16

47 7 0
                                    

MAJLIS perkahwinan Puteri dan Haykal hanya disambut secara kecil-kecilan. Hanya kedua pihak keluarga yang terlibat di majlis tersebut.

Usai menjalankan majlis, Puteri mengambil tempat disebelah Haykal. Perlahan dia melabuhkan punggung diatas sofa bersebelah dengan Haykal.

Haykal menjungkitkan sebelah keningnya. "Nak apa?" soalnya dengan nada dingin tanpa melihat wajah wanita yang baru sahaja digelar isteri olehnya.

"Nak minta maaf, saya minta maaf. Disebabkan saya lah awak terpaksa tanggungjawab" kata Puteri. Katanya tidak lekang memandang wajah Haykal yang dingin dan bengis itu.

Diam.

"Awak dengar tak...?" suara Puteri yang sedikit lantang membuatkan Haykal memandang wajahnya dengan pandangan serabut dan benci.

"Kau boleh diam tak?!" tengking Haykal, apabila sudah memastikan kawasan ruang tamu itu kosong tanpa  sesiapa kecuali mereka berdua disitu.

"Benda dah jadi, tak guna kau minta maaf. Satu je aku nak pesan, lepas kau beranak anak haram tu kita terus cerai. Kalau kau nak suruh aku azan kan budak yang dalam perut kau tu sorry to say, pegang pun aku tak hingin apatah lagi nak azan kan. Tak pasal-pasal aku kena samak nanti sebab pegang benda haram," sindir Haykal.

Lantas dia bangun daripada duduknya. Kakinya pula pantas melangkah masuk kedalam bilik, pintu dihempas dengan kuat sehingga bahu Puteri terjungkit akibat terkejut dengan hempasan pintu yang teramat kuat.

"Hina sangat ke aku ni Ya Allah..." perlahan suara Puteri. Air mata yang dipipinya dikesat lembut. Perit rasanya menahan sakit yang berada jauh dari lubuk hati.

"Puteri?"

Puteri mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang menyeru namanya. Puan Nazrin. Tangannya pantas mengesat air mata dipipi, senyuman nipis terukir di wajah Puteri.

"Eh, aunty... Sini lah duduk" pelawa Puteri kepada Puan Nazrin. Puan Nazrin tidak membantah, dia mengambil tempat disebelah Puteri. Perlahan dia melabuhkan punggungnya.

"Panggil mama je," kata Puan Nazrin.

Puteri hanya angguk. "Baik mama," kata Puteri seraya menghadiahkan senyuman yang cukup ikhlas.

"Kenapa Puteri menangis?" soal Puan Nazrin. Tangannya perlahan mengelus lembut tulang belakang Puteri. Puteri hanya diam tak berkata-kata. Sukar baginya untuk membuka cerita.

"Puteri, I am your mother-in-law now. You can tell me all your problems," lembut suara Puan Nazrin. Dia tahu apa yang menyebabkan anak angkat lelakinya terpaksa berkahwin dengan wanita bernama Puteri Balqis itu.

"Mama tak marah kalau Puteri cerita?" tanya Puteri. Puan Nazrin hanya menggeleng kan kepalanya.

Selepas melihat Puan Nazrin menggeleng kepalanya bermaksud dia tidak akan marah apabila Puteri menceritakan kisah sebernanya, Puteri mula membuka cerita.

"Sebulan yang lepas Puteri sebernanya tunang orang, tapi... Puteri curang dengan tunang Puteri sendiri. Puteri bodoh, Puteri main belakang bekas tunang Puteri. Puteri ingat takkan kantoi, tapi rupanya kantoi... Puteri melawan cakap ibu Puteri, ibu cakap jangan pergi kelab malam tapi Puteri degil, Puteri pergi juga... Puteri mabuk malam itu sampai lah Puteri sedar yang Puteri dah diperkosa oleh empat orang lelaki..." jelas Puteri. Sebaknya ditahan agar terlihat kuat dimata Puan Nazrin.

Wajah Puan Nazrin jelas kelihatan amat terkejut apabila mendengar kisah sebenar yang terjadi kepada menantunya. "Astagfirullah Puteri, empat lelaki sekali gus?"

Puteri mengganguk. "Yang bawa Puteri ke hotel tu seorang saja tapi bila sampai dekat hotel tu ada tiga lagi lelaki yang dah tunggu kehadiran Puteri... Puteri jadi santapan malam dia orang..." dia tidak dapat menahan sebaknya. Air mata lantas mengalir membasahi pipi.

"Lain kali ada otak pakai. Jangan bodoh sangat sampai tak reti nak beza kan yang baik dengan yang buruk," satu suara yang amat dikenali oleh mereka tiba-tiba mencelah. Ya, Syahir Haykal.

Syahir Haykal memang dikenali sebagai lelaki yang berwajah mulus seperti bayi tetapi tidak dengan mulutnya yang amat berbisa.

"Haykal, tak baik cakap macam tu. Semua orang dalam dunia ni buat kesilapan. Kita ni tak lari daripada kesilapan. Tapi bila kita dah buat silap lepas itu kita rasa menyesal, itu bermaksud iman kita masih ada dalam jiwa ni. Kita tak boleh nak jugde orang lain sedang kita pun setiap hari buat salah. Perbaiki diri kita ni dulu sebelum kita nak baiki diri orang lain. Selagi pintu taubat masih terbuka, berlumba lah buat amal jariah. Jangan sampai pintu taubat dah tutup baru kita nak menyesal. Ingat dunia ni dah nak akhir zaman, macam-macam dah petanda Allah bagi kita je yang terlalu lalai dengan dunia sampai lupa yang akhirat itu wujud,"

Haykal dan Puteri terdiam membisu. Tak ada apa yang dapat mereka bantah. Benar kata Puan Nazrin. Manusia akhir zaman lebih memilih harta dunia daripada akhirat.

"Bertaubat lah selagi roh kita masih bernyawa. Jangan sampai suatu saat Allah tarik nyawa kita baru nak menyesal. Nak menyesal pun dah tak berguna. Kita ni Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Puteri pun masih ada peluang untuk kembali ke jalan Allah," sambung Puan Nazrin. Tangan Puteri dipegang lembut lalu diusap lembut.

Sukar bagi Haykal untuk menerima kenyataan. Dia sedar perbuatannya selama ini terhadap Puteri itu salah. Sering dia memarahi Puteri tetapi dia tidak sedar bahawa dirinya juga pendosa yang pernah melakukan kesilapan besar dimuka bumi ini.

Puan Nazrin kini bangun dari duduk lalu kakinya melangkah keluar dari ruang tamu tersebut. Haykal juga telah beredar dari situ meninggal Puteri bersendirian.

"Ya Allah, besar dosa yang telah ku lakukan di atas muka bumi ini... Aku lalai dengan dunia sehingga aku tidak sedar bahawa dunia hanya sementara dan akhirat adalah selamanya... Aku tak sanggup untuk dicampak ke neraka jahanam Mu Ya Allah... Mampu ke aku kembali ke jalan Mu? Bukakan lah pintu hati ku untuk kembali ke jalan yang benar, aku tak mahu sesat ke jalan orang-orang yang jahiliah" hanya tangisan Puteri yang terdengar di ruang tamu itu. Hatinya hancur berkecai dengan kesilapan sendiri.

"Puteri... Allah tu maha pemaaf, kalau Puteri betul-betul nak taubat, pasang niat nak taubat. Mula kan dengan bismillah, tak salah kalau kita nak mencuba setidaknya kita dah berusaha nak berubah. Puteri kuat, Puteri tak boleh lemah. Improve your manners and prayers, then Allah will improve your life" lembut Aurel bertutur.

Kata-kata Aurel membuatkan Puteri yakin bahawa Allah akan membantunya suatu saat nanti. Kini senyum lebar dihadiahkan kepada Aurel yang berdiri di hadapannya.

"Dah tak payah lah sedih-sedih. Walaupun Haykal tu tak suka kau, kau still ada aku, and kau pun ada mama. Mak aku mak kau juga, kan, kan!" Senyuman manis terukir dibibir Aurel sejurus itu Puteri lantas bangun daripada duduknya lalu memeluk tubuh Aurel dengan sangat erat.

Aurel membalas pelukan tersebut dengan hati yang terbuka. Ikhlas dia menerima kedatangan kakak iparnya ke dalam hidupnya.

Bermula dengan Bismillah, berakhir dengan Alhamdulillah. -nlifahh

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now