Bab 15

662 30 0
                                    

Sebulan kemudian

"Tengku Aydan Maleeq bin Tengku Muzakir Asyraf"

"Ya saya"Balas Aydan dengan Tegas dan serius, walaupun suara Aydan terdengar sedikit tegas namun air matanya sudah ingin mengalir.

"Aku nikahkan dikau dengan Ayra Marissa binti Adnan Azizan berwakil walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM100,000 tunai"

"Aku terima nikahnya, Ayra Marissa binti Adnan Azizan dengan mas kahwinnya sebanyak RM100,000 tunai"Sahut Aydan Maleeq tanpa tersekat sedikit pun.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah."Aydan meraup wajahnya. Senyuman mula bertunas di bibir. Kini, Ayra sudah sah bergelar sebagai isterinya.

Aydan mengalihkan pandangan ke belakang. Rasa ingin pengsan di situ juga setelah dia melihat wajah Ayra sungguh cantik apabila Ayra Marissa memakai tudung dan baju kurung yang dibeli olehnya.

Ayra turut sama memandang ke arah Aydan. Senyum kekok dihulur.

      Aydan menggumam tanpa suara.

'Wakafa billahi syahida, Ana uhibbuka fillah'

Selepas sahaja Aydan melalukan solat sunat, Aydan bergerak menghampiri Ayra. Jantungnya berdegup kencang.

"Assalamualikum isteri abang" bisik Aydan lembut di hujung telinga Ayra.

Tubuh Ayra mengeras. Malu dan terkejut.

"Wait ya cinta" Ucap Aydan lalu dia meletakkan tapak tangannya di atas ubun-ubun Ayra.

'Allahumma inni as-aluka khairaha wa khaira maa jabaltaha alaihi, wa a'udzubika min syarriha wa syarri maa jabaltaha alaihi'

'Ya allah! aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya'

Selepas sahaja Aydan membaca doa itu lalu dia mengambil cincin di dalam kotak cincin dikeluarkan.

Aydan menarik jari manis Ayra lalu dia menyarungkan cincin di jari Ayra. Usai itu, Ayra pula mengambil cincin lalu disarungkan pula ke jari manis Aydan.

Siap sahaja, Ayra menundukkan kepalanya mendekati tangan kekar Aydan lalu dikucup hormat. Aydan meletakkan sebelah tangannya di atas kepala Ayra. Kamera pula tidak putus-putus merakam momen-momen bahagia itu.

 Kamera pula tidak putus-putus merakam momen-momen bahagia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman terukir di bibir Ayra. Matanya hanya memandang ke hadapan. Gementar seluruh badannya, terlalu ramai yang datang ke majlis resepsi ini.

"Lengan Aydan dipeluk erat. Lagu Perfect masih bergema. Pandai deejay pilihkan lagu mana taknya deejay tu kawan Aydan sendiri.

Selepas mereka tiba sahaja di pelamin Aydan memastikan Ayra duduk dengan selesa terlebih dahulu sebelum dia mengambil tempat bersebelahan dengan Ayra.

"Mempersilakan pengantin lelaki untuk melakukan persembahan." Suara emcee menggamit seisi dewan untuk memandang ke arah Aydan.

Ayra memandang ke arah Aydan dengan dahi berkerut pelik. Aydan tak ada cakap pula nak buat persembahan.

Aydan bangun dari kerusi pelamin.Lalu dia berjalan turun dari pelamin. Kakinya melangkah ke arah emcee. Mikrofon diambil.

Tiba-tiba muzik Paradise by Maher Zain bergema di dalam dewan. Seisi dewan turut sama diam semua mata memandang ke arah Aydan.

Mata Aydan hanya tertuju ke arah Ayra pada ketika itu, dia melangkah ke arah Ayra sebelum dia menghulurkan tangan.Ayra meletakkan tangannya dalam huluran tangan Aydan, lalu Aydan menarik lembut tangan Ayra yang memaksa Ayra untuk bangun.

Ayra ditarik ke tengah aisle. Setelah itu, tangan Aydan bergerak ke arah pinggang Ayra lalu pinggang Ayra dipeluk erat.

'There was that one place
I always thought about
And i just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day
I'll be there with you'

Ayra meletakkan tangannya pada dada Aydan, badannya bergerak mengikut rentak tangan Aydan.

Mata Ayra sudah mulai basah menandakan bahawa dia betul-betul terharu.Dia tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti iaitu hari ini, Aydan menyanyikan lagu ini di hari perkahwinan mereka.


*Happy reading 🫶🏻😊*

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now