41 | EMPAT PULUH SATU

78 5 0
                                    

Sesampai sahaja di hadapan hospital. Aku berjalan bersama puan Amnah. Rayyan dari tadi hanya mengikutiku dari belakang.

“Betul ke Ayka dah maafkan Riez?” Persoalan puan Amnah membuatkan langkah ku mati

“Mama risau ke? Mama takut Ayka apa-apa kan Riez?”

Puan Amnah menggeleng. Suram sahaja mukanya

“Bukan itu maksud mama. Mama tak nak disebabkan Riez ni, Ayka simpati…”

“Mama… Ayka dah cakap kan yang Ayka maafkan kesilapan Riez… Semua yang jadi dah tertulis. Ayka terima dengan hati yang terbuka. Jangan salahkan takdir mama.”

Tiba-tiba suasana sepi.

“Ini lah wad Riez.” Puan Amnah berhenti di hadapan bilik yang tertulis nama Mufriez

“Ayka nak tengok, Riez?”

Aku angguk laju. Tiba-tiba Rayyan mencelah

“Milayka... Abang nak pergi keluar sekejap ya. Ada hal sikit. Hm… sayang boraklah ya… Nanti abang datang sini balik. Maaf aunty… saya pergi dulu ya.” Pamit Rayyan lalu berjalan meninggalkan aku dan puan Amnah

Itu hanya alasan sahaja. Rayyan bukan seorang yang suka meninggalkan aku sendirian. Aku tahu Rayyan saja memberi ruang untuk aku.

“Harap mama tak makan hati dengan Rayyan.”

Puan Amnah menggeleng

“Tak apa lah. Mama faham”

Aku berdiri di hadapan pintu bersama puan Amnah. Puan Amnah mengetuk lalu memulas tombol pintu. Kini pintu itu terbuka luas

Pemandangan pertama yang aku lihat adalah tubuh Mufriez yang sudah dipenuhi dengan wayar-wayar. Alat pernafasan juga tidak ketinggalan di wajah

"Assalamualaikum anak mama... Riez nak tahu tak hari ni kan Ayka datang jenguk Riez. Mesti Riez rindu Ayka kan, Sayang?" Puan Amnah berkata seorang diri

Melihat itu tubuh aku terasa berat. Aku mahu jatuh dengan apa yang aku lihat sekarang. Sebegini rupa kesakitan yang Mufriez dapat? Teruk sangat !

“Lupa nak cerita dekat kau, Ayka. Kawan baik kau dekat wad ICU sekarang ni. Sebelum dia mati pergi lah lawat…”

Dengan kekuatan aku gagahkan diri berjalan mendekati Mufriez. Apa yang dah jadi sebenarnya pada awak Riez? Kenapa awak terlantar dekat sini?!

“Sepatutnya benda macam ni mama cerita pada Ayka. Tapi dari awal Riez halang. Riez tak nak Ayka makin benci mama dan dia. Dia sayang sangat dekat Ayka… Tapi bila dah jadi macam ni mama henti kan jumpa Ayka."

Puan Amnah mengikutiku dari belakang. Pintu bilik ditutup rapat

“Sebelum Riez terlantar dekat sini. Dia ada cakap nak jumpa Ayka. Dia kata dia nak minta maaf pada Ayka. Dan selagi dia tak minta maaf pada Ayka, selagi tu mama tak boleh jumpa Ayka." Puan Amnah lepaskan keluhan berat

"Dia tak nak keruhkan keadaan lagi. Dia kata cukuplah selama ni Ayka menderita dari kecil lagi…”

Tiba-tiba tubir mataku bertakung. Suara sendu puan Amnah membuat aku rasa tersinggung. Silap aku juga kan Riez disini? Di hospital?!

“Dia sayang Ayka sangat. Bahkan lebih dari kawan. Tapi…”

“Mama… Boleh Ayka duduk disini?” Pinta aku tiba-tiba. Sengaja memotong percakapan sedih itu

Puan Amnah mengangguk. “Duduk lah. Mama tak halang pun. Mesti Ayka rindu Riez kan?”

Aku sekadar mengangguk. Rindu? Rindu sangat! Dia kawan aku kut!

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now