"Bro! What happen to you? HAHA kesiannya kereta kena langgar ya? Padan muka kau."
Gelak tawa sahabat baik Tengku Alex, Farzan Zayne Athar itu membuatkan Tengku Alex memutarkan bola matanya malas dan seketika masuk ke dalam kereta yang dibawa lelaki itu.
"Kau nih memekak lah. Dari aku kat overseas sampailah aku kat Malaysia, mulut kau tak pernah tutup." Kata Tengku Alex sambil bersandar di kerusi kereta itu.
"Come on Alex aku just tertanya-tanya macam mana boleh accident? Seumur hidup kau tak pernah lagi accident kot." Tanya Farzan bingung.
"Well ada pompuan sorang nih lah masuk simpang macam tuh je bukan salah aku sebab aku bawak laju dia main masuk je. So jelas dia salah bukan aku. Tak pasal-pasal aku dengan dia bergaduh atas jalan." Jelas Tengku Alex singkat.
"Mesti kau spesis tak baca bismillah sebelum bawak kereta tuh. Kau muslim bro bukan kristian. Sampai bila kau nak jadi manusia sesad huh?"
"Hm entahlah. Belum dapat hidayah lagi."
"Banyaklah kau punya hidayah. Kau tuh yang tak berusaha bertaubat sibuk bercouple sana sini bagus perangai kau? Sikap playboy kau melampau sangat."
Farzan mulai membebel sepanjang perjalanan ke rumah Tengku Alex dan hal itu membuatkan Tengku Alex hanya mampu terdiam dan memejamkan matanya mengabaikan bebelan sahabatnya itu sebab lebih baik dia tidur daripada dengar bebelan orang.
"Hahh tengok tuh orang nasihat mengelak. Bodoh punya kawan astagfirullah tak baik." Gumam Farzan perlahan sambil mengusap dadanya.
Setelah beberapa jam perjalanan Tengku Alex dan Farzan, akhirnya kereta Farzan membelok memasuki ke kawasan perumahan yang besar milik keluarga sahabatnya itu. Selesai meletakkan kereta, Farzan menggoyangkan bahu sahabatnya itu dan disebabkan Tengku Alex masih lagi tidak sedar, bismillah...
BUKK!
"Arghh, sakitlah bodoh!!" Jerit Tengku Alex disaat mendapatkan tumbukan kuat dari Farzan.
"Oh hidup lagi rupanya ingatkan dah mampus tadi. Dah sampai Tengku jadi sila bangun." Perli Farzan sebelum keluar dari keretanya mendahului Tengku Alex.
Sedangkan Tengku Alex mengumpat dalam hatinya kesal kerana tempat yang dipukul Farzan itu meninggalkan rasa berdenyut menandakan pukulan itu benar-benar serius. Lalu setibanya Tengku Alex di dalam rumah, kedatangannya disambut oleh ibu bapanya iaitu Tengku Arsyaff Mikael dan Puan Adeline serta sebuah senyuman dihadiahkan untuk anaknya membuatkan Tengku Alex terus berlari memeluk ibu bapanya.
"Home sweet home my son. Finally after years ingat pun nak balik sini. Mommy rindu Ray." Kata Puan Adeline sedih.
"I miss you too, mommy. I'm sorry sebab Ray sibuk uruskan client nak jadikan Ray chef kat banyak tempat." Kata Tengku Alex kesal dan memeluk mommynya itu.
"Halah kau aunty uncle nak tau tak? Alex baru accident and bergaduh dengan pompuan. Sekarang kereta dia tersadai kat jalan." Kata Farzan mulai mengadu.
"HAHH?!! Macam mana boleh bergaduh nih? Patutlah lama kami tunggu rupanya oh my are you okay son?" Kini giliran Puan Adeline pula risau dengan anaknya itu.
"I'm okay lebam kat kepala je. Jangan dengar sangat cerita orang gila nih mommy tak waras."
"Hm alright and now pergilah mandi and rehat okay."
Sopan dan lembut Puan Adeline mengarah anaknya membuatkan Tengku Alex tersenyum tipis dan menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan ibu bapanya dan menuju ke biliknya untuk berehat.
Alicia yang keluar dari teksi selepas membayar tambang itupun berjalan lemah memasuki ke dalam rumah sahabatnya untuk menumpang buat sementara waktu dan menguruskan apa yang mengusutkan pemikirannya itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Haa masuklah. Haihh lemah semangat ke aku tengok kau nih? Ada masalah lagi ke?" Tanya sahabat Alicia, Sumayyah Arshia Dahlia yang hairan melihat muka kepenatan wanita itu.
"Hm lebih daripada tu." Lemah Alicia membalas.
"What's the matter? Just tell me. Btw, mana kereta kau? Bukan biasanya kau bawak kereta ke? Nah minum dulu sebelum bukak cerita kau."
Begitu banyak soalan yang ditanya Sumayyah sehinggakan Alicia tak mampu menjawab dan memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu dan hanya menyambut huluran air untuk diminum.
"Panjang ceritanya. Alkisahnya, aku bawak kereta then aku tak tahulah salah aku ke salah orang tuh, kami berdua bertembung dan akhirnya kami berlanggar. Lepastu mamat nih marah-marah suruh aku ganti rugi and now aku tengah fikir mana aku nak dapat duit. Takkanlah duit gaji aku tuh nak bagi dia setiap bulan? Habistu aku nak makan apa?" Jelas Alicia panjang lebar sambil menahan air matanya untuk keluar.
"Allahuakbar. Kenapa kau tak call aku?! Patutlah kau lambat balik! Ya Allah Alice. Habistu kau okay tak nih?"
"Ye aku okay. Just aku terkejut dengan kejadian tadi je. Tapi sekarang macam mana nih Liaa? Aku peninglah. Aku penat. Lepas satu satu masalah datang. Kereta bukan murah-murah babe."
"Haishh mamat nih pun satu. Aku sendiri tak tau nak salahkan dia atau tidak habis dia paksa kau bayar ke?"
"Hm mestilah. Dia sampai rampas fon aku and bagi number fon dia." Kata Alicia risau membuatkan Sumayyah tidak senang hati dan memeluk sahabatnya erat.
"Sabarlah ya, Alice. Allah sayang kau sebab tuu Allah sentiasa uji kau dengan banyak benda termasuk sekarang. Dah sekarang pergi mandi, solat lepastu makan okay. Jangan sedih weh aku risaulah dengan kau."
Kata-kata Sumayyah berhasil membuatkan Alicia yang menahan benteng tangisannya akhirnya runtuh begitu saja dan dengan cepat dia mengelap air matanya lalu menganggukkan kepalanya mengiyakan ucapan sahabatnya itu.
"Thanks babe. Kau memang kawan sejati aku. Kau janganlah fikirkan sangat masalah aku nih. Nanti pandai-pandailah aku settlekan sendiri. Jangan risau okay. Thanks a lot sebab dengar luahan aku." Kata Alicia sebelum tersenyum menampilkan lesung pipitnya membuatkan Sumayyah tersengih.
Lalu setelah itu Alicia berjalan masuk ke dalam bilik yang biasa dia duduk jika bertamu di rumah Sumayyah dan mulai membaringkan dirinya di katilnya lalu kembali menangis dan kalini tangisannya lebih perit dan sakit berbanding dengan tadi.
"Ya Allah sungguh cobaanmu kalini sangat berat untuk hamba-Mu yang lemah ini. Aku mohon kepadamu ringankanlah segala beban di dalam fikiranku ini Ya Allah. Aku penat menghadapi segala ujian ini dan aku mohon kuatkan fizikal dan mentalku dalam menghadapi segala ujian yang diberikan olehmu, Ya Allah."
"Huft aku harap-harap sangat mamat poyo tuh tak call aku mintak duit. Mungkin gaji aku bulan nih kena korbanku dulu huftt. Bukan rezeki aku lagi" Gumam Alicia perlahan dan setelah itu wanita itu terus berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐑 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 [ HIATUS ]
Romantizm[ 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟏 ] : 𝐑omance 𝐒tory "So, her name is Alice? Such a pretty name." - Tengku Alex R "You think i'll like the bad guy like you, Mr. Alex?" - Alicia N Only they create love and hate? Adakah itu hanya disebabkan oleh satu kejadian yang menye...