"EXACTLY!" Getus Izara, terangguk-angguk teruja. "I pun rasa masquerade sangatlah overrated—"
"Phia."
Gadis berambut keriting dengan bibir semerah epal itu mendongak bila namanya dipanggil. Serasa tadi, dia sedang berbicara dengan Izara. Alih-alih, suara yang berkomunikasi dua hala dengannya itu berubah pula. Jadi lebih garau dan dalam berbanding kebiaaannya yang nyaring seperti kicauan burung dinihari.
Mata Sephia bertaut dengan sepasang mata coklat gelap. Tetapi tak segelap empunya seseorang. Sephia hampir-hampir saja melepaskan keluhan panjang yang akan didengari oleh sesiapa saja yang lalu-lalang. Mujurlah dia tersentap bila Izara yang berdiri di sebelah tiba-tiba melepaskan lengannya yang sejak tadi dipaut erat. Barangkali sama terperanjat dengan kemunculan entah dari mana Amar Nael.
"Boleh tak kalau kita cakap kejap?" Nael melirik sopan ke Izara bersama senyuman kecil. "Berdua." Sambungnya.
"Oh." Izara terkebil-kebil.
"Sorry. Family matter." Sambung Nael, ditujukan buat Izara.
Gadis berbawal lembayung itu mengukir senyum faham. Mujurlah dia cepat menangkap maksud Nael. Tak perlulah Nael memerah otak untuk memikirkan penjelasan lain. Tak berlengah, Izara pun mengucapkan selamat tinggalnya buat Sephia sekaligus meminta diri daripada mereka berdua.
Sephia meneguk liur. Jari kakinya sekejap-sekejap meringkuk di dalam kasut bertutup yang dia kenakan. Tapak tangan sekejap saja sudah basah. Dilanda gementar. Sudah lama dia dan Nael tidak berduaan seperti itu. Iyalah, mereka pun seperti orang yang asing dengan satu sama lain saja kebelakangan itu. Wajarlah ada sedikit canggung di antara mereka.
"Kau nak cakap apa?" Tanya Sephia setelah Izara cukup jauh daripada mereka.
"Aku... Aku tahu kau tak suka bila orang minta maaf tanpa tahu atas sebab apa—but I've been thinking and yet, aku masih tak tahu salah aku kat mana."
Mulut Sephia terkunci rapat. Pandangan dialihkan ke arah lain. Tak sanggup memandang jejaka di hadapannya. Rasa bersalah menyerangnya bertubi-tubi. Memanglah Nael tak tahu di mana letak salahnya. Dia tak tahu gambaran penuh hidup Sephia—dan mungkin juga, takkan pernah tahu. Ada beberapa rahsia yang sampai suatu masa nanti, patut mati saja bersama tuannya.
"I'm sorry." Ucap Nael, masih menatap Sephia sejak kali pertama dia merencat langkah gadis itu. "I'm sorry for lacking in everything, whatever that is."
Sephia mengetap gigi yang terketar-ketar menahan amarah dan sebal. Buku jari rapat ke sisi. Nafas ditahan terus, takut Nael terdengar nafasnya yang tersekat-sekat di rongga. Kepala diangguk perlahan. Tanda memaafkan.
"Also, please don't get mad at her, tapi Izara ada cerita kat aku pasal kau terlepas deadline assignment hari tu."
Sekali lagi, Sephia mengangguk tanpa memandang.
"Aku... Aku dah minta... Nusayr untuk jadi tutor kau."
"Hah?!" Akhirnya, Sephia menoleh tetapi bukan dengan senyuman yang kian mekar, tetapi garisan kerut yang jelas di dahi.
"He's—He was an excellent student." Nyata Nael seolah-olah mengaku hal itu memberi calar terbesar pada egonya. "Kau dengan dia pun ambil kos yang sama. Plus, dulu dia pernah je jadi tutor kau—"
"Nael, I was 12. It was UPSR." Cantas Sephia.
Nael menggaru kepala. "Yelah tapi sekurang-kurangnya kau dengan dia pun dah kenal. Senanglah kau nak tanya dia apa-apa nanti."
"Okay! Kalau pun aku dengan dia dah kenal, tak bermaksud dia nak tolong aku!"
"Actually... he already said yes."
"HAH?!" Garis kerut di dahi gadis itu bertambah.
Nael menghela nafas. Bukan itu reaksi yang dia inginkan daripada Sephia. 'Terima kasih' pun sudah memadai buatnya tetapi melihat air muka Sephia yang dalam penafian itu mengundang keluhan pula. Walhal niatnya hanya untuk membantu Sephia.
"Alah, tak payah nak risau, nak nervous sangatlah! It'll be just like old times."
Sephia mengetap semula giginya. Kalaulah Nael tahu apa yang dia baru saja lakukan. 'Macam dulu-dulu'? Memang taklah!
BOLA yang bergerak selaju cahaya hampir-hampir saja masuk ke dalam gaung gol tetapi alih-alih, tersasar seinci dan mengena tiang gol. Kayu Ria Xbox dibaling ke bean bag yang kebetulan ada di atas permaidani; menyerap segala tekanan dan melindungi alat pengawal permainan video itu.
Jejaka bermuka bengis yang baru saja kalah dalam permainan video bola sepak itu lantas mendongak tak berpuas hati ke seorang lagi jejaka yang baru saja menerobos masuk kamar tidurnya sesuka hati. Ketukan tiada, bunyi tapak kaki pun tiada, tahu-tahu pintunya sudah terkuak luas.
"Kau nak apa?" Tanya Nael, tak berbasa-basi.
Nusayr tersenyum herot. Sebelah tangan dikeluarkan dari dalam kocek celana bercorak genggang berwarna abu-abu dan hitamnya. Telefon pintar disuakan ke adiknya. Nael memandangnya dan telefon pintar itu bersilih ganti.
"Nombor telefon Sephia." Ringkas saja Nusayr menyatakan tujuannya ke situ.
Nael mengeluh sinis. Kayu ria Xbox dicapai semula. Permainan video kembali ke laman utamanya.
"Kenapa aku nak bagi nombor telefon Phia kat kau pula?" Balasnya sinis.
"Sebab Nael minta pertolongan Abang untuk jadi tutor dia." Nusayr tiba-tiba memetik jari seperti dia baru saja terfikirkan sesuatu. "Sorry. Merayu nakkan pertolongan Abang. Haa, baru betul!"
Nael mendongak, menjegil ke arah jejaka yang tak pernah keluar dari zona nyaman warna monoton. Sesakit telinga mendengar kata-kata Nusayr, sakit lagi hati yang terpaksa menerima saja kerana memang itulah kenyataannya. Lantas telefon pintar di tangan Nusayr disambar kasar dan sepuluh digit dimasukkan ke papan kekunci sebelum dikembalikan semula kepada tuannya.
"Se... phi...a... Jane." Nusayr menekankan setiap suku kata sambil menyimpan nama gadis itu dalam kenalan telefonnya.
"Sebelum kau cuba, aku nak warn kau awal-awal—kau jangan nak memandai 'try' Sephia. Kalau aku tahu—"
"Kenapa Nael kisah?" Tanya Nusayr tanpa mendongak dari skrin telefonnya. "Nael dengan dia ada sesuatu ke?"
Nael bungkam. Keheningan itu mempelawa Nusayr untuk menatap adik lelakinya itu dengan sebelah alis terjongket.
"Is she your girlfriend?" Tanya Nusayr terus tanpa kiasan.
"No, she's not but—"
"Then, you shouldn't be worried—" Nusayr menjeda dan menyelukkan semula telefonnya ke dalam poket seluar. "—kalau Sephia tiba-tiba suka kat Abang." Senyuman herot kembali menghiasi bibir.
"Kau—"
"Thanks for the number." Nusayr langsung tak memberi ruang dan terus meninggalkan kamar Nael dengan pintu dibiarkan terbuka.
Nael menyumpah seranah sekuatnya. Langsung tak risau jika Nusayr mendengarinya. Memang untuk Nusayr dengar pun. Masuk reti pula buka pintu, keluar tak reti nak tutup balik pintu. Memang sengajakan nak menyusahkan hidup orang lain?
"Suka kat dia? Phia suka kat dia?" Nael tertawa sinis. "Mimpilah!"
YOU ARE READING
OVERRATED
Teen FictionSephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak s...