00

6 0 0
                                    

⚠️ Trigerred Warning
• double meaning words
• gejala sosial
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

The Eclispe.

"Seriously, Fiq?" Suara tinggi Megat Zayden berkumandang. Cuba melawan suara hingar - bingar dentuman alat muzik yang agak membingitkan. Separuh lagi kerana tidak percayanya dengan kenyataan yang Tengku Wafiq baru bicarakan.

"Kau nampak muka aku macam bergurau ke?"

Gambar wanita manis bertudung yang terpancar daripada skrin telefon pintar itu lantas ditilik sekali lagi. Mencari kepastian.

"For god's sake, dia pakai tudung kot?" Syed Venyamin nampaknya turut punya reaksi yang sama.

"So?" Tengku Wafiq sedikitpun tidak terusik dengan perubahan yang ditunjukkan rakannya.

"Wafiq. This is not fucking funny. Kau kalau kata dah kempunan sangat, apa kata kau pilih je mana - mana yang kau berkenan dekat sini je?" Nik Yasmeer akhirnya bersuara. Dia turut isyaratkan beberapa kumpulan wanita yang sedari tadi memandang ke arah mereka. Sekadar memberikan cadangan.

"Basic. Aku nak benda baru,"

"Habis itu, kau nak rosakkan hidup perempuan ni?" Niz Yasmeer ikut tayang wajah tidak percaya selepas mendengarkan ucapan yang keluar daripada lelaki berdarah Tengku itu.

"It's her fault though. Siapa suruh attractive sangat. Believe it or not, daripada gambar kaku ni pun otak aku dah boleh bayang macam - macam. Her perfect body curve, sweet body scent, and how she'll react on bed when..."

"Tak senonohlah kau punya perangai! Benda macam tu pun nak bagitahu public," Syed Venyamin mencantas bicara Tengku Wafiq yang semakin kelihatan tersasar.

"Cakap dengan cermin ke bang? Kau pun sama je naik dia," Tidak mahu kalah, Tengku Wafiq mula mengungkit.

"Aku?" Syed Venyamin tunding jari telunjuknya ke arah wajah sendiri.

"Terpaling senonoh sampai buat projek pun dalam kereta, kan Venyamin?" Ternaik kening Tengku Wafiq saat menyoal.

"What the...? Kau intip aku?" Langsung sahaja berubah tegang wajah Syed Venyamin apabila kegiatannya kali lepas diangkat menjadi topik perbualan.

Kalau tak diingatkan diri yang Tengku Wafiq ini merupakan kawan susah senang sudah sekian lama, memang tanpa segan - silu satu tumbukan memang ia akan hayunkan tepat di wajah tampan itu.

"Haha, lawak. Kau yang buat kerja tak clean lepastu nak salahkan kitorang," Tengku Wafiq pula membalas tenang. Unbothered.

"Fiq, kenapa gambar yang kau tunjuk ni macam ada something fishy?" Tanya Megat Zayden, mengabaikan situasi tegang yang hampir tercetus antara kedua - dua pihak.

"Fishy? Maksud kau?" Tengku Wafiq balasnya dengan cara yang serupa, soalan.

"Gambar yang kau bagi kitorang tengok tadi. Gambar crop kan? Pastu aku perasan macam dalam gambar tu ada lelaki yang duduk dekat dengan dia," Megat Zayden mengulas gambar yang baru ditunjukkan tadi.

"Oh, lelaki. Boyfriend kepada perempuan tu,"

"B..boy...boyfreind?" Syed Venyamin bulatkan matanya.

"Hmm, boyfreind. Teman lelaki," Tengku Wafiq jatuhkan kepala, mengiakan.

"Aku tahu kau ni punya kepala otak bukannya betul mana. Tapi bila kau kata, kau berminat dekat perempuan tu aku rasa semua ini dah cukup gila. Rupanya ada yang lagi teruk?" Megat Zayden gunakan kesempatan yang ada untuk menyindir.

"Hak milik orang tu Fiq...." Nik Yasmeer berkata.

"Damn, can you guys just chill? Bertudung, tertutup sana sini tak bermakna dalaman dia pun sama terjaga. Tak payah tengok jauh. Widyana tu pun nampak je baik. Kenyataan dia?" Mungkin kerana berterusan diasak daripada pelbagai penjuru, akhirnya Tengku Wafiq membidas dengan kasar.

Semua berada semeja dengannya lantas terkedu.

Apatah lagi Megat Zayden, gerangan yang mula - mula membuka tajuk itu.

Sebenci dia pada sang ibu, belum menyamai tahap Tengku Wafiq yang memanggil sekadar dengan nama.

"Plus, she already have a boyfriend right? Apa yang buat korang rasa dia innocent sangat ni?" Tengku Wafiq kembali kendurkan nada miliknya. Sungguhpun begitu, sinisnya masih terasa.

Gelas berisi whiskey miliknya diteguk rakus selepas itu, membiarkan air kencing syaitan itu mengalir membasahi rengkungnya.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Wafiq'sWhere stories live. Discover now