"SIAPA?" Tanya Nael setelah Sephia menamatkan panggilan telefonnya.
"Sibuk jelah!"
"Ini mesti budak hingusan yang kau suka tu, kan? Mana dia? Kat luar? Meh, bagi aku tengok sikit lubang hidung dia yang jadi pujaan hati kau tu!"
"Ish!" Sephia menarik lengan Nael sekuat hati tetapi tekstur kulit jaket Nael menyukarkannya untuk menahan Nael daripada ke luar. "Tak payah nak menyibuk, boleh tak?! Suka hati akulah nak keluar dengan budak hingusan ke, budak terencat akal ke, kau siapa nak atur hidup aku?!"
"Amboi!" Sebelah tangan Nael mencekak pinggang, sebelah lagi memegang dadanya. "Disebabkan budak hingusan tu, kau dah berani nak tengking-tengking aku? Hearteu neomu neomu appayo!"
Janice dan Izara meledakkan tawa mereka. Aduh, ingatkan Nael ni sekali-sekala retilah serius sedikit. Lagi-lagi dalam keadaan seperti sekarang. Rupanya, memang susah nak marah orangnya. Padanlah mengapa dia memiliki ramai peminat di kampus.
"Ah, takde, takde! Aku tetap nak tengok muka dia!"
"N-Nael!" Sephia cepat-cepat mencapai begnya. "Kita jumpa esok jelah! I really, really have to go. Nanti aku cerita!" Katanya kepada Izara dan Janice.
"Bye!" Janice melambai ke arah sahabatnya yang terburu-buru untuk pergi itu.
"Hati-hati! Kalau ada apa-apa, jangan lupa call!" Pesan Izara pula.
Di luar, Nael mencekak pinggang sambil menoleh ke kiri dan kanan. Tiada pula mana-mana budak hingusan sedang menunggu Sephia. Yang ada pun, penjual pisang goreng di seberang jalan. Takkanlah sempat lagi nak meniaga sementara menunggu kekasih hati?
Alih-alih, sebuah Mazda CX-5 berwarna kelabu berkilat berhenti di kafe yang ada tapaknya sendiri itu. Nael berundur selangkah ke belakang. Hampir-hampir saja kakinya digilis tayar. Baru saja dia menyumpah seranah, kesedaran menerpa. Dia kenal kenderaan empat roda yang mewah itu.
Seolah-olah tahu Nael sedang berteka-teki, tingkap kereta diturunkan dan mendedahkan pemandunya. Kebiasaannya, pemandu kereta itu memakan kaca mata untuk rabun silaunya tetapi petang itu, kaca mata hitam terletak kemas di batang hidungnya yang mancung tak kiralah dilihat dari sisi mana. Itu... Amar Nusayr?!
"Nael!" Akhirnya, Sephia dapat mengejar jejaka itu tetapi dengan nafas yang tercungap-cungap sampaikan dia 'rukuk' kepenatan berlari.
"Ini ke lelaki tu?" Nael menuding ke pemandu kereta itu seraya menatap Sephia dengan kerutan di dahi.
Sephia mendongak. Barulah dia menyedari, Nusayr sudah berada di situ. Badan yang membongkok pun dia tegakkan. Wajah adik-beradik itu dia pandang bersilih ganti. Bibir digigit. Mati akal. Patutkah dia berterus-terang saja.
"If by 'lelaki tu' you mean her tutor, then yes. I'm her tutor." Amar Nusayr menyampuk, menurunkan sedikit kaca matanya ke bawah. "Jom, Sephia."
"O-Oh! O-Okay!" Dia tergagap-gagap mendengar namanya meniti di bibir jejaka itu. Sebelum pergi, Sephia sempat lagi berbisik kepada Nael; "Jangan. Jadi. Penyibuk!" Setiap kata ditekan.
"By the way, I've fixed the door. Unless awak nak saya tolong bukakan."
"Eh, t-takpe, takpe! Saya boleh buka sendiri!" Pipi Sephia berona merah.
Lalu tanpa berkata apa, Sephia terkedek-kedek ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Pintu kereta dia buka sendiri. Melihat Amar Nusayr yang sedang tersenyum puas, Nael merendahkan badannya agar setara dengan pandangan abangnya. Dengan gigi diketap kuat, dia membisik amaran.
"Memang aku yang minta tolong kat kau tapi kau jangan memandai nak cross the line."
"Kenapa pula abang nak cross the line... if she never draws the line?" Bisik Nusayr, senyumannya berubah sinis. "See you at home... Adik." Katanya lalu tingkap kereta yang legap dinaikkan semula.
Nael tak lagi dapat melihat gadis keriting yang tadi bergelut untuk memasang tali pinggang keledar. Kereta meluncur pergi, meninggalkan Nael bersendirian di tempat meletakkan kenderaan. Dia terfikir semula separuh daripada perbualan Sephia, Izara dan Janice di dalam kafe tadi. Betulkah Sephia ada seseorang di hati? Tapi... kalau betullah itu yang sedang terjadi, takkan orang itu Nusayr?
Tak mungkin!
BULU roma di tengkuk merinding tegak kerana akalnya tahu, jejaka berpakaian monotona itu berpijak di mana kakinya berpijak. Aneh sekali rasanya. Sempat berfikir, kalau dulu, dialah yang menjadi bayang-bayang jejaka itu tetapi sekarang, kad sudah diterbalikkan. Uno reverse, mereka bertukar watak.
Deru perlahan air terjun mini buatan manusia membuatkan Sephia menoleh ke arahnya sejenak. Bibir mengukir senyum dengan sendirinya. Bila Nusayr mengajaknya ke kafe saja untuk sesi mengajar dan belajar mereka, Sephia sedikit kurang senang dengan pilihan itu. Dia baru saja ke kafe, lagi mahu ke kafe. Lagipun, kafe selalunya hingar-bingar dengan suara pengunjung yang bersorak-sorai entah darihal apa.
Tapi... kafe yang satu itu agak berbeza. Terletak di tanahnya sendiri, jauh daripada pencakar langit dan kesibukan kota raya, suasananya sepi saja. Sempat juga Sephia berfikir, betulkah mereka sudah tiba di destinasi? Nusayr juga tak mengendara keretanya sambil melihat apa-apa jenis peta. Jalan ke kafe itu barangkali sudah dia hafal seperti nama-nama saintifik haiwan terancam di hutan tropika Malaysia. Kalau betullah begitu, maksudnya... Nusayr pelanggan tetap kafe itu?
Baru saja Sephia mahu mencapai tombol pintu kafe, tiba-tiba ada tangan yang mendahului. Akhirnya, kad diterbalikkan semula dan watak mereka kembali kepada asal. Nusayr sebagai objek, dan Sephia sebagai bayang. Sephia menguntum senyum malu sebagai tanda terima kasih pabila Nusayr menahan pintu untuknya. Namun rasa berbunga itu tak kekal lama. Terus digantikan dengan rasa kagum akan hiasan dalaman kafe.
Setiap sudut kafe dipenuhi dengan hasil seni yang halus sekali. Dinding-dinding kayunya dihiasi dengan lukisan tradisional Jepun yang menampilkan keindahan alam dan kehidupan sehari-hari masyarakat Negara Matahari itu beribu tahun dahulu. Di suatu sudut berhampiran kaunter kafe, ada rak yang menempatkan pasu seramik dan ukiran kayu. Di setiap meja yang diperbuat dengan buluh yang dianyam menjadi rotan pula diletakkan lentera.
Sephia menoleh ke sudut lain, membawanya kembali ke air terjun mini yang dia lihat tadi tetapi kali itu, melalui jendela kaca seluas mata memandang. Ternyata kalau dilihat dari sisi itu, ada pokok-pokok bonsai yang baru menumbuh, juga ada batu-batu taman yang dipilih dengan teliti.
"Wah..." Mulut Sephia terbuka luas.
Nusayr tersenyum kecil. "Cantikkan tempat ni. Plus point because it's also far from the city." Nusayr menjeda untuk menghela nafas. Di hujung nafas, hujung bibirnya menjongket. "It's quiet."
"Nusayr!"
Nusayr mengangkat tangan milisaat setelah namanya dipanggil. Sephia menoleh ke tuan suara itu. Kelihatan seorang jejaka memakai apron setona dengan meja rotan sedang mengelap cawan menggunakan kain putih di tangannya. Setelah menyedari Nusayr tak bersendirian, jejaka itu mengangguk seraya melihat Sephia; tanda menyapa. Sephia membalas anggukan itu dengan anggukkan kecil.
"That's the owner. Jom, saya kenalkan awak dengan dia. Alang-alang lepas ni awak jadi pelanggan tetap kat sini."
"Hah? S-Saya?" Sephia menuding jari ke batang hidung sendiri.
Nusayr tak menjawab tetapi menghayun langkah menuju ke arah empunya kafe itu. Sephia yang terpinga-pinga cepat-cepat menyedarkan diri sendiri dan mengejar langkah jejaka itu.
YOU ARE READING
OVERRATED
Teen FictionSephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak s...