💫BAB 26💫

2.3K 160 29
                                    

Sweetheart!

Sweetheart!

Sweetheart!

Dhia naik meluat mendengar panggilan 'sweetheart' sahaja yang keluar dari mulut Eldian. Sikit pun Eldian tidak memikirkan perasaannya.

"Sweetheart, tolong abang buatkan kopi boleh?" Ujar Eldian dengan lembut pada Mia. Mia mengangguk lalu bangun dari duduk sebelah Eldian dan bergerak ke dapur.

"Okey abang enough." Kata Dhia. Eldian mengerut dahi.

"Enough what?" Tanya Eldian.

"Enough with your sweetheart apa semua. Sebelum ni abang selalu suruh Dhia buat kopi tapi apahal dah 3 bulan abang asyik suruh Mia je? Abang sekarang asyik manjakan Mia je. I'm your wife too!" Kata Dhia. Eldian mengerut dahi.

"Mia kan mengandung, kesian lah dia." Kata Eldian. Dhia tersentak. Ayat itu lah yang digunakan untuk menyuruh Eldian berlaku adil.

"Kenapa gaduh gaduh ni? Dhia? Abang?" Mia datang bersama secawan kopi ditangan.

"Kau... Kau kata kau tak nak El tapi kenapa sekarang kau sibuk berkepit dengan El?" Kata Dhia memandang tepat wajah Mia.

"Eh bukan Dhia ke suruh El rapat dengan aku ambil hati bagai. Aku terima dengan hati terbuka and sekarang, aku sedar, aku dah sayangkan El." Kata Mia sambil mengusap perutnya yang sudah mencecah 3 bulan.

"Sunshine, dah lah jangan lah gaduh. Sian Mia, dia tak boleh stress nanti dia sakit." Kata Eldian sambil memegang tangan Dhia. Dhia terus merentap tangannya.

"Fine, kalau abang dah cinta kan perempuan ni then let me go. Lepaskan Dhia, ceraikan Dhia. Dhia tak ingin lagi berkongsi. Abang boleh bahagia dengan perempuan ni, Dhia bahagia dengan hidup Dhia." Kata Dhia dengan air mata mengalir.

"Dhia-

"APA!?" Jerkah Dhia pada Mia.

"Dhia, kau berdarah!" Kata Mia. Dhia tergamam terus dia memandang ke arah kakinya, Eldian turut memandang ke bawah.

" Ya Allah sunshine." Eldian terus mendukung tubuh Dhia lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

"Mia, kau tolong jaga rumah and Dhika." Kata Eldian. Mia mengangguk.

Eldian terus memecut laju keretanya dibawa ke hospital. Wad kecemasan dituju.

Eldian menunggu Dhia di hadapan wad kecemasan itu dengan rasa gelisah.

"El." Yusof datang bersama Isabella.

Laju saja tangan Isabella menghinggap dipipi Eldian. Terteleng kepala jejaka itu akibat tamparan Isabella.

"Ayangg!" Isabella ditarik oleh Yusof.

"Aku serahkan Dhia pada kau untuk kau jaga dia, bukan sakitkan dia. Kalau kau rasa sayang kau, cinta kau dah beralih arah pada perempuan murahan dekat rumah tu lepas kan Dhia, aku jaga Dhia lagi baik dari kau jaga." Kata Isabella dengan tegas. Eldian memegang pipinya.

"Bella, kau dah salah fa-

"Salah faham? Eh Dhia hari-hari menangis mengadu kat aku pasal how you treat her!" Kata Isabella.

"Isabella Ezzrene! Enough!" Yusof menaikkan suaranya. Isabella tergamam.

"Tuan El." Seorang doktor yang merawat Dhia menegur Eldian.

"How my wife?" Tanya Eldian. Doktor itu tersenyum.

"Puam Dhia hanya mengalami pendarahan akibat stress. Tapi tak mengapa ianya tak serius. Kandungan Puan Dhia okey." Kata doktor itu. Eldian nengerut dahi.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now