Prolog

9 2 0
                                    

BAU aroma kopi mengharumkan ruangan kecil milik Hani itu. Sementara menunggu pukul 8 tepat sebelum memusingkan penanda buka di pintu masuk, Hani membancuh secawan vanilla latte untuk dirinya. Kafe Aqasha's Chapter & Coffee yang baru sahaja dibuka pada minggu lepas itu mendapat sambutan walaupun ianya sekadar berkeluasan 1400 kaki persegi.

Sambil-sambil menghirup air kegemarannya itu, buku-buku di atas rak tersebut disusun mengikut saiz. Itulah rutinnya pada setiap pagi. Memandangkan kafe ini berkonsepkan buku dan kopi, maka susunan rak serta tempat duduk dalam kafe itu perlulah strategik supaya pelanggan yang datang berpuas hati dengan suasana dalamnya secara tak langsung.

Loceng pintu berbunyi apabila pintu tersebut ditolak. Isaac, pekerja tetap yang bekerja dengan Hani sejak hari pertama perasmian itu melangkah masuk.

"Good morning, Hani." Sapa Isaac sebelum mengambil apronnya di bilik staf. "Kau masih ada masalah tidur ke? Makin teruk eye bag kau aku tengok."

Hani hanya senyum tipis sahaja terhadap persoalan tersebut. Mimpi yang menjengah tidurnya pada setiap malam membuatkan dia menjadi penat dan otaknya menolak untuk tidur selepas beberapa kali perkara itu berlaku.

"Entah-entah kau kena buatan orang? Baik kau pergi berubat sebelum melarat," bebel Isaac lagi.

Cakap macam dia pakar dalam bab itu pula. Tak sangka Isaac yang bukan Islam itu pun boleh percaya perkara sebegitu.

"Hesy, kau ni! Tak adalah sampai tahap macam tu. Aku kawan pun tak ada, apatah lagi orang yang nak bermusuh dengan aku. Kalau ada pun atas dasar apa kan?" Bidas Hani. Geram ajelah dengan Isaac yang gemar buat spekulasi sendiri ini.

Jam digital di atas kaunter berbunyi menandakan jam sudah menunjukkan pukul 8 tepat. Perbualan mereka serta merta terhenti di situ kerana terdapat pelanggan yang sudah kunjung tiba awal pagi begini. Penanda tertulis buka itu dipusing menghadap ke luar dan lantas Hani menarik pintu kaca tersebut demi memberi laluan kepada pelanggan pertama mereka pada hari ini.

Macam biasa mereka tak akan pernah menang tangan melayan kesemua pelanggan kerana hanya ada lima staf sahaja buat masa sekarang. Namun, Hani akan cuba memberi yang terbaik kepada setiap orang yang datang berkunjung sementara staf yang lain menyiapkan pesanan.

Jam hampir menginjak ke pukul 10 malam dan pelanggan sudah beransur pulang meninggalkan ruangan kafe itu sunyi sepi seperti sebelum jam 8 pagi tadi. Selesai membersihkan seluruh kawasan kedai, seorang demi seorang staf meminta diri terlebih dahulu sehinggalah Hani berseorangan di kaunter menguruskan sedikit dokumen.

"Nak aku tolong tak? Kalau tak aku cau dulu eh?" Isaac menawarkan bantuan sekadar berbasa-basi sahaja.

Hani yang dapat membaca niat disebalik huluran bantuan Isaac yang kedengaran seperti ikhlas tak ikhlas itu hanya menggeleng. Tak perlulah dia menyusahkan Isaac untuk bekerja lebih masa. Cukuplah 14 jam berasak-asak di kafe melayan pelanggan, lebih baik balik rumah dan rehat secukupnya.

"Kau balik ajelah. Lagi sikit aje ni lepas tu setel. Nanti biar aku tutup kedai. Balik elok-elok," Hani menghalau pemuda yang sudah tersengih-sengih di muka pintu kedai. Badannya dah separuh kat luar pintu. Nampak sangat kaki tak sabar nak pecut balik ke rumah, fikir Hani.

Selepas beberapa ketika, Hani mengemas meja kaunter dan mengunci pintu kedai.

"Assalammualaikum..."

Terhenti pergerakan Hani ketika sedang mencangkung untuk mengunci pintu kaca dari bawah itu. Naik tegak bulu roma dibelakang lehernya. Siapa pula yang rajin menyapa orang asing pada waktu malam-malam begini? Perlahan-lahan kepala dipanggung. Kemudian, daripada posisi mencangkung tadi lantas jatuh terduduk terus selepas mengecam wajah orang yang menyapa tadi.

Ia seolah-olah takdir memang sudah tertulis untuk terjadi sebegitu rupa. Siapa sangka dia yang disangka tidak wujud itu muncul di depan mata?


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ONGOING] SUNDREESOROWhere stories live. Discover now