Dhia duduk dipintu gelangsar menunggu kepulangan Eldian.
"Dhia.." Mia menegur Dhia.
"Eh kenapa kau turun? Kan aku dah kata apa-apa panggil je." Kata Dhia sambil melangkah ke arah Mia.
"Aku okey lah. Dhia, aku nak cakap sikit dengan kau boleh?" Tanya Mia. Dhia mengangguk.
"Before that let sit first." Kata Dhia lalu membawa Mia duduk disofa.
"Dhia, aku kalau boleh aku tak nak kau paksa Eldian untuk sayangkan aku cintakan aku ape semua, sebab aku pun tak ada rasa sayang or cinta pada Eldian. So aku minta sangat jangan paksa Eldian dah. Aku tak nak rumah tangga korang retak sebab aku." Kata Mia. Dhia tergamam.
"Tapi aku cuma nak abang El bertanggungjawab je atas apa yang dia dah buat." Kata Dhia. Mia tersenyum.
"Aku tahu, tapi Dhia...kau suruh El bagi aku makan,tempat tinggal pun dah cukup bertanggungjawab bagi aku. At least dia masih bagi aku tinggal sini even he hate me." Kata Mia.
"Aku bukan apa Mia, anak dalam perut tu anak dia, jadi aku kena make sure kau dapat layanan sepatutnya. Nak nak lagi kau pregnant, emosi lagi kacau. Aku tahu emosinya macam mana aku pernah pregnant." Kata Dhia. Mia tersenyum.
"Jangan risau pasal tu. Aku minta sangat lepas ni jangan paksa El sayang aku bagai okey? Tengok lah kau gaduh dengan dia sampai 3 hari dah tak balik." Kata Mia. Dhia diam menunduk.
"Aku ingat lepas aku lahirkan anak ni, aku nak bercerai dengan Eldian and pergi jauh hidup berdua dengan anak aku." Kata Mia. Dhia diam mengangguk.
"Dah lah kau pergi tidur. Pukul 1 pagi dah ni. Tu kandungan kau pun baru lagi, kena jaga betul betul." Kata Dhia. Mia tersenyum lalu mengangguk.
"Yela, aku naik dulu. Bye." Kata Mia lalu mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya.
Tiba-tiba terdengar deruman motosikal milik Eldian. Dhia melihat ke arah pintu utama yang baru dikuak oleh Eldian.
"Abang dari mana?" Tanya Dhia. Eldian diam tidak menjawab.
"Eldian Amir, saya tanya abang dari mana?" Tanya Dhia dengan tegas.
"Markas." Jawab Eldian dengan malas.
Baru sahaja kaki Eldian ingin mendaki anak tangga namun dihalang oleh Dhia.
"I'm not done with you." Kata Dhia. Eldian mengeluh.
"Apa lagi Dhia? Abang penat lah gaduh dengan Dhia. Kita jangan gaduh okey sunshine?" Ujar Eldian dengan lembut sambil mengusap wajah Dhia.
"Dhia tanya abang dari mana je kenapa abang nak mengelak?" Tanya Dhia.
"Abang dah jawab kan?" Kata Eldian dengan lembut.
"About Mia, Dhi-
"Nur Dhia Zafira. Can you please stop talk about that women?" Kata Eldian dengan dingin.
"Apa? Dhia cuma nak abang berlaku adil pada kedua-dua isteri abang." Kata Dhia. Eldian menggeleng.
"Kenaoa sunshine? Kenapa nak sangat abang sayangkan perempuan tu? Kenapa nak sangat cintakan perempuan tu? Tolong la Dhia abang tak nak. Please jangan paksa abang." Kata Eldian. Kini air mata jantannya jatuh. Dia sungguh penat.
"Sebab Dhia nak abang berlaku adil. Susah sangat ke!? Dhia nak abang jaga Mia macam mana abang jaga Dhia. Abang she's pregnant!" Kata Dhia dengan tegas. Eldian memejam mata.
"Apa yang dah rasuk Dhia ni? Tolong lah abang tak nak isteri abang macam ni." Kata Eldian merayu pada Dhia.
"Isteri abang cuma tak nak abang berdosa jela. Tolong lah abang." Kata Dhia.
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Ngẫu nhiên[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...