≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Kedinginan yang terasa sampai ke tulang putih mengejutkan Fathiya daripada lena yang amat panjang.
Pantas tubuh dibawa bangkit daripada pembaringan. Dirinya membuang pandang ke arah sekeliling bilik yang kini keadaannya sudah tunggang terbalik dan ditambah pula dengan pakaian yang berselerakan di atas lantai.
Mata dikalih pula ke arah gerangan yang sedang tertidur pulas di sebelahnya itu. Wajah yang tadinya agak menakutkan, sudah beransur tenang. Memang boleh dikatakan berubah 360 darjah!
Fathiya tersenyum hambar. Klise. Dia sendiri tidak menyangka yang perkara maha berat ini menimpa dirinya.
Namun mengapa? Satu soalan yang Fathiya pun tiada jawapannya.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Ungkapan melayu lama itu tiba - tiba melintasi benak fikirannya.
Kerana kalau diikutkan rasa, Fathiya hendak menjerit sepuasnya, menangis hiba mengenangkan nasib diri yang kesuciannya telah diragut. Dia mahu lelaki itu tahu dan sedar tentang perasaan marah serta benci yang menyelebungi dirinya tika ini.
Sungguhpun begitu, akal waras Fathiya masih berupaya untuk menghalangnya daripada melakukan tindakan dangkal sebegitu. Manakan tidak, hal yang terjadi semalam bukannya berlaku kerana keadaan lelaki itu di luar sedar. Lagipula, Fathiya boleh membezakan ciri - ciri individu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya. Pendek kata, segala yang berlaku pada malam itu adalah di bawah kehendak lelaki itu sendiri.
Jikalau Fathiya meneruskan niatnya yang satu itu, mungkinkah lelaki itu sedar akan perbuatan salahnya?
Jawapan yang pahit untuk ditelan tetapi Fathiya turut yakin dengannya.
Sudah tentu tidak! Seperti yang dikatakan Fathiya tadi, hal yang berlaku itu ialah kehendak lelaki itu. Mana mungkin akan ada rasa bersalah yang menjentik sanubari seandainya diri sendiri yang tunduk kepada godaan syaitan laknatullah?
Oleh kerana itu, Fathiya lebih memilih untuk lari dari sini. Sekurangnya, dia dapat melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan itu adalah lebih baik daripada berpura - pura hebat serta berlagak kuat untuk menempuhi segalanya seorang diri sedangkan kemampuan yang dimiliki tidaklah sebesar mana.
Fathiya angkat tubuhnya perlahan. Bibirnya dikemam kuat, menahan kesakitan yang menjalar pada bahagian celah kelangkang saat kakinya mula membuka langkah.
Cadar yang sudah berkeronyok di hujung katil lantas dicapai untuk menutupi tubuhnya yang terdedah. Sesudah itu barulah dia meneruskan langkah untuk mengambil pakaiannya yang bertaburan di tengah ruang.
Namun malangnya, tak sampai beberapa kaki menapak, Fathiya kembali duduk di atas katil.
Setitis air mata jatuh membasahi wajah dek rasa sakit yang semakin menyengat. Apabila dirasakan rasa itu mula beransur hilang, Fathiya menarik nafas sedalamnya sebelum mula bangkit untuk kali kedua.
Fathiya menangis lagi. Agak kecewa apabila terasa segala yang dilakukan menemui jalan buntu sahaja. Bukannya dia tidak mencuba, tetapi kakinya memang tidak dapat menampung tubuhnya yang mana pada akhirnya menyebabkan Fathiya jatuh terduduk semula.
"No, Fathiya kau kena kuat. Tak ada siapa - siapa yang boleh tolong kau melainkan diri kau sendiri sekarang ini. Kuat Fathiya. Kau boleh!" Ucap Fathiya sendirian, untuk membakar semangat. Air mata yang bertakung segera diseka tak lama kemudian.
YOU ARE READING
Wafiq's
RomanceThe Crimson Series Volume One Fathiya Rasyakeen. Hidupnya yang hampir serba serbi sempurna itu teruji apabila Zakwan bertindak serahkannya kepada seorang lelaki secara tiba - tiba pada hari istimewa mereka. Lelaki itu, Tengku Wafiq Nufail. Jejaka ya...