18

63 6 0
                                    

Aku dan Hariez berada di pusat membeli-belah alat pernikahan dan pakaian nikah. Kami berdua sedang keliru sama ada ingin memilih tema berwarna putih ataupun hitam.

"What color is appropriate?" soalku kepada Hariez yang sedang khusyuk meniliti setiap jenis pakaian.

"Black." jawab Hariez sepatah. Jarinya ditujukan kepada sebuah pakaian yang terletak didalam almari kaca. Baju itu dikira sebagai yang sangat terhad dan harganya yang amat dahsyat.

"Baju yang dalam almari tu lawa," ujarnya. Tanpa melengahkan masa Hariez terus memanggil pembantu kedai tersebut untuk mengambil pakaian didalam almari itu.

Biar betul dia ni? Tak tengok harga ke? sudah lah harga pakaian itu macam harga Yahudi!

"Cik nak try dulu ke?" soal si pembantu kedai itu dengan begitu ramah. Kami berdua mengganguk  kepala.

Aku mengambil baju pengantin wanita yang berwarna hitam itu daripada si pembantu yang sedang menghulurnya kepada ku.

Kaki ku mula melangkah ke bilik salinan pakaian untuk mencuba memakai baju tersebut.

Tak lama itu, aku keluar dari bilik salinan setelah selesai menukar pakaian. Kainnya sesuai dengan ketinggianku. Malah, jenis kainnya juga lembut dan sejuk dan lebih yang menarik adalah baju ini tidak mudah koyak atau rosak. Reka bentuk corak yang sangat cantik membuat aku lebih jatuh cinta dengan baju yang sedang ku pakai berbanding dengan orang yang aku ku kahwini.

"Cantik."

Terasa bahang diwajah ku. Nampak merah padam tak muka aku ni? Tak nampak sangat kan... Okay maseh.

"Do you like this one?" soal Hariez sambil memandang aku yang sedang berangan-angan menjadi seorang pemaisuri di hadapan cermin.

"Saya tahu berangan tu percuma, tapi janganlah sampai nak abaikan this handsome guy here," sambungnya lagi, dan aku masih berangan tak ke sudah.

"Kesian tunang aku ni, belum kahwin dah gila..." rungut Hariez dengan nada yang perlahan agar tidak didengari oleh ku. Namun aku masih belum pekak, sempat aku menjeling jejaka dibelakang ku.

Kini aku memusing badan 360 darjah ke kebelakang seraya berhadapan dengan Hariez. "Gila?" soalku. Sengaja aku menajamkan perkataan tersebut.

"Haiya, gurau saja ma... Dah olang mao bayar oo" kata Hariez dengan nada gurauan. Kakinya kini pantas menuju ke kaunter pembayaran. Aik? Nak terus bayar? Lepastu baju yang aku pakai ni macam mana pula? Takkan tak nak tukar?

"Kejap lah saya nak tukar baju," kata ku.

"Pergilah, saya nak bayar dulu" ujarnya pula.

Setelah aku kembali ke bilik persalinan pakaian, Hariez mula mula membayar baju-baju pengantin itu yang mahu dibeli oleh kami.

"Totalnya RM745,900."

Hariez membayar kesemuanya dengan kad kredit Black Card. Pembantu itu menyerahkan bungkusan pakaian yang telah di sangkut rapi.

Setelah selesai membuat pembayaran, kami berdua mengambil baju itu dan melangkah keluar dari pusat membeli belah tersebut. Ada dua orang pembantu di pintu masuk mengucap terima kasih dan datang lagi sebelum kami beredar dari situ. Senyuman manis ku dihadiahkan kepada mereka.

Sampainya di kereta aku menyangkut baju itu di tempat penyangkut dibahagian penumpang belakang. Setelah itu, aku masuk kedalam kereta terlebih dahulu sebelum Hariez. Tiba-tiba satu soalan bermain di fikiran ku.

Apabila Hariez masuk ke dalam perut kereta aku mula menyoal. "Awak, kursus kahwin apa semua kita dah buatkan? I think one more lah yang kita belum buat"

Hariez menjungkit sebelah keningnya. "What?" soalnya. Enjin kereta kini dihidupkan.

"Urm, maybe... Pos kad?" soalku teragak-agak. Yes, aku rasa kita memang belum buat pos kad lagi kan...

"Mama dah buat."

"Mama siapa?" soalku.

"Both."

Aku hanya angguk.

Kini kereta dipandu memasuki kawasan lebuhraya. Agak banyak juga kereta disini. Oleh kerana hari minggu jadi ramai juga pengunjung yang datang bercuti.

Sunyi.

Hanya terdengar 'Fm radio muzik hit terbaik.' Tiba-tiba notifikasi Whatsapp ku berbunyi. Aku menekan logo Whatsapp di telefon bimbit ku lalu melihat seorang kawan baik ku menghantar pesan, Tyara.

Aku membaca pesan tersebut. Seperti biasa Tyara sering meluahkan sesuatu kepada ku. Ya, aku suka jika dia meluahkan perasaan yang dipendam olehnya, itu membuatkan aku merasa seperti kawan yang sangat berguna.

Tyara meluahkan tentang masalahnya di ofis. Seperti biasa bermacam-macam dia cerita tentang kisah hidupnya. Tapi aku suka, setidaknya aku juga dapat melepaskan rindu terhadapnya.

Hampir 3 tahun kami tidak bersua. Dia sibuk berkerja di Kuala Lumpur manakala aku harus berada di Negeri Sembilan untuk menjaga mama. Maklumlah ayah selalu jarang pulang ke rumah, sampai kadang-kadang orang anggap aku seperti tiada ayah... Bila aku bangun tidur ayah akan pergi ke kerja, dan bila aku sudah tidur baru lah ayah pulang. Bila aku boleh luangkan masa dengan dia?

Kadang aku terfikir, ayah lebih pentingkan kerja daripada keluarga. Tapi dalam masa yang sama aku terfikir pula sebab dia lakukan semua itu. Mungkin ayah sanggup banting tulang untuk mencari rezeki yang halal untuk kami. Kalau tiada ayah siapa lagi yang boleh aku harapkan? Mama? Mama pun kadang-kadang sering jatuh sakit. Haykal? Hm...

Bercakap tentang ayah, aku baru perasan sejak aku kenal Hariez aku tak pernah berjumpa dengan ayahnya, malah semasa Hariez datang merisik seminggu yang lepas aku masih tidak menjumpai bapanya. Patutkah aku tanya?

"Awak," aku mula bersuara.

"Hm?" jawab Hariez sepatah, pandangan nya tertumpu ke arah jalan raya yang sedikit sesak. Fokus betul! Tengah memandu pun masih kacak, hehe.

"Saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanya lah,"

"Urm, I think my question might be a bit sensitive for you, but if you allow me I will ask. Saya cuma nak tanya, mana ayah awak? Saya tak pernah jumpa dia. Mana dia sekarang?" soalku. Wajahnya kelihatan sedikit berubah namun cepat-cepat di ubah kepada riak tenang semula.

"Dah meninggal." jawabnya dengan lagak tenang namun dapat didengar suaranya sedikit menggeletar.

"Sorry, I...I'm sorry," terasa bersalah pula apabila mengetahui kenyataannya.

Dia hanya diam. Aku faham perasaan dia macam mana. Kebanyakan anak laki-laki lebih rapat dengan ayah berbanding dengan mak.

Ayah sering dianggap seperti pahlawan keluarga. Tapi jika hilangnya ayah, maka hilanglah pahlawan.

"It's okay," kata Hariez setelah beberapa saat dia mendiamkan diri. Dia mencuba menghadiahkan senyuman manis kepada ku.

Manisnya....

"Awak mesti lapar kan? Nak pergi makan tak? Awak nak makan dekat mana?" soalnya. Sekilas dia memandangku selepas itu dia kembali memandang jalan raya.

Aku berfikir sejenak mahu makan dimana firasatku mengatakan bahawa aku ingin makan di...

"Mamak!"

Hariez ketawa kecil. "Okay, okay, let's go to the mamak."

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now