#8 & 9

239 12 1
                                    

   AKU dan rayden sedang berada di butik pengantin untuk membeli baju perkahwinan kami.

Tema perkahwinan kami , ialah biru.

Kami sibuk mencari baju yang sesuai dan cantik untuk dipakai. Rayden datang kearah ku ketika aku sedang sibuk mencari baju untuk aku pakai.

"Cuba awak pakai gaun ni." Sapanya tiba-tiba sambil memengang sehelai gaun biru yang sangat cantik.

Aku mengangguk dan mencapai gaun biru itu untuk mencubanya. Pekerja butik pengantin itu membawa  aku ke tempat persalinan baju.

Selesai menyarungkan gaun, aku melangkah keluar dan berjalan ke arah rayden yang sedang ralit membelek buku butik ini.

Aku berdiri di hadapanya. Rayden masih tidak menyedari akan kehadiran aku lagi. Aku berdehem.

"Awak, erk okey ke?" Tegurku memanggilnya.

Rayden yang baru sahaja sedar akan diriku, dia terus memandang aku. Matanya melihat diriku dari atas bawah. Riak mukanya sedikit tergamam. Dia mengeras.

Terpengun kot sebab tengok aku cantik sangat.

Dia masih diam tak berkutik. Matanya masih tidak lepas melihat diriku.

"Awak?" Panggilku, ingin menyedarkannya dari lamunan.

"Im sorry. Btw youre so beautiful keysha." Pujiannya membuatkan aku rasa nak menjerit dalam butik ini! Kesah apa pulak aku orang dengar. My bakal husband cakap aku cantik!

Pipi mula lah memerah. Aku main di jari jemari ku menahan malu.

"Kalau awak suka yang ni, saya ambil gaun ni la."

"Sure. Can you give me that gawn. I want it." Arah rayden kepada pekerja di kedai itu.

Sekarang, semua persiapan kami dah pun siap. Baju aku dan rayden dah ada, pelamin pun dah ditempah. Tinggal nak kahwin saje.

Lagi seminggu, kami akan berkahwin. Sepatutnya rayden ajak aku kawin minggu depan. Tapi aku taknak! Sebab memang terlalu cepat. Jadi aku cuba pujuk rayden untuk panjangkan sikit tarikh perkahwinan kami. Dan rayden pun setuju. Dia bagi masa sampai dua minggu je.

Tak menyabar ek rayden nak jadikan aku isteri. I love it!

Bagi aku tetap sahaja cepat. Tapi tengok rayden yang dah tak sabar nak jadi suami aku ni, terpaksa la aku ikut jugak.

Nasib baik sayang. Ecey

Selesai membeli baju, rayden mengajak aku pergi ke mall. Katanya, nak beli barang sikit. Aku pun tak tahu la barang apa yang dia nak beli tu.

Kami masuk ke dalam mall. Semasa sedang berjalan-jalan bersama rayden, aku dapat rasa yang semua perempuan dekat mall ni tengah usya rayden!

Makcik cleaner yang tengah mop pun terhenti waktu rayden lalu. Perempuan- perempuan yang lalu lalang jangan cakap la, bahkan siap ada yang tegur rayden nak nombor dia. Macam aku ni tak wujud pun dekat situ.

Walaupun rayden tak layan, tapi aku rasa geram. Rayden pulak selamba aje jalan tak hiraukan mata-mata anak dara tengok dia. Aku pulak yang sakit hati!

Nak aje aku jerit kat mall ni , cakap yang rayden ni tunang aku! Huh, mahu terkejut beruk diaorang nanti!

Ada hati nak gatal dengan tunang aku? Langkah mayat aku dulu la bro.

Rayden kemudian berhenti di sebuah kedai perabot. Dia menoleh ke arahku sebelum masuk ke dalam. Aku hanya mengikutinya.

Apasal rayden masuk kedai perabot ni? Nak beli apa?

"Awak nak beli ape? Kenapa kite masuk kedai perabot?" Tanya aku ingin tahu.

LAMARAN TUAN (Unpublish For Editing)Where stories live. Discover now