Litmatch

7 0 0
                                    

Serious aku kata yang aku sendiri tak sangka yang benda ni pun dibuat cerita. Semua benda ni bermula disebabkan oleh kawan aku yang suruh aku download satu dating app ni which is Litmatch.

Awalnya aku download benda ni hanya untuk main call-call orang. Saja je nak hilangkan bosan Waktu malam. Lagi lagi waktu weekend. Yelah, apa je orang single nak buat malam weekend kan? Setakat main game jelah. Kalau nak study pula, memang tidak lah. Aku ni bukan jenis orang yang rajin pun.

Tapi lama kelamaan aku rasa macam nak juga dapat awek atau paling tidak pun kawan rapat perempuan untuk aku dapat berbual malam-malam kalau aku rasa bosan. Mencari lah aku sorang demi sorang perempuan untuk aku berkawan tapi hampeh sorang pun tak layan aku. Semua ghosting aku.

"Dah lah, baik aku usha feed orang jelah." kata aku dalam hati.

Aku baru perasan yang perempuan dekat dalam litmatch ni agak kurang lah dari segi rupa. Ye tak ye juga lah kan, semua dekat dalam Litmatch ni mesti dalam situasi yang sama juga dengan aku which is mencari pasangan. Orang lawa dah confirm-confirm dah berpunya dan tak main benda ni. Apa lah aku ni.

Takpelah, aku pun bukannya hensem mana pun. Asal dapat perempuan yang boleh diajak call bila aku rasa bosan pun dah cukup bagus dah. Rupa tu boleh tolak tepi.

Bila aku scroll feed dalam beberapa minit macam tu, aku perasan yang ada perempuan yang lawa gila. Tak boleh lah expect macam tiktokers yang famous rupa dia but dia lawa lah juga. Kalau boleh rate dia punya lawa tu, aku boleh bagi dia dalam 8.5 out of 10. Tinggi lah juga tu kan?

Aku tekan dia punya profile picture, takde gambar lain. Ada satu je gambar dia. Takpe, its okay. Screenshot dulu gambar dia ni. Andai kata dia delete gambar dia ni, ada lah juga satu gambar aku simpan so that aku boleh ingat rupa dia macam mana. Nama dia dalam account ni Lychie. Dia suka lychee ke apa ni?

Aku pun mulakan chat aku dengan dia.

"Hii."

Mudah je aku punya intro. Just say hi. Harap-harap dia balas aku punya mesej. Kalau dapat perempuan macam tu, perghh memang aku takkan curang punya lah.

Tunggu punya tunggu, dia still lagi tak balas aku punya mesej. Hmmm..dia pun sama ke? Tengok dekat dalam chat tu, dah bluetick dah. Maksudnya dia dah seen dah mesej aku tapi masih dia tak balas aku punya mesej. Kena ghosting lagi. Berapa banyak kali dah aku kena ghosting dengan perempuan dalam Litmatch ni.

Dekat aku punya account Litmatch ni, aku takde upload apa-apa gambar aku. Taknak lah aku tunjukkan muka aku, sebab muka aku ni boleh dikatakan bawah average lah. Tak pernah lagi lah orang kata dekat aku depan-depan yang aku hensem even mak aku sendiri.

*Tet* Handphone aku vibrate.

"Hi juga disana."

Wei, dia balas mesej aku. Hampir aku rasa macam nak delete Litmatch ni. Nasib baik dia balas, kalau tidak aku delete Litmatch ni. Langsung taknak main dah lepasni.

Okay so apa step lepas ni? Aku tak pernah lagi dapat balas dari orang yang aku mesej dulu. Kalau tengok dekat inbox, memang penuh dengan chat yang tidak ter reply. Hmm..Maybe mungkin aku patut tanya apa nama dia.

"Jom kenal?" Toye betul aku punya ayat. HAHAHHAHAHA.

Dia dengan perangai yang sama iaitu balas lambat. 5 minit lepas aku chat baru dia chat.

"Kalau taknak?"

Alahai perempuan ni jual mahal pula dengan aku.

"Kena lah juga." balas aku.

"Ha start lah dulu."

Yes, itu mesti maksudnya yang dia nak berkenalan dengan aku kan?

"Okay, Luq, 19, N9."

Dia masih lagi mengetik.

"Lychie, 18, Johor."

Lychie eh? Orang memang suka betul laici lah aku rasa. Sampai perkenalkan nama pun dia kata lychie.

So sekarang ni apa yang aku nak chat dia lagi? Idea takde langsung. Aku dalam keadaan yang nak chat dia tapi takde topik untuk diborakkan. Chat dia hanya untuk dapatkan perhatian dia.

Apa kata aku bagi dia pickupline? Versi teka teki.

"Wei, kau tahu tak yang buku teks sains salah?"

Macam biasa, kena lah tunggu untuk dapatkan reply daripada dia. Aku pula tunggu 10 minit semata-mata hanya untuk habis kan aku punya pickupline selepas dia balas chat aku.

*Tet*

Kali ni berbeza. Dia balas dengan voice message instead of text biasa. Yeay. Boleh dengar suara sebenar dia.

"Haa tak tahu lah kita tapi kan boleh tak cakap straight to the point je. Tak suka lah orang cakap lembab-lembab ni. "

Eiii comel nye lah dia marah aku. Time marah pun comel suara dia. Arghh aku rasa aku fall in love dengan perempuan ni lah. Fall hard lah.

"Aku nak kacau kau. Boleh eh?"

"Kacau? Ghisauuu."

Aduh dia dah fikir bukan-bukan dah. Habis first impression dia terhadap aku. Mesti dia fikir aku lelaki miang. Im not that kind of person.

"Eh maksud aku, aku nak borak dengan kau. Kau jangan fikir bukan-bukan."

Fuhhh. Nasib aku dapat explain dekat dia. Kalau tak, mahu dia block aku. Langsung tak dapat chat dengan dia dah.

************

Mesej aku still gray tick, maksudnya dia still lagi tak baca aku punya mesej aku. Tapi kali ni dia terus tak balas aku punya mesej. Dah masuk sejam dah ni sejak aku aku hantar mesej tu. Dia marah dekat aku ke apa ni? Tengok account dia pun still lagi tak active.

Aku tengok jam, baru aku perasan yang sekarang dah pukul 3 pagi. Laaahhh, padan lah dia tak balas. Mesti dia tertidur dah tu. Takpelah esok still ada masa lagi.

"Goodnight lychie."

Tidur lah elok-elok lychie. See you tomorrow.

LychieWhere stories live. Discover now