Delima dan Nadim dijemput masuk oleh lelaki yang bergelar khadam iaitu penjaga kunci rumah dan pengurus mahligai tiga tingkat konkrit kepunyaan Nadindra Raksa yang lebih dikenal sebagai Tuan Nadin di serata tempat. Mereka duduk di ruang tamu bersebelahan. Disuruh menanti tuan rumah yang akan turun dari tingkat paling atas sekali.
Delima cukup kenal akan nama itu. Manakan tidak, Tuan Nadin dan anaknya Randi telah berlayar ke segenap lautan. Hampir semua benua pernah ditandangi oleh mereka berdua. Kehebatan gabungan anak dan bapa ini disebut-sebut dalam kalangan pedagang. Bahkan, penguasa tempat-tempat yang pernah menjadi tempat mereka meluaskan taklukan dalam dunia perdagangan juga mempunyai hubungan baik dengan mereka.
Delima pula mengenali nama-nama itu sekadar hasil mencuri dengar perbualan antara pedagang-pedagang yang pernah menjemputnya untuk membuat persembahan. Sebagai seorang perempuan yang pendidikannya tidaklah mampu diperkasakan seperti para arjuna, tidak banyak yang maklumat yang mampu dicedok oleh seorang Delima.
Para wanita di tempatnya, tiada pendidikan selaras. Hanya bahan-bahan bacaan yang dijual di jalanan sahajalah mampu dibeli dan dibaaca oleh mereka. Untung sahaja sesetengah mereka diajarkan untuk membaca dari rumah oleh ibu atau para penjaga mereka. Delima, dijaga dan dididik sepenuh oleh Mbak Kyati. Mbak Kyatilah yang membekalkannya ilmu-ilmu membaca. Selebihnya, Delima harus cari tahu sendiri.
Oleh itu, sesetengah maklumat tentang sepasang anak dan bapa ini dia peroleh dari lembaran-lembaran tulisan penulis-penulis berkaitan dunia perdagangan termasuklah—
Seorang lelaki berusia lebih separuh abad menuruni tangga besar berhampiran mereka. Delima tidak menoleh. Hanya sahaja telinga tajamnya memasang fokus terhadap bunyi yang terhasil dari detakan antara kasut si tuan rumah dengan marmar anak tangga.
Detakan jantung Delima turut sama memainkan ritma mengikut bunyi itu. Entah datang dari mana, ada satu bisikan bisu di dalam hati yang meniupkan rasa tidak sedap hati. Dia... tidak suka rasa ini. Sudah lama tidak hatinya berdenting sebegini.
Tidak lama kemudian, dari hujung mata yang sedang menunduk pandang pada ambal yang gebu, dapat Delima garap hujung kasut kulit berkilat kepunyaan si lelaki. Ada hujung tongkat berwarna kecoklatan dari kayu gaharu bersyelek yang terletak ke hadapan sedikit dari dua kaki yang berdiri selari.
"Bapa..." Dari sisi terdengar Nadim menegur si ayah sebelum akhirnya kaki lelaki yang duduk berhadapan dengan mereka membengkok. Duduk.
"Putra abdiku, bapa pernah nyangka ayana anjeun didieu," jawab lelaki di hadapan mereka.
Belum apa-apa, Delima menerima senggolan perlahan dari Nadim agar mengangkat kepala. Delima yang sejak tadi berperaang antara kewarasan dan bisikan hati akhirnya menghela nafas perlahan lalu mengangkat kepala. Senyuman manis dia tampalkan pada wajah.
Dalam sela massa yang singkat, Delima kini bertatapan sejenak dengan di lelaki yang boleh dikira agung dalam dunia perdagangan. Tuan Nadindra Raksa.
Persis namanya, pandangannya seakan selaut raksa yang mampu mencairkan dan membunuh pelbagai rasa dalam jiwa seorang gadis biasa seperti Delima. Lautan raksa itu menyisakan hanya ketakutan dalam hati Delima. Wajahnya beku dan bengis. Bagaikan otot-otot di wajahnya sudah lumpuh, Tuan Nadindra langsung tidak senyum. Hanya anak matanya sahaj bereaksi saat ini.
"Abdi tiasa ningal dina matana nu henteu rada, nyaéta anjeun teh sehat. Abdi pikir kasalahan nu aya bisa ngahareupkeun anjeun tina dalem geus mati. Atawa jalma teh?" Nadim membalas dalam nada sedikit lembut. Senyumannya melebar ke arah Tuan Nadindra meskipun sekuntum senyum itu tidak berbalas.
("I could see in my own eyes that you are fine. I thought the grief you are having killed you from inside already. Or does it?"
Delima sekadar berdiam diri. Delima tidak memahami Bahasa Sunda yang yang dituturkan oleh Nadim makanya dia mengira sepasang anak dan bapa ini sedang beramah mesra. Lagipun, bukankah sudah bertahun-tahun Nadim tidak mengunjungi rumah bapanya? Itu apa yang Nadim pernah beritahu sepanjang mereka bersama maka... itulah apa yang Delima percaya.