"Aurel, kalau mama hantar Aurel pergi rumah makcik Husnah boleh?" soal mama secara tiba-tiba membuatkan aku berhenti bermain telefon seketika.
"Kenapa? Rel boleh jaga diri lah, lagipun dekat rumah ni ada Puteri jadi rel tak keseorangan lah" balasku. Bukannya aku tak mahu pergi ke rumah calon mentuaku itu, cuma aku tahu Hariez tiada di rumah. Dia terpaksa pergi ke pejabat kerana ada perjumpaan penting bersama pemilik syarikatnya.
"Mama nak bawa Puteri pergi klinik," kata mama, seraya itu muncul lah Puteri yang sedang menghampiri kami dari belakang.
Alangkah terkejutnya aku melihat Puteri memakai tudung. Mukanya nampak lain gila! Tapi setidaknya dia mencuba untuk berubah.
"Pelik ke muka saya?" soal Puteri secara tiba-tiba apabila menyedari aku sedang merenung tepat kearah wajah.
"Tak... Nampak lawa! Serius cakap tak tipu, lawa gila!" puji ku dengan ikhlas. Sekali pandang memang nampak pelik sikit, dua kali pandang nampak lawa sangat-sangat. Insecure lah aku...
"Yang rel tercegat lagi buat apa? Cepat lah siap!" marah puan Nazrin apabila melihat aku masih tercegat berdiri di situ.
Lantas aku berjalan menuju ke bilik untuk bersiap sambil memikirkan tentang apa yang aku ingin lakukan di rumah puan Husnah nanti.
"Rel duduk tengah makcik Husnah elok-elok nah... jangan nakal, kau pun sama Husnah kalau Si Aurel ni nakal kau tibai aje," pesan mama kepadaku seolah aku masih kecil dan bersekolah tadika.
"Dah mama nak pergi dah ni, kalau lewat kang ramai orang pula. Jenuh nak berdiri lama-lama" kata mama. Aku menyalami tangan mama setelah itu mama terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Kereta dipandu oleh mama itu kini meluncur diatas jalan raya. Huh... Nak buat apa lah dekat sini. "Rel jom lah masuk, Harraz ada kat dalam tu. Boleh lah dia teman Aurel berborak kan," kata puan Husnah sambil memimpin tanganku masuk kedalam rumahnya.
Kaki ku perlahan masuk kedalam rumah tersebut dan menuju ke ruang tamu mereka. Luas, sangat luas. Dapatku lihat Harraz sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Harraz kini tersedar kehadiranku. Lantas wajahnya tersenyum lebar melihatku.
"AURELLL!!" teriak Harraz. Laju dia berlari ke arahku. Aku tersenyum melihat wajah gembiranya. Hyper betul dia ni. "Lama siak aku tak jumpa kau. Last kita jumpa bila? Aku tak ingat lah...eh? Ha! Aku ingat, last kita jumpa masa kenduri tu kan, eishh rindu siak aku kat kau,"
"Gatal."
Harraz menjeling ibunya. Haih... Macam tu je dia jeling ibu dia? Tak ibu tak anak sama aje dua-dua...
"Biar lah," balas Harraz. Ni lagi sekor tak nak mengalah. Habislah aku jadi orang tengah.
"Eh Aurel tu tunang orang," sambung ibunya pula.
"Tapi Harraz calon adik ipar dia," bidas Harraz. Kali ini puan Husnah terdiam. Pergaduhan selesai. "Jom Aurel lepak dengan aku, banyak benda aku nak borak dengan kau ni"
Harraz mengajak ku ke sofa yang berada diruang tamu tersebut. "Makcik nak masak sekejap, kalau Aurel stress, Aurel datang aje ke dapur. Bukan apa makcik takut Aurel sakit mental nanti layan orang gila," sindir puan Husnah. Seraya itu puan Husnah terus melangkah pergi ke dapurnya kembali.
"Kau ok tak?" soalku apabila menyedari Harraz diam saja apabila ibunya berkata gila kepadanya.
"Huh? Aku? Aku mestilah ok, asal?" soalnya pula. Jelas wajahnya kini kelihat sedang tidak ok. Pandai dia tutup kesedihan dia. Kesian juga aku tengok, macam mana nak buat dia happy semula eh?
"Jom lah kau kata nak borak," aku mencuba menggembirakan hati Harraz semula. Anak mana yang tidak sedih jika dikata gila oleh ibu sendiri. Lebih-lebih lagi ibu kandung. I understand your feelings, Harraz...
"Urm, jom! Aku nak bawa kau jumpa kawan aku, kau nak ikut?" soal Harraz. Cepat betul dia lupakan kesedihan dia. Macam mana nak jadi kuat macam Harraz eh? Cuba bagi tutorial sikit.
"Mestilah nak," balasku.
Kami berdua kini keluar daripada rumah tersebut. Harraz berjalan ke sebuah tempat diikuti dengan ku dari belakang. Kata Harraz tempat itu tidak jauh dari rumah, hanya mengambil masa lima belas minit sahaja.
Tak lama kemudian kami berdua tiba dia tempat yang ditujukan oleh Harraz. Tempat itu kelihatan seperti kebun-kebun yang masih subur. Tenang aje melihat pelbagai jenis pokok disini. Semuanya masih segar dan subur.
"Kita dah sampai!" kata Harraz dengan nada teruja. Sekarang aku faham kenapa dia bawa aku kesini. Hijau. Kenapa dengan hijau? Warna hijau adalah warna yang boleh membuatkan kita rasa tenang je bila ada masalah, hijau juga warna kegemaran nabi kita. That is the reason.
"Jom lah aku nak kenalkan kau dekat someone" kata Harraz sambil melangkah masuk ke dalam kebun tersebut. Apa yang membuatkan aku kagum adalah kebun itu sangat luas dan bersih. Maksudnya tiada sampah sarap yang dibuang merata-rata. Sejuk mata memandang.
Mooo! Mooo!
Aku terdengar seperti ada suara dibelakang ku. Macam suara... Lembu. Aku menoleh kebelakang dan melihat ada seekor lembu berdiri dibelakang ku. Terbeliak biji mataku, jarak aku dan lembu itu sangat lah dekat. What do you think? Ingat sweet ke gila!!
Terhambur ketawa Harraz melihat wajah cuak ku. Sumpah aku tak main-main, aku terkejut! Nasib baiklah aku bukan jenis kuat menangis. Kalau tak malu aku nangis depan Harraz.
"Tak payah takut. Dia tak makan orang, ni lembu yang aku jaga. Nama dia Syapik," kata Harraz. Tangannya tidak lekang mengusap kepala lembu itu dengan lembut. Aku memandang Harraz yang sedang mengusap kepala lembu itu, jelas terlihat dia nampak matang sekarang. I like the side of him now.
"Tahu lah aku nampak matang sikit kan, tapi janganlah tenung lama sangat, kau tu tunang abang aku. Naya aku nanti tahu tak" katanya seolah dapat membaca fikiranku. Lantas aku mengalihkan pandanganku daripadanya
Harraz kini memandang pokok mulberi yang berada ditengah-tengah kebun itu. Aku memandang Harraz dan Harraz memandang ku. Kami dapat membaca fikiran sesama sendiri.
"Jom kita main pusing pusing dekat pokok tu nak?" ajaknya.
"Jom!" laju kami berdua pergi ke pokok mulberi tersebut sambil berlari. Seronok tak terkata. Seronok sampai lupa yang masing-masing dah umur puluhan tahun bukan belasan tahun lagi. Aip! Umur hanyalah angka, haha!
"Pusing pusing pokok mulberi , pokok mulberi , pokok mulberi . Pusing pusing pokok mulberi pada awal pagi~" serentak kami berdua bernyanyi lagu Didi And Friend sambil berpusing-pusing di pokok mulberi itu. Pusing lah sampai pening. Ketawa kami berdua terhambur bersama. Terasa seronok sangat bila dapat member yang perangai masuk air ni.
(Dengar je lah sampai lagu tu habis🗿💋)
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...