#19 & 20

193 9 0
                                    

SEAWAL 9 pagi aku terus pergi ke tasik favourite ku. Sepatutnya aku bekerja, tapi rayden kasi aku cuti. Jadi aku gunakan peluang yang ada untuk pergi ke tasik.

Dah lama aku tak jumpa makcik keya. Aku rindu dekat dia. Dia takde call aku yang membuatkan aku risau. Sesampainya ditasik, aku mencari sosok makcik keya. Nombor juga ditekan namun tiada penyahut.

Aku berjalan sehingga ke penghujung tasik. Sosok makcik keya masih tidak dijumpai. Puas mencari, aku memutuskan untuk berehat dahulu. Aku duduk di bangku yang sama ketika aku dan makcik keya pertama kali berjumpa.

Pagi-pagi ni, angin sejuk. Aku dahla pakai baju nipis. Memang kesejukan la. Badan secara tiba-tiba di letakkan jaket oleh seseorang. Apabila aku menoleh ke belakang, makcik keya sedang tersenyum manis kepadaku.

Makcik keya mengambil tempat disebelah aku. Tangannya menghulurkan sekotak air susu kepadaku.

"Eh tak payah la makcik keya!" Tolakku dengan pemberian itu.

"Ambil la keysha. Makcik beli ni khas untuk kamu."

Teragak-agak aku mengambil air kotak susu itu. Aku paling tak suka berhutang budi dengan orang.

"Terima kasih makcik keya." Ucapku seraya tersenyum.

"Keysha buat apa sekarang? Lama keysha tak datang sini."

"Keysha kerja. Sebabtu dah lama tak datang. Keysha call makcik keya, tapi tak angkat."

Makcik keya mengambil telefon yang kuberikan kepadanya di dalam poket.

"Ni? Makcik tak tahu nak jawab call macam mana."

"Kenapa haritu makcik keya tak cakap awal-awal. Sini, biar keysha ajar makcik keya." Pelawaku. Merapatkan jarak diantara kami.

Aku mengajar makcik keya cara menggunakan teknologi itu, kami kemudian berbual dan gelak-ketawa bersama.

_

Aku menakses kad pekerja dahulu sebelum masuk ke ruangan. Ramai orang masih belum tiba. Disebabkan aku ni isteri CEO kat sini, memang kene datang awal la hari-hari.

Aku duduk di mejaku. Rayden pergi jumpa client. Hanya ada beberapa orang sahaja sekarang. Jam menunjukkan 8:30 pagi.

Awal kan?

Aku merehatkan diri dahulu sebelum sekejap lagi nak menghadap kertas yang bertimbun. Nafas dihembuskan, pc pula dihidupkan. Sambil menunggu semua pekerja datang, aku melayari internet.

Kemudian, lia selaku PA rayden datang menyapaku.

"Good morning keysha."

"Good morning lia."

"keysha sekarang selalu awal, sekarang."

Aku tersenyum malu dan menggarukan kepala yang tak gatal. Kalau ikutkan, nak aje aku kata sebab si bos dia tu lah aku kene datang awal.

"Erm taknak hadap jammed. Mestilah kene awal." Balasku memberi alasan.

"Oh ye, ni ada orang kasi untuk cik keysha."

Ucap lia lalu memberikan sesampul surat yang tidak bernama kepada ku.

Lia kemudian berlalu pergi. Aku membuka sampul surat yang tidak bernama itu, seutas surat diambil lalu aku membukanya dan membaca.

- keysha, right? Lepaskan rayden. Kau tak layak untuk anak aku. -

Aku mengeras. Mulut terbuka tidak percaya yang ini adalah ibu rayden. Kata-kata yang ditulis membuatkan aku sakit.  Walaupun hanya sekerat tulisan yang ditulis, namun perkataan 'tak layak' sangat lah menyakitkan hatiku.

LAMARAN TUAN (Unpublish For Editing)Where stories live. Discover now