Ting!
You've just received Rm 999.99 in your account ending ***2014
Cristy menganga setelah amaun itu masuk dalam akaun nya. Tak semestinya seseorang itu kaya, dia harus sedekah sebanyak ini padanya bukan?
Tsk!
"Benci sungguh aku!" Gumam Cristy sendiri.
"Apa yang kau benci sangat tu? Tak baik tau benci-benci orang. Boleh jadi orang yang kau benci nanti, esok-esok kau dah rindu." Tegur Raisha lembut.
Dia melabuh duduk diatas sofa beberapa meter dari Cristy diikuti Kimi sekali. Mereka terlebih dahulu pulang ke Malaysia. Semua ini gara-gara Cristy yang nak lari dari Dez.
"Dia dah buat banyak masalah dalam hidup aku dan sekarang kau nak aku rindu dia? Huh! Memang taklah!" Kasar bahasa Cristy, selepas dari kesembuhan amnesia. Kimi dan Raisha macam dah tak kenal sahabat baiknya sendiri.
"Beberapa dari bekas luka lama belum sepenuhnya sembuh. Ia dapat merekah dan berdarah lagi tapi tidak semestinya ia tidak dapat dirawat oleh hati yang mencintai." Kimi kini bersuara persis seorang ayah yang menasihati anak perempuannya.
"Kau takkan faham apa yang aku rasa Kimi. Kau boleh cakap senang untuk terima semua ni sebab yang hadap selama ni adalah aku! Bukannya kau! Cuba kau rasa apa yang aku pernah kena dengan Dez. Kau sendiri pun akan berdendam macam aku!" Tempelak Cristy geram.
"Setiap yang terjadi dalam hidup kau, jadikan ia pengajaran. Jangan pernah kau jadikan ia sebagai dendam. Apa yang berlaku antara kau dan Dez hanya salah faham. Kau tak ada hak nak hukum dia. Jangan ambil tugas Allah sedangkan kau tidak sempurna seperti manusia lain." Sambar Kimi dengan kilatan marah pada anak matanya.
"Kau dah tahu hal sebenar antara kau dan Dez kan? Orang yang sepatutnya kau berdendam adalah Krystal bukannya Dez! Dez buat semua ni sebab dia, bukannya sebab kau!"
"Habistu kenapa dia cari aku? Kenapa tak cari Krystal? Dez mula bercinta dengan Krystal kan? Jadi, tak perlulah nak babitkan aku dalam kehidupan dia. Kau pun satu! Sibuk nak bela si Dez. Huh!" Laju aje bibir itu menjawab.
Raisha perasaan raut wajah sang suami berubah. Lantas, dia memberi isyarat mata supaya Kimi keluar terlebih dahulu. Kimi mengangguk dan dia pun keluar dari rumah sewa Cristy.
"Kau nak tahu tak, mama dan papa kau sayang gila dekat aku. Sampaikan semua benda dia luahkan dekat aku. Mula dari kau amnesia, mereka takut untuk bagitahu hal sebenar tentang kembar kau. Mereka malu untuk mengaku bahawa mereka dah buang anak sendiri. Mereka malu jadi mama dan papa yang tak berguna untuk kembar mereka."
Cristy peluk tubuh. Masih dengan wajah angkuhnya. Tidak mahu terima apa-apa kebenaran yang keluar dari mulut sesiapa.
"Papa kau always salahkan diri sendiri atas perbuatannya. Hari-hari dia cakap 'aku papa tak berguna untuk anak-anak. Aku boleh kerja berkat dari pertolongan Allah yang menghantar Kimi untuk berikan aku pekerjaan. Kalau tidak, aku selamanya tidak berguna tanpa pekerjaan tetap.' "
Tika itu,
Wajah angkuh yang terbias tadi perlahan memudar. Anak matanya berkaca. Sampai begitu sekali mereka miskin?
"Be-betul ke papa cakap macam tu?"
Dalam beberapa minit, air hangat telahpun turun dari kelopak mata apabila balasan dari Raisha adalah anggukan.
"Aku tahu, dulu kau belum ada apa-apa kemudahan sehinggalah aku bagi cadangan untuk Kimi ambil Papa kau bekerja di syarikat Kimi. Selama ni, Papa dan Mama kau hanya berkebun. Hasil kebun itu dijual. Kalau ramai orang datang, maka banyaklah dapat hasil."
"Kenapa mama dan papa tak jujur dengan aku pada mula?"
"Kau tengah amnesia, jadi mama dan papa tak nak kau terlalu tertekan fikir hal kembar kau. Family kau lebih utamakan kesihatan kau berbanding semua ini. Lagipun, family kau masih fobia tengok keadaan kau pulang dengan parut-parut dan lebam di tubuh badan kau."
"Kau tahu dari mula Dez nakkan Krystal bukan aku kan?" Raisha memanggut-manggut kepala.
"Aku dan Kimi dah cari kau merata tempat dalam airport tapi langsung takde. Disebabkan waktu kami dah tak banyak, kami terpaksa meneruskan perjalanan kami ke Siam untuk menikah." Bibir Raisha perlahan mengendur ke bawah. Sedikit sedih dengan keadaan Cristy dulu.
"Selepas aku dan Kimi bernikah di Siam. Kami terus cari kau. Bukan setakat itu, Kimi upah banyak orang cari kau tapi sangat-sangat sukar untuk mendapat maklumat berkenaan kau atas sebab kekuatan dari orang-orang Dez yang begitu handal menyembunyikan segala tentang kehidupannya pada media sosial. Sedikit sukar untuk kami dapatkan kau atas sebab title dia yang menggerunkan. Aku dan Kimi boleh tahu kau berada di Itali, atas sebab beberapa orang upahan Kimi nampak kau dalam Mall bersama Dez. Orang-orang Kimi takut untuk berhadapan dengan Dez. Aku cukup bersyukur Dez halau kau dari rumah. Peluang cerah untuk aku bawa kau pulang ke rumah tapi bernasib malang bila kau terjebak dalam accident, penyebab kau jadi amnesia." Jelas Raisha panjang lebar.
Penjelasan dari Raisha cukup mendiamkan bibirnya. Perasaannya bercampur baur memikirkan kejadian dulu. Memaafkan bukan semudah itu tapi membenci juga tak dapat dihindarinya atas perbuatan kejam Dez.
"Apa tujuan Dez muncul di airport. Tempat yang sama dengan kita?"
"Aku dapat tahu, Dez merancang nak kahwin dengan Krystal dekat Siam. Itu adalah salah satu sebab kenapa kau boleh jumpa dengan dia." Jawab Raisha tenang.
"Kiranya, dia silap culik orang?"
"Iya, Cuba bayangkan kau adalah Dez, kau selalu disirami janji palsu bahawa kau takkan ditinggalkan. Bukan itu saja, Krystal janji buat apa saja untuk Dez kalau Dez masuk islam mengahwini nya. Tapi apa yang Dez dapat? Penipuan, kan? Kau rasa Dez akan percaya dengan kebenaran yang kau buta? Huh? Ditambah nama kau sama dengan Krystal. Lagilah kan?" Panjang berjela sampai Raisha terengah-engah cari nafas.
Cristy menunduk menekur tanah. Jari-jemarinya dimain antara satu sama lain. Riak wajahnya suram sekali. Sungguhpun dia mencuba untuk melupai apa yang terjadi dulu, namun siapa tahu bahawa luka itu masih berbekas dalam sehingga menanggalkan parut.
Iya,
Mungkin bisa diubati tapi percayalah memori-memori menyakitkan itu akan sentiasa bermain dalam fikirannya setiap kali dia menatap raut wajah Dez. Entah bagaimana untuknya memaafkan lelaki itu, ia buntu.
"Ini..."
Raisha sua gambar kembar Cristy.
"Krystal?"
"Mungkin kau merindui kakak kembar kau." Cristy menyambut baik gambar itu.
Dan tak lama,
Air jernih menuruni kedua pipi mulus itu. Cristy menekup mulutnya, akibat terlalu menahan esakan daripada keluar. Dahinya berkerut seribu menahan rasa sakit pada dadanya.
'Allah....sakit....Allah....'
"Pokok tidak pernah membenci angin bila daun nya gugur. Jadi, jangan pernah salahkan takdir hidup dalam dugaan."
"Allah tidak pernah silap percaturan. Walaupun kadangkala nampak salah di mata kita, suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah. Jangan sesekali menyesal dengan takdir Allah. Apa yang ditakdirkan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. Percayalah takdir Allah. Okay?" Pujuk Raisha lembut seperti Ibu yang menasihati anaknya.
Cristy mengetap bibir cuba menahan esakan yang keluar. Namun, apabila kesakitan di dada kali kedua menjengah, terlepas juga tangisan sayu itu. Lantas, Raisha menjalankan tanggungjawabnya sebagai sahabat dengan meminjam pelukan hangat bagi menguatkan jiwa yang sedang lemah tika ini.
"Apapun yang terjadi, aku sentiasa ada untuk kau."
Selanjutnya, pelukan itu bertahan selama sejam lama dengan mata membengkak. Tidak henti air mata itu turun membuktikan bahawa kejadian dulu menguras segalanya dalam dirinya. Setiap perlakuan kasar Dez masih segar dalam ingatannya hingga kini. Parut yang selamanya kekal sampai bila-bila.
YOU ARE READING
The Dez (COMPLETE) ✅
Action🄳🄴🅉 🄰🄽🄳 🄲🅁🄸🅂🅃🅈 'Dez' Dia terlalu misteri, seorang lelaki tampan juga dingin yang muncul dalam hidupnya. Banyak teka teki yang masih belum terungkap. Tanda tanya makin berlegar dalam benak fikirannya. Persoalan yang tidak jemu dibisiknya...