Malam menjelma ditemani cahaya bulan penuh. Najwa hanya terbaring di atas katilnya sambil memandang kosong pemandangan diluar rumah. Tanpa dia sedar dia telah pun mengalirkan air mata dek kerana rindu akan keluarganya. Sempat matanya melirik ke jam dinding dan jam menunjukkan tepat pukul 10.00 malam Najwa pun bangun dari katil dan terus menutup tingkap yang tidak jauh dari katilnya. Sebelum dia sempat menutup tingkap tiba-tiba matanya menangkap figura lembaga hitam di tepi pepohon pisang yang tumbuh liar di kawasan rumah nek Piah. Figura yang dilihatnya malam semalam tanpa membuang masa dia pun segera menutup tingkap dan menguncinya.
Dia cepat-cepat menuju ke arah katilnya dan terus baring sambil selimut menyelimuti badannya. Tiba-tiba kedengaran ketukkan tingkap dari arah luar rumah yang bertalu-talu membuatkan gadis kecil tersebut terkejut. Najwa cuba untuk tidak menghiraukan ketukkan tersebut tetapi dia gagal dan tanpa membuang masa dia terus mengambil bantal dan selimutnya lalu menuju ke bilik nek Piah. Pintu diketuk beberapa kali sebelum munculnya orang tua itu di depan pintu.
"Ada apa kau datang bilik aku ni" kata nek Piah sambil menggosok matanya perlahan. "Nek boleh tak harini Najwa nak tidur dengan nenek" balas Najwa dengan yang cemas. Dalam fikiran gadis itu hanya mahu masuk ke bilik neneknya kerana takut diganggu makhluk itu lagi. "Dah cepatlah masuk" kata nek Piah ringkas. Najwa pun menganggukkan kepalanya sebelum melulu masuk ke dalam bilik itu. Katil bersaiz king itu dikongsi bersama neneknya. Dia pun menyusun bantal yang dibawanya itu bersebelahan bantal nek Piah dan terus meletakkan kepalanya di atas bantal tersebut dan sedar tidak sedar Najwa pun terlelap.
~SKIP~
London City, England.
Matanya dari tadi memandang ke arah luar dinding kaca disebuah restoran terkemuka di England yang disajikan keindahan Jambatan London yang sering dikagumi orang ramai. Tiba-tiba tangannya dipegang seseorang. "Sayang awak fikir apa lagi tu" tanya Encik Mazlan pada isterinya itu. Dia risau dengan keadaan isterinya yang sejak dari awal mereka menjejakkan kaki di bumi England itu kelihatan monyok dan tidak segembira sebelum bertolak dari Malaysia. "Risau dengan Najwa tulah" balas puan Rosnah ringkas. "Awak nak risau apa lagi diakan duduk dekat rumah mak" jawab Encik Mazlan seraya menggosok-gosok tangan isterinya yang kedinginan itu. "Abang cakap macam tak kenal mak tu" Puan Rosnah terus menarik tangannya dan terus mencapai secangkir kopi yang masih panas itu.
"Benda dah lepas kita tak tahu kalau-kalau mak dah berubah" balas encik Mazlan seraya memandang isterinya itu. "Itu mak saya, saya kenal perangai dia". " Dahlah kita buat semua ni pun sebab nak berbaik balik dengan mak" kata suaminya terus terang.
"Tapi macam mana kalau mak nak bagi benda tu dekat Najwa" kata puan Rosnah seraya menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Melihat keadaan isterinya yang bimbang itu dia terus duduk disebelah isterinya dan memelukan perempuan itu untuk cuba menenangkannya. "Awak jangan risau ya" ujar encik Mazlan sambil menggosok-gosok belakang isteri itu.~SKIP~
Jam di dinding menunjukkan pukul 3:43 pagi Najwa terjaga dari lena dek kerana sakit perut yang teramat sangat. Najwa bangun dari katil dan terus menuju ke arah pintu seraya menolak perlahan daun pintu. Gadis terus berlalu keluar dari bilik air. Sewaktu sedang leka berjalan menuju ke bilik air matanya terperasan kelibat hitam sedang berlegar-legar di dalam biliknya. Dengan perasaan takut dia terus berlari masuk ke bilik nek Piah dan terus tidur kembali tanpa pergi ke tandas. Dia terus naik ke atas katil dan pejamkan mata seraya mulutnya tidak berhenti-henti menyebut nama Allah memandangkan dia tidak menghafal mana-mana ayat suci Al-Quran kecuali Al-Fatihah.
YOU ARE READING
Si Dukun Mantera
HorrorZaman yang telah mencecah ke ambang 2020. Teknologi yang kian canggih setara dengan ekonomi yang kian mencecah ke arah ambang pemodenan. Mana mungkin pada era seperti ini masih wujud lagi wanita yang digelar dukun. Itulah yang dipercayai oleh Shahir...