Aku terus bangun dari kerusi dan menyorok belakang willians.Alamak pakcik polident ni marah pulak kenapa dia pun boleh ada dekat sini.Bob mula tersenyum sinis apabila melihat aku yang berada di belakang willians.
"Kenapa kau takut dengan aku ke budak ? " Soal Bob kepadaku. Mukanya mengejek dirinya.Pakcik ingat saya takut ke ?
"Memang doklah aokme."
"Amboi kecek pahang ni mesti makan tempoyak banyak sangat ni sebab tu jadi pedas semacam je pagi tadi.Dah tu yang kau duduk belakang ians tu buat apa." Jawabnya dengan sindir.Lengannya mencekak pinggang.Alah alah pakcik ni tak nampak ke dia tengah potong rambut willians ni ? Aku hanya mampu mengutuknya dalam hati.Malas aku nak bersuara di hadapan keluarga aku.Kalau diaorang tahu perangai sebenar aku habis lah nanti.Silap-silap kena tendang keluar rumah tak nak lah aku.Seram bila memikirkannya.
"Kau ni memang tiada mulut ke macam mana ? Ke lepas terjadi pagi tadi terus acah acah jadi pendiam ha.Aku dah cakap kan tadi kalau aku jumpa kau aku nak gayang mulut kau ni pakai cili."
Mataku dikecilkan melihatnya.Tak puas hati lagi pakcik ni rilek sudah la.
"Enough bob kau ni dengan budak kecil pun nak gaduh jadi matang lah sikit." Ujar Willians kepada bob.Suka hati dia je cakap aku budak kecil orang dah besar lah !
"Kau diam,Ians ! Urusan dia dengan aku tak habis lagi so girl kau sini kita by one." Cabar dirinya pada aku. Matanya tetap memandang tajam.
Aku menoleh mencebik tidak memandang ke arahnya.Pak cik ni kenapa tak puas hati dah lah pakai seluar ketat ketat pendek pulak tu !
"Boleh meh sini apa yang pak cik tak puas hati dengan saya ! " Bentak aku dengan kuat sedikit.
"Kau ni kan dah lah pendek tembam pulak tu mesti hari hari makan donut kan ? Donut apa ea ? Donut matcha kan HAHAHAH." Gurauan Bob semakin kasar.
"Pak cik ni kenapa nak libatkan makanan pulak ! "
Sarah Rieana melihat aku apabila suara aku sudah meninggi.Zach dan Zia juga berang dengan sikap lelaki itu.Biadap.
"Santai do,Yang kau nak menjerit ni kenapa rilek sudah lah tak chill langsung budak ni.Orang bergurau je pun atau kau memang marah aku disebabkan panggil kau pendek tapi benda fakta kan kau memang P.E.N.D.EK." Sambung bob mengejek kearah aku dengan ketawa.
"Bob ada adik perempuan ? " Aku menukar topik.
Sengaja.
"Ada kenapa ? Eh kejap kejap apa kaitan kau tanya aku pulak ni ? Kan kita tengah gaduh ni kau tak nak balas balik ke ? " Soalnya.
"Jangan normalize kan pakai seluar pendek kau nak tunjuk dekat siapa pak cik ? lutut hitam legam kau tu sila belajar lagi agama orang lelaki yang pakai seluar pendek tak boleh jadi wali jangan buat main main bab agama ni boleh jadi fasik tahu tak ! Kesian adik beradik kau nanti susah nak kahwin.Tidak salah untuk berfesyen asalkan aurat terjaga." Tegur aku kepada bob dengan agak kasar.
Berubah terus muka Bob. Dia kata aku apa ? Lutut hitam ! Legam pulak tu.Kurang ajar budak ni haih.Merah padam muka bob apabila ditegur oleh Hanni Dalisya tentang auratnya. Mereka semua terdiam kecuali willians.
"Fasik what's that ? "
"Really kau tak tahu,Dude ? " Tanya Zach riel.
"I'm not a Muslim, Zach.So I don't know."
"Patut lah suka pergi club." Jawab Zach Riel.
Pergi club ?
"A a awak pergi club ! " Hanni Dalisya menoleh ke arah willians.
"Suka suka je release tension dekat situ lagipun bosan lah asyik tak lepak dekat sana nak buat apa je kalau tak pergi club asal tak boleh ke ? "
"Gila."
"Yes,I am crazy on you."
"Zitti Willians ! (Diam willians ! ) " Pekik Hayden Aryan.Terkejut bahu Sarah Rieana mendengar suara abangnya menjerit.Willians merenung maut kearah Hayden Aryan.Lelaki itu juga membalas pandangan dengan tajam.Mereka berdua sejak universiti bermusuhan.Dulu semasa kecil mereka berdua rapat sahaja tapi disebabkan satu peristiwa lalu jejaka itu mula membenci dirinya.
"Hai già una fidanzata, allora perché la vuoi ancora? Quante volte ti parlo, lei è mia! Non tu! (Kau dah ada tunang kan jadi kenapa kau nak dia lagi how many time i talk to you she is mine ! Not you ! ) " Teriak Willians.Zach mula memegang tangan tuannya Hayden untuk tidak mencari bergaduh.Iya dia tahu zaman muda lelaki itu.
Terpinga pinga Zia dan Hanni Dalisya mendengar bahasa asing di telinga mereka berdua.Bob juga turut memegang lengan sahabatnya itu.
"Aku yang gaduh korang pun nak gaduh jugak ? " Celah Bob.
"Diam lah ! " Teriak Hayden dan Willians serentak.
"Lah emo pulak dua dua ni." Desis hati Hanni Dalisya.Dia menoleh kearah zia.
"Jom lari nak ? " Cadang Hanni Dalisya.Dia membisikan di telinga Zia dan gadis itu hanya mengangguk kepalanya tanda setuju cadangan Hanni Dalisya.
"Se non fosse stato per te, non sarei fidanzata con lui! Sei tu che hai spinto mio padre a fidanzarsi con lui, che razza di cugino sei ! (Kalau bukan sebab kau aku tak tunang dengan dia lah ! kau yang hasut ayah aku untuk aku tunang dengan dia sepupu jenis apa kau ni ! ) " marah Hayden Aryan.Nafasnya turun naik melihat wajah dingin willians.Ingin sahaja dia menumbuk muka sepupunya itu.
"Babyyy ! " Jerit lantang Cabby.Gadis itu berlari mendapatkan Hayden di meja.
"Bala datang." Sambung Bob dan Zach serentak.Manakala Hanni dan zia senyap senyap berjalan melintasi mereka semua disitu namun mereka berdua salah langkah apabila Hayden geram memandang muka willians yang masih mengejek dirinya.Dia terus menolak tubuh willians ditepi kolam dengan kuat jejaka itu sempat mengelak mengakibatkan Hanni yang menjadi mangsa terjatuh di dalam kolam.
Splashhhhhhh
"Cik muda ! "
"Tolong saya Zia, saya tak reti berenang ! " Jerit Hanni Dalisya dengan terkopoh-kopoh dalam air.Dia sedaya upaya menahan nafas dalam air.Terkejut mereka semua yang berada di situ.Willians tanpa membuang masa terjun ke dalam air.Melopong mulut cabby melihat tindakan willians.Hayden juga berang kerana tidak dapat menolong gadis itu apabila tangannya dirangkul oleh Cabby.
"Abang ! "
"Kau o okay ?"
"Huk huk huk.Aku okay syaf." Batuk Hanni ditepuk dadanya mengeluarkan air di dalam mulutnya.
Syafran merangkul bahu Hanni Dalisya lega sedikit rasa apabila sepupunya tidak lemas.Dia membawa gadis itu ke tepi kolam.Willians yang tidak sempat selamatkan Hanni Dalisya berang diraup rambutnya yang basah kebelakang.
"Come puoi salvarlo! (Macam mana kau boleh selamatkan dia pula ! " Ujar Willians dengan geram.Syafran yang berada disitu hanya memberikan senyuman miring.
"Jom lah,aku bawak kau naik atas Hanni sejuk badan kau ni risau kena flu je." Kata syafran dia masih nampak badan gadis ini mengigil kesejukan kesian pulak sudah lah tadi kena marah dengan makcik tak beradab ini pula kena tolak dalam air.
Hanni dan Syafran mula naik dibantu oleh Sarah Rieana dan Zia.Mata Sarah sempat menoleh ke arah Syafran firdaus pelik macam mana dia boleh ada dekat sini tapi apabila melihat keadaan Hanni dia tidak mahu bertanya akan lelaki itu.Hayden dan Willians mampu cemburu cara melihat perilaku Syafran firdaus.
Zach dan Bob hanya diam tanpa berkata kata mereka berdua membisu tidak mahu campur dalam situasi sekarang.Salah berbicara nyawa pulak ditaruhkan.