"Jangan risau. InsyaAllah, Insyirah tak pape,"
Mazni sekadar menganggukkan kepala mendengar kata kata cikgu Hasniah. Malang sungguh nasib gadis itu hari ini, semuanya serba tidak kena.
Siapa sangka niat dia ingin mengambil buku di kelas berakhir dengan penemuan tubuh tidak bermaya Insyirah di depan pintu. Ternyata benda yang disepaknya sewaktu melangkah masuk tadi adalah tangan milik setiausaha aspuri itu. Bagai nak tercabut jantung gadis itu, mujur dia tak pengsan sekali.
"Saya pun harap camtulah cikgu,"
Ziyad keluar dari perut kereta sambil mencekak pinggang, mencari seseorang untuk membantunya memanggil Zinnirah. Anehnya perkarangan asrama puteri itu kelihatan sunyi, kereta Izdiey juga tidak kelihatan di depan rumah.
Hari ni balik wajib ke?
PINN!
"MAK KAU!" Teriak jurutera itu terkejut dengan bunyi hon yang nyaring.
Zinnirah bergegas turun dari kereta Izdiey dan berlari mendapatkan abangnya yang sedang tercegat di depan pondok pengawal. Lelaki itu menarik muka curiga.
"Ziyad," sapa Izdiey sambil mengangkat tangan.
Ziyad menyambutnya dengan anggukan, melihat sahaja kereta kuning itu berlalu masuk ke dalam aspuri. Matanya kemudian hinggap pada Zinnirah.
"Korang pergi mana berdua duaan?" Soal Ziyad kurang senang dengan situasi itu.
"Takde gi mana. Gi kubur je tadi, ziarah,"
Dahi Ziyad berkerut. Pergi kubur siapa pulak?
"Bawak tak benda yang adik mintak tu?" Soal Zinnirah mematikan monolog Ziyad.
"Bawakk.." jawab lelaki itu malas. Dia berjalan ke belakang bonet kereta Ford Rangernya lalu meraih sesuatu.
"Ambik ni. Aku beli keluaran paling latest punya tau," Zinnirah melonjak gembira menerima barang yang dihulurkan abangnya itu.
"Terima kasih! Nanti adik dah keje, adik bayar balik duit abang,"
"Hmm, tak payah..." balas Ziyad.
"Seriuslah? Tak payah bayar ni?" Soal Zinnirah inginkan kepastian, sebab dia tahu harga barang itu bukan murah.
"Ye. Cuma satu je syarat abang.."
"Syarat apa?"
"Kawan kau tu, suruh dia buat betul betul," Zinnirah tersenyum mendengar syarat lelaki itu. Dengan pantas dia mengangguk.
"InsyaAllah. Kalau dia tak buat betul betul, adik sendiri hempuk dia,"
***********
Mahfuz duduk bersandar seorang diri di belakang bilik Kemahiran Hidup. Lelaki itu kelihatan menulis sesuatu dengan wajah serius. Dia sedang merangka strategi untuk perlawanan hoki esok. Pasukan yang bakal Azan lawan esok adalah pasukan lamanya, jadi dia sudah tahu kebanyakan taktikal mereka serta kemampuan para pemain.
Oleh itu, dia ingin mengutarakan beberapa cadangan dan memberikannya kepada Azan nanti. Mana tahu sedikit sebanyak boleh membantu.
"Buat apa yang serius sangat tu?"
Mahfuz mengangkat muka, kelihatan Hafiz dan Shahzan sudah tercegat sambil tersenyum padanya. Dia membalas senyuman mereka. Pelik pula rasanya melihat dua lelaki itu berdiri bersebelahan. Selalunya Shahzan akan menghindarkan diri sejauh boleh dari Hafiz.
"Takde apa. Ni..tengah rangka strategi untuk game esok. Mana tahu boleh tolong Azan sikit sikit,"
Kedua lelaki itu saling bertukar pandangan sebelum turut duduk bersila di sebelah Mahfuz.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Fiksi RemajaSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...