Part. 2

3 1 1
                                    

Tiupan angin yang dingin perlahan menghembus di pipinya. Tubuh kecilnya sedikit mengigil.

Walaupun berpakaian yang panjang dan besar untuknya, namun tidak menjadi penghalang bagi angin di senja itu.

Sambil memeluk erat beg kertas berisi roti di dalamnya, dia menelusuri jalan di desanya itu.

Sambil berjalan, senyuman 'arnab' nya tidak lekang. Banyak sahaja sapaan dari warga di desa itu .

" Baik-baik di jalan Lili.."

Seorang wanita berusia sambil memeluk pasu bunga menegurnya sambil tersenyum. Madam Dal !

"Terima kasih Florist, Adio's "
Sambil melambai tangan.

Ada beberapa wanita seumurannya yang berselisih, namun langsung tidak memandangnya malah cepat-cepat berpeluk tubuh supaya tidak tersentuh tubuhnya.

Sudah kebiasaan bagi dirinya. Dia tidak lagi berkecil hati.

Memang dia selalu diperlakukan sebegitu oleh yang seusianya kerana bagi mereka, dia adalah gadis yang aneh.

Rumahnya berada jauh di hujung desa, hanya tinggal bersama Neneknya, tidak memiliki ibu dan bapa.

Sentiasa berpakaian aneh kerana suka berpakaian besar dan hampir menutupi semua tubuh badan. Berbeza dengan gadis desa yang lain , kebanyakannya berpakaian gaun, mengangguk rambut dengan hiasan bunga mawar di kepala, malah berias anggun.

Dia sudah lama sedar akan hal itu dan dia sudah biasa.

Sebenarnya dia ada sebab untuk kelihatan 'jengkel' di mata gadis-gadis malah di mata peria di desa itu. Namun hanya neneknya yang tahu.

_________________

Sesampainya di rumah, hari sudah gelap.

Kelihatan neneknya sedang duduk di kerusi malas, sambil mengait. Itulah hobi neneknya semenjak dia datang ke desa itu 5 tahun yang lalu. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat mengikuti jejak bakat neneknya itu kerana dia lebih gemar dalam menyulam daripada mengait.

Langkah perlahan dihayun kearah neneknya itu supaya tidak mengejutkannya

Tersedar akan bayangan dan gerakan, neneknya itu berpaling dan senyuman itu melebar.

" Lili...bagaimana jualan kamu hari ini? Kamu sudah makan kah? Maaf ya nenek hanya membuatkan kamu bubur saja petang ini. " Ucapan nenek nya Martha. Tangan tua itu perlahan menarik lembut tubuh cucunya itu untuk duduk di sampingnya sambil berusaha untuk berdiri.

Segera Ophelia menahannya dan mengatakan , dia tidak apa-apa dan memakan apa saja yang neneknya masak. Syukurlah dia di didik untuk tidak memilih makanan.

"Masih ada beberapa yang belum terjual nek, tapi saya sudah titipkan kepada Tuan Beil. Banyak pelanggan tertarik dengan hasil tangan nenek terutama baju panas yang nenek buat itu. " Sambil menuju kearah dapur, dia menceritakan suasana di pekan desa tadi. Tidak ada yang disembunyikan. Tergeleng-geleng kepala Martha mendengarkan celoteh cucunya itu.

Bukan dia tidak pernah menegur cucunya itu tentang pemakaiannya, tapi dia bukanlah seorang yang suka memaksa, jadi dia hanya mampu tersenyum saja dengan luahan cucunya itu bila isu berkaitan pakaiannya diutarakan.

Dia tahu mengapa cucunya degil untuk tidak berpakaian seperti pakaian kebiasaan para gadis di desa itu.

Hal itu sudah dia ketahui ketika cucunya ini menginjak usia 17 tahun.

Cucunya berpakaian sebegitu supaya tidak ada pemuda yang menyukainya, jika tidak ada yang berminat dengannya, maka perkhawinan tidak terjadi dan dia tidak perlu meninggalkan neneknya sendirian. Maka sebab itulah dia berpakaian sedemikian.

Namun di usia Martha yang semakin meningkat ini, dia sebenarnya risau akan hidup cucunya. Umur Ophelia sudah menginjak ke 21 tahun, dia khuatir jika dia pergi, tidak ada siapa-siapa yang boleh menganti untuk menjaga cucunya itu kelak kerana semua jejaka di desa itu memang sudah menunjukkan ketidak minat mereka terhadapnya.

'Apa yang harus aku lakukan..?' detiknya dalam hati.

Ophelia masih dengan ceritanya walaupun sudah selesai menjamu selera dengan neneknya. Mereka sambung menjalankan kerja mereka iaitu mengait dan menyulam. Itulah mata pencarian mereka sehari-hari. Dalam sebulan, mereka akan menjual hasil tangan mereka sebanyak dua kali, iaitu pertengahan bulan dan pada akhir bulan, pada setiap bulan. Neneknya akan mengait mengikut tempahan pelanggannya, manakala Ophelia akan membuat sebanyak mungkin sapu tangan sulaman hasil tangannya. Kebanyakan pelanggan mereka sememangnya wanita dan kebanyakkannya dari dalam dan sedikit dari sekitar luar desa, kerana di seberang bukit desa itu terletaknya sebuah istana yang dimiliki oleh kerajaan ESTANDARTE.

Walaupun desa mereka berdekatan dengan kerajaan itu, namun mereka bukanlah sepenuhnya penduduk di situ kerana kebanyakannya adalah penghijrah.

Sambil melakukan kerja itu, mereka bertukar-tukar cerita, itulah rutin mereka seharian ketika malam, walaupun hanya berdua, mereka akan pastikan rumah itu kekal hangat dengan kehadiran manusia di dalamnya.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HabromaniaWhere stories live. Discover now