Bab 6

283 40 5
                                    

Kedengaran bunyi garau berdehem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedengaran bunyi garau berdehem. Sebelum bertukar bunyi ketawa halus yang jelas menyeramkan.

Bahzi masih tak berpaling. Tidak mahu kehilangan perbualan. Dia hanya nak tahu sebab apa makhluk itu mengganggu, Ufaira.

"Kenapa kau kacau, Ufaira?" Sekali lagi dia bertanya.

He he he he. "Aku dah lama tunggu saat ini. Akhirnya perempuan itu boleh nampak aku."

"Apa maksud kau?"

Terasa angin kuat baru lalu di sebelah kiri badanya. Kini berdiri betul- betul di belakang. Bunyi helaan nafas menampar gegendang telinga sebelah kanan. Kedua tangan Bahzi genggam erat di dalam saku sweater.

"Dia milik aku."

"Tak. Ufaira bukan milik siapa-siapa."

He he he he. "Kau tak layak untuk cakap macam itu."

"Kau yang lagi tak layak. Makhluk macam kau sepatutnya berada di alam kubur."

Ha ha ha ha. "Kau bercakap dengan diri sendiri?"

Kali ini telinga sebelah kiri pula menjadi sasaran.

"Aku masih hidup!"

"Tak. Hanya jasad kau yang hidup, jiwa kau dah lama mati."

Bahzi tergamam.

"Jiwa kau dah mati."

"Aku tak akan benarkan kau sentuh, Ufaira." Walau apa pun jadi.

"Kau sendiri masih terumbang ambing, ada hati nak jaga dia."

Sekali lagi terasa angin kuat lalu dan kini makhluk itu berdiri di hadapannya. Jelas kelihatan bayang hitam itu dengan mata merah. Mengucap panjang dia dalam hati.

"Allah." Spontan dia menyebut kalam itu keluar dari bibirnya.

Makhluk itu tersenyum sinis. "Baru ingat Allah, huh?"

"Allah ada. Aku ada Allah yang akan jaga kami berdua dari makhluk seperti kau."

"Kau belum cukup kuat untuk lawan aku."

Bahzi berkerut dahi bila terasa bahunya dicengkam kuat. Dan lagi bertambah malang sebab dia tak boleh menggerakkan anggota badannya untuk mempertahankan diri. Kaku keras seperti batu.

"Tengok. Kau sendiri tak boleh sentuh aku, macam mana kau nak jaga dia." Ketawa sinis.

Allah. Allah. Allah. Berulang dia menyubat nama Allah dalam hati. Sedikit sebanyak kata-kata makhluk itu ada betulnya. Dia tak mampu lawan dengan jiwa yang kosong. Matanya terpejam rapat sambil menahan rasa perih kena cengkaman kuku yang tajam.

'Ya Allah. Bantulah hambamu yang lemah ini. Aku tahu aku tak layak memohon kepadamu. Izinkan aku kembali dari terus menjadi hina di bawah pengawasanmu.' Dengan segenap perasaan yang lahir dari dalam hati dia merendah diri meminta pertolongan yang maha Esa.

( OG) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now