Bab 18: Mati lampu yaa sayang

246 6 0
                                    

Selepas solat Isyak...

"Sayang,jom mengaji" Ajak Edelis

"Kita tak salam lagi, jadi wuduk kita tak batal lagi. Lagipun abang rindu nak dengar sayang mengaji. Suara sayang sedap bila sayang mengaji" Sambung Edelis

Cahaya berdiri lalu mengambil Al-Quran dan rehal  yang berada di atas meja. Dia lalu duduk semula dihadapan Edelis sambil mencari-cari muka surat.

Edelis mengajar Cahaya mengaji. Jika Cahaya salah sebut atau salah baca, Edelis akan tegur dengan suara yang lembut.

"Bukan macamtu sayang. Sayang kena baca panjang, ikut abang baca" 

Cahaya lalu mengikut Edelis baca dengan sebutan yang betul.

Selepas habis mengaji...

"Sayang, sayang lapar tak?" Tanya Edelis

"Tak, kenapa?" Tanya Cahaya

"Abang mengantuk, abang nak tidur. Kalau sayang lapar, sayang pergi lah buat bubur segera yang abang beli tu. Ada atas meja" Kata Edelis

"Selamat malam" Kata Cahaya

"Selamat malam, sayang" Edelis lalu mencium dahi Cahaya sebelum merebahkan dirinya diatas katil

•••••

Pada tengah malam, Cahaya terjaga kerana kelaparan. Dia bangun dari katil lalu berjalan kearah dapur. Cahaya tak nak kejut Edelis kerana dia tahu Edelis penat memandu kereta tadi. Dia lalu menekan suis lampu bahagian dapur. Cahaya lalu ternampak satu cawan bubur segera berjenama Know's di atas meja. Dia lalu mengambil cawan itu lalu membuka bungkusannya. Cahaya mengisi air panas kedalam cawan itu lalu mengisi bahan-bahan yang telah disediakan.

Cahaya lalu meletakkan cawan yang berisi bubur itu diatas meja. Dia lalu mengambil cawan untuk membuat air. 

 Tiba-tiba, elektrik tak ada. Seketika rumah itu menjadi gelap. Cahaya panik.

"Awak" Panggil Cahaya.

Cawan diletakkan diatas kabinet. Tangan Cahaya meraba-raba sekeliling untuk mencari suis lampu. Cahaya berjalan perlahan-lahan dan dia terlanggar seseorang.

Cahaya  terjatuh diatas badan seseorang. Tangannya memegang dada seseorang.

'Picit, picit, picit' hatinya seakan-akan bersorak.

Cahaya mengeleng-gelengkan kepalanya.

Lampu hidup semula.

"Sayang, sayang okay tak?" Tanya Edelis

"C-cahaya okay. Awak buat apa dekat dapur?" Tanya Cahaya.

Mata Cahaya memandang tanganya yang berada pada dada Edelis.

"Abang dahaga. Abang tengok tepi, sayang tak ada. Abang bangun je dari katil, tiba-tiba elektrik tak ada. Sayang buat apa dekat dapur?" Tanya Edelis.

Cahya tidak menjawab soalan Edelis. Edelis perasan yang mata Cahaya melihat dada bidang miliknya.

"Sayang?" Panggil Edelis. Edelis tersenyum.

Cahaya tersedar dari lamunanya. Dia lalu duduk di hadapan Edelis. 

"Sayang tengok dada abang dah kenapa? Insecure ke?" 

Cahaya malu dengan tindakanya.

"Hishh. Mana ada. Cahaya nak insecure dengan awak? Jangan mimpi laa. Lambat lagi Cahaya nak insecure dengan awak"  Kata Cahaya. Cahaya lalu berdiri diikuti oleh Edelis.

"Yeke? Boleh di percayai ke?"

"Awak dah tak percaya isteri sendiri ke?" Tanya Cahaya. Cahaya lalu mengambil semula cawan yang terjatuh. Nasib baik tak isi air lagi.

Edelis duduk di meja makan menunggu isterinya membuat air.

"Awak nak air apa?" Tanya Cahaya

"Sayang nak tolong buatkan ke?" Tanya Edelis

"Mhmm"

"Nak air kopi boleh?" Tanya Edelis

"Awak taknak tidur ke malam ni?" Tanya Cahaya

"Sayang, abang ni rare tau. Abang minum kopi  tapi abang boleh tidur" Kata Edelis

"Sama. Cahaya pun boleh tidur lepas minum kopi" Kata Cahaya. Cahaya meletakkan satu teko air kopi dan 2 cawan di atas meja.

"Sayang, abang nak sikit bubur tu boleh tak?" Tanya Edelis

"Tak boleh"

"Sayang, sharing is crying tau"

Cahaya tergelak kecil. Cahaya lalu menarik kerusi yang berada dihadapan Edelis lalu duduk diatasnya. Bubur di yang berada didalam cup dihulurkan kepada Edelis.

Mereka makan sambil berbual-bual. Bubur dikongsi, kasih sayang dikongsi. Semua benda dikongsi. Sharing is crying bak kata Edelis.

Bersumbang...

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now