BAB 18

9 3 0
                                    

Kelopak mataku aku angkat walaupun denyutan di kepala aku masih belum surut sepenuhnya. Pandangan aku berkelip-kelip saat mata aku terkedip-kedip perlahan cuba mengusir rasa sakit di kepala aku. Setelah beberapa ketika barulah anak amata aku liarkan ke kanan dan ke kiri. Akhirnya, anak mata aku jatuh pada tingkap bilik ini.

Ini... bukan bilik apartment yang Hardi sediakan untuk aku. Bilik ini...

"You are awake already?" Terus kepala aku terarah kepada seseorang yang sedang berdiri di tepi pintu yang entah bila terbuka. Lelaki itu Hardi. Dia tersenyum manis kepada aku bagaikan tiada apa yang terjadi tadi.

"Hardi..." Aku menyeru namanya sepatah. Bingung hendak memulakan bicara bagaimana. Dia sudah menyaksikan pembunuhan di tangan aku-— pengawal peribadinya namun dia tidak bertanya apa-apa? Adakah itu normal? Pada aku tidak.

Terus kepala teringat kepada apa yang lihat sebelum kesedaran aku direntap tangan ghaib sebentar tadi. Aku ragu-ragu dengan kepala aku sendiri. Betul ke mata aku nampak Hardi tersenyum memandang mayat Dominique di tempat kejadian tadi atau aku hanya berkhayal? Adakah itu semenangnya reaksi lelaki tenang ini kalau dia sedang terkejut? Senyum?

Kepala kau rasa berat. Serta-merta tangan aku naik memicit kepala sendiri. Apa yang jadi sepanjang aku pengsan tadi? Adakah sekarang aku sudah menjadi buruan polis? Undang-undang di sini bukannya sama dengan undang-undang di France dan aku tahu itu. Adakah Hardi sudah maklumkan kepada ayah aku tentang apa yang terjadi?

"Don't worry. My boys already settled everything." Bagaikan dapat mentafsir bahasa badan aku, Hardi bersuara akhirnya. Dia mendekati katil aku dan duduk di birai katil. Tangan aku yang memicit kepala, dia capai dan letakkan di sisi badan aku yang berselimut hingga ke pangkal dada. Anak mata kami saling betaut.

Sekali lagi dia terlihat sangat tenang. Seolah-olah kejadian tadi adalah mimpi sedangkan tangan aku yang sudah bersih dari kesan darah ini masih dapat merasakan apa yang ia laksanakan tadi. Walaupun aku tahu ini semua perlakuan dek bergabungnya jiwa aku dan Delima, my body never fails fo remind me on my own sin.

"You must be shocked." Aku memberinya sebaris komen. Aku tahu, paling tidak dia mesti terkejut. Walaupun dia tahu aku sharpshooter, dia sepatutnya tahu dalah portfolia aku yang aku tidak membunuh dengan tangan aku sendiri. I didn't taint my hands with blood. I never will.

"It's not the first time i witnessed murder, Reine." Dia melayangkan senyuman manisnya ke arah aku. Sangat tenang. Entah kenapa, ketenangannya bagaikan merenggut hati aku ke arah gelisah. "Besides, i find it interesting." Dia menggumam di hujung bicaranya namun telinga aku tetap dapat menggarap bicaranya tajam.

Apa maksud dia... interesting.

"Now, i think you need a lot of rest and stop thinking about anything. You will not end in Malaysian's prison, I promise. Kes ini akan justified under which ever i decide and we both— will leave Malaysia next morning."

Hardi mengemaskan gebar di atas tubuhku sebelum bangkit. Baru dia hendak bangkit, aku memegang tangannya. Kejap menghalang langkahnya dari terus terorak menghindari aku.

"Why are you doing all this?" Aku bertanya terus-terang. Kenapa? Kenapa dia tak beritahu ayah aku dan biarkan pihak ayah aku sahaja yang menyelesaikan perkara ini seperti kematian penyerang aku tempoh hari?

Hardi ketawa kecil. Dia menunduk sedikit sehingga bibirnya sangat dekat dengan cuping telinga aku. "You are my girlfriend, remember?" bisiknya. Aku hampir tergeliat dek kegelian saat hembusan nafasnya menampar leherku. Nadanya mengelirukan aku. Antara seriau dan nyaman, nadanya berada di tengah-tengah. Seolah-olah bicaranya terselit beribu makna.

"Now that you know i killed with my own hands... Awak tak takut, Hardi?" Aku membalas setelah dia bangkit dari posisi tadi. Hardi tidak membalas, dia menggosok kepala aku bagaikan aku budak kecil.

RENÉE Where stories live. Discover now