Rintikan hujan masih kedengaran di atap zink rumah nek Piah dicampur dengan bunyi dentuman guruh. Cuaca hari ini tidaklah seberapa baik seperti hari sebelumnya.
Najwa terjaga dari tidur, dia yang tadi baring kini sudah berada di posisi duduk. Najwa menggosok-gosok matanya dan beberapa kali belum menguap.
"Ha bangun dah kau" kelihatan nek Piah berada di depan pintu bilik sedang melihat ke arah Najwa. Najwa hanya mengangguk malas kerana dia masih lagi berasa ngantuk. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa yang menimpanya malam tadi. Belum sempat nek Piah berlalu pergi.
"Nek sekejap" panggil Najwa ringkas.
Nek Piah kembali melihat cucunya itu.
"Semalam Najwa ada nampak " belum sempat Najwa habiskan kata-katanya nek Piah mencelah. "Kau dah jumpa dia ke semalam" tanya nek Piah teruja."Maksud nenek lembaga tu ke" tanya Najwa kehairanan. "Dia dah lama dia tunggu kau" kata nek Piah seraya mengekek ketawa sebelum keluar dari balik tersebut.
Najwa yang kebingungan hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Jarang sekali mahu lihat neneknya itu tergelak mahupun tersenyum hanya memek muka bengis sahaja yang sentiasa menghiasi wajah orang tua itu.
~NAJWA POV~
Tanpa membuang masa aku pun terus mencapai kain tuala dibelakang pintu bilik ku dan terus menyusun langkah menuju ke arah bilik air. Belum sempat aku melepaskan pakaian aku terdengar bunyi ketukan pintu. Aku hanya membiarkan mungkin nek Piah yang akan bukakan pintu tersebut.
Sudah beberapa ketika pintu diketuk tapi masih belum dibuka. Aku keluar dari bilik air terus menuju ke arah pintu utama dan alangkah terkejutnya bila aku membuka pintu terpampang wajah nek Piah dan Karim di hadapan pintu rumah.
"Kau ni dah pekak ke berapa lama aku ketuk tak dengar" kata nek Piah seraya masuk ke rumah diiringi Karim.
"Tapi tadi bukan nenek dah balik ke" tanya Najwa sambil tangannya menunjuk ke arah bilik nek Piah. "Tadi memang nak balik dah tapi ada orang panggil nenek minta ubatkan anak dia" sambung Karim lembut seraya tersenyum nipis. Najwa masih lagi terkebil-kebil mengenangkan apa yang dia lihat tadi.
"Dah pergi mandi cepat lepas mandi kita makan sama-sama" kata nek Piah ringkas.
~SKIP~
Najwa duduk diluar rumah memandangkan hujan sudah berhenti turun. Najwa termenung memikirkan perkara yang berlaku pada pada malam dan pagi tadi. Sedang asyik termenung tiba-tiba Karim duduk disamping Najwa sambil mengenakan baju kurta berwarna merah. "Najwa okay ke dari pagi tadi abang tengok Najwa macam pucat je" tanya Karim memulakan perbualan.
"Najwa okay je cuma ada benda-benda pelik yang jadi dekat Najwa baru-baru ni" tanya Najwa sambil termenung.
"Cuba Najwa bagitau abang mana tahu abang boleh tolong" Karim memandang lembut gadis itu berharap dia memberitahu perkara yang difikirkannya.
"Semalam ada makhluk ni ganggu Najwa yang Najwa ingat badan dia berbulu dan badan dia besar dia cakap dalam bahasa apa pun Najwa tak tahu . Semalam juga Najwa dengar bunyi bonang." Ujar Najwa panjang lebar.
"Abang rasa mungkin sebab Najwa tak biasa lagi kot tinggal dekat sini lama-lama nanti okaylah tu" kata Karim lembut. Najwa memandang wajah Karim dengan sayu.
"Najwa nak balik Najwa dah tak sanggup nak tinggal dekat sini" kata Najwa seraya menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan.
"Ala janganlah sedih nah abang bagi ni dekat Najwa " Karim pun mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan terlihat sebiji gula-gula strawberi. Dia pun menghulurkan gula-gula itu kepada Najwa.
"Abang ingat Najwa budak-budak ke" kata Najwa dengan nada merengek seraya menyambar gula-gula dari tangan lelaki itu.
"Eh ambil juga ingatkan taknak" sakat Karim seraya tersenyum melihat gelagat Najwa yang seperti keanak-anakan itu.
"Eee dahlah malas layan abang ni" Najwa terus mengorak langkah menuju ke rumah dengan wajah yang cemberut dek kerana diusik jejak itu.
Karim hanya menggeleng kepala melihat telatah Najwa itu.
YOU ARE READING
Si Dukun Mantera
HorrorZaman yang telah mencecah ke ambang 2020. Teknologi yang kian canggih setara dengan ekonomi yang kian mencecah ke arah ambang pemodenan. Mana mungkin pada era seperti ini masih wujud lagi wanita yang digelar dukun. Itulah yang dipercayai oleh Shahir...