Mertua dan Menantu 1 - Pengenalan

27.8K 118 8
                                    

Suasana pagi itu sibuk seperti biasa di sebuah kampung di Johor. Maklumlah, hari isnin yang menjadi pemula kepada minggu sudah tiba dan menyibukkan semua orang. Termasuklah seorang wanita di gerai hadapan rumahnya, tidak menang tangan dalam melayan pelanggannya yang datang untuk membeli nasi lemak. Beberapa warga kampung yang memakai pakaian pejabat, tidak kurang juga yang memakai pakaian sekolah, mengerumuni gerai tepi jalannya yang tidak berapa besar.

"Kak Maznah! Nasi lemak telur mata satu ya!"

"Kak! Saya dah bayar!"

"Acik, nak nasi lemak sotong 3!"

"Nasi lemak ayam rendang, yang taknak sambal!"

"Kak, nak nasi lemak sambal paru ya, sambal lebih sikit"

Begitulah dialog yang dihadapi oleh wanita yang bernama Maznah, menjual nasi lemak di hadapan rumahnya. Dia tidak merungut, sebaliknya gembira melihat wajah pelanggannya yang tersenyum apabila mendapat nasi lemak yang sudah siap dibungkus.

Kebiasaannya Maznah akan membuka gerainya awal pagi dan rata-rata nasi lemaknya akan habis terjual sebelum pukul 9 pagi. Begitulah tahap larisnya nasi lemak Maznah.

Dalam banyak-banyak pelanggan yang membeli nasi lemaknya, tidak kurang juga ada yang memerhati "nasi lemak" Maznah di sebalik baju kurungnya yang terbalut dengan baju kurung dan apron dapur. Tidak dinafikan yang rupa paras Maznah juga menjadi faktor larisnya jualan nasi lemaknya. Statusnya sebagai ibu tunggal menambahkan lagi minat orang ramai untuk membeli, terutama golongan lelaki. Hinggakan ada yang menamakan gerai Maznah, secara tidak rasmi, sebagai gerai Nasi Lemak Janda.


--CERITA PENUH DEKAT BLOG YA ^^-- 

Mertua dan Menantu (reupload)Where stories live. Discover now