Ryan mengorak langkahnya menuju ke pondok menunggu. Tangannya ligat menaip mesej kepada Lufias untuk mengambilnya pulang. Waktu persekolahan sudah tamat hampir sejam yang lalu. Tadi pun dia hanya menghabiskan masa dengan menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Baik buat awal, nanti kat rumah boleh relaks.
Dari jauh, dia sudah melihat seorang pelajar yang masih belum pulang. Siapa lagi kalau bukan si Mikael. Entah apa laa yang si Talha tuu busy sangat, kalau yee pon bawak laa balik anak dia dulu, omel hati Ryan. Dia menuju ke arah Mikael.
"Tunggu papa ke?" tanya Ryan sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Mikael. Mikael memandangnya dengan wajah masam dan mengangguk perlahan.
"Sokay laa, papa kan banyak keje. Japgi dia datang laa tuu. Cikgu teman Mika okayy." Ryan cuba memujuk pelajarnya itu.
Terukir senyuman kelat di wajah Mikael "Terima kasih cikgu. Hurm..."
"Kenapa nie?"
"Hurm, tadi masa ada quiz math dalam kelas Mika tak dapat full marks cam selalu. Hazri yang dapat. Mika tak suka dia." cerita Mikael dengan bibir yang tercebik-cebik seperti ingin menangis. Dia masih ingat lagi wajah berlagak Hazri apabila dia berjaya mengalahkan markah kuiznya tadi.
"Eish Mika nie, mana bole camtu. Tak baik. Maybe harinie luck Hazri. Sokayy nanti bole try lagi. Dalam pembelajaran memang laa ade persaingan." kata Ryan cuba memujuk pelajarnya itu.
"Mika rasa nak tumbuk Hazri tuu. Dia berlagak. Suka ejek Mika." tangan kecil Mika sudah mengepal penumbuknya yang sebesar bola tenis.
"Amboi dia nie, kecik-kecik daa pandai nak tumbuk orang." tergelak Ryan melihat telatah Mikael itu. Mikael memandang gurunya itu dengan pandangan hairan "Yelaa tadi kan cikgu suruh Mika bersaing, kena laa tumbuk dia kan?"
"Mika salah tafsir nie." Ryan menghentikan katanya seketika, menyusun ayat untuk Mikael "Maksud cikgu suruh bersaing tuu, biar lah persaingan sihat. Macam lumba sape markah paling tinggi dalam kuiz, sape dapat nombor 1 dalam kelas, haa camtu baru betul. Nie ade pulak bersaing nak tumbuk-tumbuk orang bagai. Takde faedah."
"Ouh. Hehehe faham cikgu." Mikael tersengih memandang Ryan. Ryan hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Cikgu balik dengan siapa nanti?"
"Balik dengan kawan cikgu." jawab Ryan. "Nape?"
"Ingat nak ajak cikgu balik dengan papa sekali." cadang Mikael
"Ehh takpe laa, japgi kawan cikgu datang laa tuu." terus sahaja Ryan menolak. Peristiwa 'khazanah' haritu pun belum hilang lagi malunya, memang tak laa dia nak hadap muka si Talha tuu. Segan weyy...
Tiba-tiba mindanya melayang pula ke peristiwa pagi tadi. Lufias melayannya seperti acuh tidak acuh sahaja. Tidak berbual dengan dirinya seperti biasa. Sahabatnya itu menghantarnya ke sekolah tanpa berkata apa-apa. Dia pun tidak lah menegur sahabatnya itu, takut badmood nanti lain jadinya.
Takkan laa dia merajuk kot. Kalau nak merajuk pon sebab ape? Aku ada buat salah dengan dia ke? Entah-entah Danny ada citer yang bukan-bukan pasal aku.
Yelaa, semalam kan aku reject dia ajak main. Si jantan tuu pon satu, daa ade boyfriend buat laa cara ade boyfriend. Dia ingat aku suka agaknya perangai pervert dia tuu, harap muka je hensem. Kalau aku desperate sangat baik aku couple dengan si Talha je. Aku lagi suka si Talha tuu...
"Cikgu."
"Haah, suka." Automatik terkeluar ayat itu dari mulut Ryan. Dahi Mikael berkerut "Cikgu suka?"
"Ehh, Mika tanye ape tadi?"
"Mika tanya, cikgu suka papa ke?"
Aduh, Ryan menepuk dahinya. Tuu laa berangan lagi kan daa melatah bukan-bukan. Dia tersengih memandang Mika "Eish Mika nie, kenapa tanya camtu?"
YOU ARE READING
DUDA (Gay Story)
RomansaRyan, seorang guru praktikal ditakdirkan untuk bertemu dengan Talha, yang merupakan seorang duda dan ayah kepada pelajarnya. Mungkinkah Talha ditakdirkan untuknya selepas apa yang berlaku antara dirinya dengan bekas kekasihnya?