Aku serius nak tahu siapa yang wujudkan unspoken rule untuk perempuan berhias dan berpakian gah untuk majlis makan malam company. Kalau aku jumpa orang yang mula-mula wujudkan peraturan ni, mungkin dia pun akan aku bagi bullet dekat kepala lepas aku buat benda sama dekat Hardi.
Rimas! Semak! Apatah lagi dengan role aku sekarang yang mana tangan kiri aku berada di antara lengan kanan Hardi. Sebelah tangan lagi memegang kain dress aku agar aku tidak terseungkur dek terpijakkan bahagian hadapan dress ini yang panjangnya mencecah lantai.
Malam ini, tugas aku adalah menemani Hardi dalam acara makan malam tahunan yang dianjurkan oleh salah satu syarikat tang bekerjasama dengannya untuk project mega di Indonesia. Kata Hardi, asalnya dia tidak ingin hadir pun ke majlis malam ini mengenangkan bahawa dia sendiri malas hendak melibatkan diri namun katanya dia ada hadiah untuk aku.
Diam-diam aku mengutuk Hardi di dalam hati. Takkanlah Hardi nak bagi aku hadiah atas pentas majlis orang kan? Hardi belum segila tu kan? Lagipun aku ni bodyguard die je... Bukannya girlfrienddia yang betul pun.
"Duduk dulu di sini. The event is about to start yet... i have to meet someone." Aku disuruh duduk oleh Hardi di sebuah meja yang agak terketepi sedikit berbanding pentas. Aku turutkan sahaja. Hendak membantah lebih-lebih, aku tahu tiada gunanya pun. Bukan aku kenal sesiapa pun dekt sini. Yang bawa aku ke sini pun, limousine yang dipandu oleh pemandu Hardi. Kang aku buat Hardi mengamuk, balik naik teksi juga aku malam ni.
Orang kata, lelaki yang tenang ini ada gelombang amuknya yang tersendiri. Eloise pernah beritahu aku yang orang Melayu ada satu peribahasa berbunyi 'Air yang tensng jangan disangka tiada buaya.' Tak silap aku makna dia lebih kurang.
Aku berdiam diri sahaja di tempat dudukku. Mata aku terpasak ke atas pentas, menelek keindahan pentas yang sudah direka hias menepati tema malam ini iaitu Gatsby. Sesuai dengan pakaian aku— yang digayakan oleh pembantu yang Hardi kirimkan untuk aku.
Oh... lepas sahaja kami balik dari mall siang tadi, aku terus dibawa ke penthouse milik Hardi di Hotel Rhazes. To my shock, dia sediakan satu apartment untuk aku di level bawah penthousenya itu. Hardi kata— sepanjang aku bergelar bodyguardnya aku akan menetap di sana. Baru aku hendak membangkang seperti biasa, Hardi awal-awal menunjukkan bukti bahawa perihal tersebut ada di dalam kontrak yang pernah dia kirimkan kepada aku melalui emel. Damn, aku tak baca sampai habis kontrak tu rupanya.
Jadi that's how i ended up here. Acting all feminine and greet everyone all the way as if i was his possession. Filthy rich man— Hardi is.
Entah kenapa dalam keramaian ini, tiba-tiba sahaja telinga aku sunyi. Suara orang-orang kenamaan berbual sesama mereka yang tadinya menghias lamunan aku semakin tenggelam dan tenggelam bagaikan aku sedang disedut masuk ke dalam sebuah dimensi. Aku berkerut dahi. Saat itulah bayu yang sejak belakangan ini kerap menganggu aku— kembali. Bauan cempaka putih yang lebih kuat berbanding biasa, muncul lagi menggangu rongga nasal aku.
Anak mata aku meliar, mencari kelibat yang sentiasa hadir saat bauan ini mendominasi ruangku. Mata aku terhenti di meja berdekatan dengan aku.
Delima.
Dia berkebaya merah menyala seperti biasa. Duduknya bak gadis perawan ayu sedang anak matanya merenung aku lama. Perlahan-lahan dia tersenyum dengan bibir merah darah miliknya. "Opo wae sing kedadean bengi iki, atimu sing mutusake... nurutin rosomu. Ngidini nari nyawa kanggomu." Suara milik Delima kini berlagu di tepi telinga aku. Jelas seolah-olah dia ada di sisi aku walaupun tidak sedikitpun bibirnya bergerak di hujung sana.
Kening aku bertaut pada pangkal. Aku tidak tahu kata-katanya itu bersifat amaran atau apa. Yang aku tahu, adegup jantung aku laju saat ini. Deria sharpshooter aku bagaikan dapat menghidu sesuatu yang tidak enak bakal terjadi.