BAB 14

71 12 0
                                    

OTAK tak habis fikir mengapa Sephia marah sampai begitu sekali; bukan main laju lagi mengelak daripada berbicara dengannya. Seolah-olah seudara pun tak ingin. Salahnya apa sebenarnya? Mengapa pula Sephia harus naik angin atas hal remeh yang berlaku ketika mereka masih di bangku sekolah dulu?

Asyik dengan fikiran bercelarunya, dia membelok ke laluan kiri tanpa melihat orang lain yang lalu-lalang di laluan aras tiga fakultinya. Alih-alih, bahu kanannya dilanggar kuat tetapi impaknya lebih kepada yang melanggar. Lantas mulut mengucap maaf. Salahnya juga kerana tak cakna akan keadaan sekelilingnya.

"Izara?"

Gadis yang sedang memegang bahu kirinya itu mendongak. Pandangan mereka bertaut dan perlahan-lahan, tangannya turun ke sisi. Seakan-akan lupa sakit daripada impak perlanggaran bahu mereka. Tak sangka pula bahu Nael sekeras itu. Tanam besi titanium ke apa?

"Oh, Nael." Gadis itu terkebil-kebil.

"Sorry. Is your shoulder okay?" Tanya Nael, risau pula.

"Oh!" Izara menyengih seraya menepuk bahunya perlahan. "Okay je. Alah, sikit je ni!"

"Oh." Nael menggaru kepala. "Okay." Kepala diangguk. Kalau sudah Izara berkata begitu, apa lagi yang boleh dia katakan?

"Sorry sebab langgar you. I..." Skrin tabletnya ditayang ke Nael. "...sibuk sangat edit kad jemputan. I'm kind of in a rush." Dia menyengih.

"Kad jemputan? You nak kahwin ke?" Tanya Nael, berbasa-basi.

"Eh, bukan!"

"Tunang?"

"Pun bukan!" Nafi Izara, tersenyum mengetap gigi. "Jemputan untuk parti harijadi je. Lambat lagilah nak tunang. Calon pun tak ada." Jelasnya, tertawa kecil.

"Oh..." Nael terangguk-angguk.

"Oh, you should come! Phia and the others are also invited."

"Phia?"

"Hm!" Izara mengangguk laju. "Since you're the first person that I invited, you wajib datang tahu? Wait, that's a good idea! Maybe I should letak nama you kat kad jemputan so lagi ramai yang nak datang. VVIP: Amar Nael. Fuh, confirm penuh rumah I next week!"

"Eh, j-janganlah!" Nael tertawa gementar.

"Gurau jelah!" Izara menggeleng kepala.

Nael menghembus nafas lega. Tiba-tiba teringatkan hari dia menemani Izara melihat-lihat pameran motosikal klasiknya tempoh hari. Gadis itu juga ceria dan seramah sekarang. Tetap saja Nael masih mencipta jarak. Entah mengapa dia begitu sedangkan gadis itu kelihatan ikhlas hendak berkawan.

"Cakap pasal Sephia, dia... okay ke?" Nael menyuarakan isi kepalanya sejak pagi tadi.

"Oh." Senyum di wajah Izara hilang serta-merta. "Phia tak cerita lagi ke? Dia kena marah dengan lecturer dia sebab terlupa nak buat assignment. Deadline pula esok. Memang tak sempatlah nak siapkan. Janice kata, Phia memang tengah struggle nak catch up dengan yang lain. It would be nice if she can have a tutor tapi itulah. Kalau SPM, adalah pusat tuisyen. Ini dah degree, mana nak cari?"

"Oh..." Nael tertunduk.

Ada idea yang muncul tapi... ah, perlukah dia merendahkan maruahnya kerana hal itu?




JAM tangan ditanggalkan lalu disimpan kemas ke dalam laci. Baru beberapa kancing kemeja dibuka, tiba-tiba tombol pintu kamar istirehatnya di pulas kasar. Pintu dikuak seluas-luasnya sehinggakan tombol menghempas dinding.

Amar Nusayr menoleh ke belakang. Wajahnya kekal tenang meski setelah melalui hari yang mengeringkan seluruh tenaganya. Lalu ditambah pula dengan adiknya, Amar Nael, yang sepertinya datang untuk melampiaskan amarahnya. Kedua alis Nusayr angkat, menunggu saja Nael 'menyemburnya'.

"Kau ingat tak helmet aku yang kau pecahkan dulu?" Soal Nael dengan nada mendatar.

Nusayr mengerutkan dahi. Topi keledar Nael yang dia pecahkan? Ah!

Nusayr tertawa sinis. Mestilah dia ingat peristiwa setahun yang lalu itu. Pertikaman lidah yang akhirnya berakhir dengan keganasan dengan Nusayr membaling topi keledar kesayangan Nael ke pagar rumah. Habis retak dan berkecai cerminnya. Bila dia ganti dengan yang baru, Nael boleh pula pecahkan di depan mukanya.

Setahun sudah berlalu tetapi nampaknya, masih ada yang tak berpuas hati. Agak-agak, apa pula yang akan mereka pecahkan malam itu? Cermin kereta Nusayr? Almari trofi Nusayr? Atau... muka Nusayr?

"Aku nak kau ganti balik."

Nusayr menggeleng kepala. Berpaling daripada adik lelakinya itu.

"Hate to break it to you, but I did replaced it. Tapi Nael yang pecahkan helmet baru tu. So, kita serilah." Balas Nusayr dengan selamba. "Plus, helmet yang Abang kasi tu pun lagi mahal dari helmet yang Abang kena ganti."

"Helmet tu hadiah daripada mama aku."

Senyum sinis di bibir Nusayr mati. Namun tetap saja tubuhnya membelakangi adiknya yang wajahnya mendatar, tanpa perasaan. Nusayr menghela nafas dalam. Bagaimana untuk dia menang kali itu bila Nael berkata begitu? Nael cukup tahu apa kelemahannya. Akhirnya, dia memalingkan tubuh ke belakang semula.

"Okay." Nusayr mengangguk. "One request from you and kita seri. Don't ever bring up that helmet ever again." Jari dituding ke muka Nael.

Nael diam, tanda bersetuju.

"Okay. Think carefully and tell me, what do you want."

Nael membuka mulut, alih-alih dicantas oleh Nusayr.

"Think carefully, Amar Nael. You only have one chance."

Mata tak berperasaan Nael bertukar tajam. Menatap empunya wajah yang membesar bersama dengannya itu dengan benci dan amarah yang meluap-luap. Siapa sangka, suatu hari nanti, dia memerlukan pertolongan Nusayr?

*****

4 bab sekaligus as a new year present. happy new year everyone!

OVERRATEDWhere stories live. Discover now