#10

259 11 0
                                    

   KAMI sekarang sedang berada di Heromarket untuk membeli barangan dapur. Maklumlah, sekarang dah duduk 2 orang.

"Abang, tolong ambilkan sayur bayam." Suruhku sambil sibuk mencari barang yang tersedia di rak.

Rayden berjalan pergi untuk mencari sayur bayam yang kuminta. Aku meletakkan sos tomato kedalam troli.

Semasa sibuk membeli belah, aku baru tersedar bahawa sudah 30 minit rayden pergi mencari sayur.

Kalau tak jumpa pun, takkan la sampai nak dekat sejam? Ke tak tahu sayur bayam?

Aku memutuskkan untuk pergi mencari rayden. Namun, apabila aku berada di tempat sayur-sayuran, aku melihat rayden bersama seorang wanita muda. Mereka sedang tertawa.

Bahkan wanita itu memegang lengan rayden. Rayden pula hanya membiarkan perbuatan wanita itu.

Mereka rancak berborak sehingga keberadaan diriku yang tidak jauh dari mereka tidak disedari.

Kemudian wanita itu berlalu pergi sambil melambaikan tangan ke rayden. Rayden membalas lambaian wanita itu.

Siapa wanita itu? Kenapa diaorang macam rapat? Kawan rayden ke?

Hati mula berbicara. Mencuba untuk berfikir positif. Baru sahaja rayden ingin menoleh, aku memanggilnya.

"Rayden!"

Rayden memandang aku dan berjalan mendekati diriku. Tangannya juga ada sayur bayam yang dipengang.

"This. Sayur bayam yang sayang minta."

"Thanks." Aku mengambil dan meletakkan di dalam troli.

"Kenapa abang lama sangat?" Soalku buat-buat tidak tahu akan kejadian tadi.

"Maaf sayang. Tadi abang ada jumpa dengan kawan abang kat sini. Sebabtu lambat." Jawabnya memberi alasan.

"Ye ke? Bukan jumpa ex?" Aku menjeling.

"Ye sayang! Sumpah abang tak tipu. Buat apa abang nak jumpa ex,  kalau dah ada isteri tersayang ni." Rayden mencuit hidungku.

Eleh pandai ambik hati orang!

Setelah itu, kami berjalan balik ke rumah. Walaupun hati ini berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun, aku hanya hiraukannya. Aku percayakan rayden.

_

"So guys, thats all for the meeting. You all can leave now." Tangan menutup fail.

Semua mengemas barang dan keluar dari bilik meeting itu.

Tinggal aku dan rayden sahaja di dalam bilik ini. Aku mendekati rayden yang sedang melihat komputer ribanya.

"Abang, harini keysha balik sendiri tau."

Rayden mendongak memandang aku.

"Kenapa? Sayang nak pergi mana?"

Aku melabuhkan punggung di kerusi yang berada di sebelah rayden.

"Keysha nak pergi jumpa sara. Saje nak jumpa dia, dah lama tak jenguk sara."

"Nak abang hantar tak?"

Aku menggeleng laju.

"Ehh tak payah. Susah kan abang je. Lagipun abang kan sibuk. Nanti kene patah balik ke office lagi."

Rayden mengangguk perlahan. Lalu mengambil dompetnya di dalam poket.

"Ni, abang kasi duit. Kot la nak pergi jalan-jalan nanti. RM200 cukup tak?" Rayden menghulurkan duit yang bernilai RM200 itu kepadaku.

LAMARAN TUAN (Unpublish For Editing)Where stories live. Discover now