahasa melayu. Doktor Fazrina mengambil tempat disebelah gadis kecil itu. Sekarang mereka berada ditempat menunggu dihadapan bilik kecemasan.

Darlene mengangguk kepalanya perlahan-lahan membalas soalan itu. Doktor Fazrina memberi senyuman tipis.

"If you love her, you need to be strong, okay?" Ujar Doktor Fazrina.

Darlene memandang wajah Doktor Fazrina itu dengan tanda tanya. Walau bagaimanapun, kepala masih mengangguk laju memberi jawapan kepada soalan itu.

"Your mom is gone, she leave us, forever. I'm sorry, honey." Doktor Fazrina menahan sebak. Dia perlu kuat untuk anak sahabat baiknya. Dia sudah berusaha untuk menyelamatkan ibu gadis kecil itu tetapi dia gagal. Dia gagal menyelamatkan sahabatnya sendiri. Siapa tidak sedih melihat sahabat mengambil nafas terakhirnya dihadapannya sendiri? Mereka berdua sudah seperti adik beradik.

Dia juga sudah menganggap Darlene seperti anaknya sendiri. Mereka bertiga tinggal bersama sejak ibu bapa Darlene bercerai.

Darlene hanya diam. Dia sudah tahu perkara itu. Ibunya sudah memberitahunya agar menjadi terus kuat jika ibunya sudah tiada. Dia sudah tahu ibunya sakit.

"Do you want to meet your mom? Before we move her away." Tanya Doktor Fazrina.

Darlene terdiam apabila mendengar pertanyaan itu. Kuatkah dia?

"Darlene? I ask you, do you want to meet your mom?" Tanya Doktor Fazrina lagi sekali ketika Darlene tidak menjawab soalannya.

Darlene memandang Doktor Fazrina seketika sebelum mengangguk kepalanya perlahan.

"Come." Doktor Fazrina mengangkat tubuh kecil Darlene dan masuk kedalam bilik kecemasan tadi. Mereka belum keluarkan jasad ibu Darlene lagi.

Masuk sahaja kedalam bilik itu, Doktor Fazrina meletakkan badan kecil Darlene dibirai katil ibu kandung gadis itu.

Darlene merenung muka pucat ibunya. Gadis kecil itu menahan air matanya.

No.

Don't cry, Darlene. You're strong.

Dia tidak mahu menangis dihadapan semua orang, didalam bilik diduduki gadis kecil itu ada ramai nurse.

Dia tidak suka orang melihatnya menangis.

Tangan kecil itu mengusap perlahan pipi ibunya. Sejuk.

Maafkan Darlene ibu. Darlene gagal jadi anak yang baik untuk ibu. Darlene janji, Darlene akan jaga adik macam ibu jaga Darlene. Selamat tinggal ibu. Ucap Darlene didalam hati.

"Done?" Tanya Doktor Fazrina ketika Darlene memandangnya.

Darlene mengangguk kepalanya. Tangan didepakan untuk diangkat.

Doktor Fazrina mengangkat tubuh kecil itu dari birai katil dan melangkah keluar dari bilik kecemasan itu.

"Where's the baby?" Soal Darlene apabila mereka sudah berada diluar bilik kecemasan.

"Alhamdullilah, you got a little brother. Congratulations!" Doktor Fazrina menepuk tangannya bersama senyuman lebar untuk Darlene, membuatkan Darlene juga terikut senyum lebar sehingga menampakkan gigi rongaknya, gadis kecil itu juga mengikut Doktor Fazrina menepuk tangannya.

Suasana yang suram tadi ditukar menjadi ceria.

"What name do you want to give to your little brother?" Tanya Doktor Fazrina dengan senyuman lebarnya.

"Erm..." Darlene mengetuk pipi tembamnya seketika.

"Arnan! Arnan Daniel!" Jawab Darlene dengan nada teruja. Cara dia menyebut nama itu juga sedikit pelat.

"Arnan Daniel? Wow, that's a cute name, you're good at picking names!" Doktor Fazrina mencubit pipi tembam Darlene. Jujur, anak sahabatnya sangat cantik dan comel, dan dia juga yakin anak yang baru sahaja lahir beberapa minit lalu tadi juga comel. Kedua-duanya mempunyai kulit yang putih kemerah-merahan, sama seperti ibu mereka.

"Do you want to meet your little brother?"

"Can I?" Laju sahaja Darlene menjawab

"Of course! Let's go." Doktor Fazrina membawa Darlene kecermin kaca yang boleh menampakkan bayi-bayi yang baru sahaja dilahirkan.

"That's your little brother." Doktor Fazrina menunjuk kearah bayi lelaki yang masih merah itu.

"Baby Arnan!" Kata Darlene dengan nada terujamya apabila melihat adiknya.

Darlene meletakkan tapak tangannya ke cermin kaca itu, wajahnya kelihatan sangat gembira melihat adik barunya.

"Mama!" Seorang budak lelaki yang masih lengkap memakai baju sekolah rendah dengan bag galas ditangannya berlari menuju kearah Doktor Fazrina dan Darlene.

"Ariez! Perlahan sikit suara tu, ini hospital, bukan tempat bermain" Marah Doktor Fazrina kepada anak lelakinya, Ariez Khair yang sudah masuk 10 tahun pada tahun ini.

Ariez Khair adalah satu-satunya anak yang Doktor Fazrina ada. Nasib dia dan sahabatnya sama. Ditinggalkan oleh lelaki yang pernah digelar suami. Kerana itu mereka tinggal bersama-sama. Mereka sudah tidak mahu percaya mana-mana lelaki lagi.

"Hi, Darlene! Where's mom?" Tanya Ariez. Disebabkan mereka tinggal sebumbung, Ariez turut memanggil ibu Darlene dengan panggilan mom juga.

Mendengarkan soalan itu, senyuman gadis kecil itu pudar.

Ariez memandang Darlene, menunggu jawapan dari gadis berumur 6 tahun itu.

"Ariez... mari ikut mama sekejap" Doktor Fazrina memanggil anak lelakinya.

Ariez yang mendengar itu terus berjalan kearah mamanya.

Darlene masih diam memandangkan Doktor Fazrina memberitu Ariez apa yang sudah jadi.

Apabila Doktor Fazrina sudah memberitu anak lelakinya tentang kematian ibu kandung Darlene. Air matanya Ariez mengalir.

"Are you crying, abang Ariez?" Darlene yang perasan akan itu sudah terkebil-kebil memandang Ariez yang sudah menangis didalam dagapan mamanya.

"He's okay, don't worry, Darlene." Doktor Fazrina memberi senyuman tipis kepada Darlene.

Darlene hanya mengangguk kepalanya sedikit. Dia tahu abang Ariez menangis kerana ibunya. Sengaja dia bertanya.

Darlene berjalan kearah Ariez yang masih menangis didalam dagapan Doktor Fazrina.

"Don't cry, abang Ariez. Boys cannot cry." Pujuk Darlene. Tangan kecil itu menepuk perlahan badan belakang Ariez yang sudah teresak-esak itu.

Ariez mengangkat mukanya dari bahu Doktor Fazrina, apabila dia sudah puas menangis. Matanya memandang Darlene yang tenang disebelah mamanya.

"Are you okay, Darlene?" Soal Ariez. Pelukan mamanya dilepas sebelum mendekati Darlene.

"I'm okay! Do you want to see my little brother?" Darlene kelihatan teruja menanyakan soalan itu.

"Abang akan jaga Darlene dengan adik Darlene." Kata Ariez. Soalan Darlene dibiarkan tidak menjawab.

Doktor Fazrina mengusap rambut anak lelakinya. Jujur dia bersyukur melahirkan Ariez, Fariez sangat menjaga kata tuturnya. Dia bersyukur sangat-sangat.

***

Coming Soon ;)

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 17, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

𝐇𝐈𝐒 𝐅𝐄𝐋𝐈𝐂𝐈𝐓 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang