KEJOHANAN SUKAN

732 14 0
                                    

Kejohanan Sukan Peringkat Daerah telah pun bermula.Para kontinjen pasukan dari semua sekolah di daerah ini telah pun berkumpul di sini.Pelbagai acara dari olahraga,permainan individu dan berpasukan akan berlangsung di sini.Ini sebenarnya menyaksikan penglibatan utk kalipertama utk beberapa org pelajar seperti Hakimi,Budin (Ting 1,Bola Sepak), Amin,Haziq (Ting 2,Bola Tampar) Shazuan,Zaki (Bola Sepak) dan beberapa lagi nama yg aku sudah lupa.Tetapi apa yg mencuri tumpuanku adalah penyertaan Shafiq dalam acara merentas desa.Dia merupakan peserta bidan terjun kerana sekolahku kekurangan wakil utk acara tersebut.Pemilihan Syafiq dalam acara tersebut mengundang tawa daru aku dan yg lain apatah lagi selepas Shafiq sendiri merungut selepas dipilih.

Seperti dijangka, pasukan takraw yg diketuai oleh Nizam ketika ini mencerahkan harapan utk ke peringkat suku akhir selepas cemerlang di peringkat kumpulan.Sememangnya sekolahku memang handal dalam pertandingan takraw,cuma belum ada rezeki untuk bergelar juara.Mungkin tahun ini adalah masanya.

Pasukan olahraga sekolahku mencipta kejutan apabila memenangi 4 pingat emas 3 perak dan 5 gangsa,meletakkan sekolahku dalam kedudukan 5 terbaik dari 12 pasukan yg bertanding.Sebentar lagi perlawanan kedua utk pasukan bolasepak yg diketuai oleh diriku sendiri akan bermula.Pada perlawanan pertama pasukan kami hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan Rembau B.Aku rasa itu merupakan keputusan yang adil kerana kedua pasukan beraksi dengan cukup cemerlang.

Gol dari luar kotak penalti oleh Zaki daj tandukan pada minit akhir oleh Shazuan memberikan kemenangan utk pasukanku dengan keputusan 2-0.Shazuan begitu teruja ketika menjaringkan gol,ini adalah penampilan utamanya di pentas peringkat daerah.Terik matahari mula berada jelas di atas kepala kami,kerana terlalu panas aku dan beberapa org dalam pasukanku membuka baju.Ketika ini perlawanan melibatkan juara daerah utk 2 tahun berturut turut iaitu pasukan SEMABOK sedang berlangsung menentang pasukan KUNDUR.Melihat cara pasukan SEMABOK bermain,aku tahu ini akan menjadi sukar.

Pasukan bola tampar yg diketuai oleh Afiq mencipta kejutan besar apabila mara ke peringkat akhir.Ini memberi azam kepada aku dan ahli pasukanku yg lain utk mencipta kejutan yg sama.Pasukan takraw sekolahku menepati ramalan ke final dan perlawanan akan berlangsung pada bila bila masa.Pasukan bolasepakku juga mempunyai harapan utk ke perlawanan akhir tetapi dengan syarat kami perlu memenangi perlawanan pada separuh akhir.Ketika ini jurulatih pasukan sedang sibuk memberi taklimat dan merencana strategi kepada pasukan.

Kami dikejutkan dengan gol awal dari pasukan lawan.Ikhwan,penjaga gol kami yg berada di dalam tingkatan 1 gagal menangkap kemas bola dari sepakan penjuru.Kesempatan itu membawa jaringan yg dijaringkan oleh pemain pasukan lawan.Aku berjaya menjaringkan gol penyamaan pada babak akhir permainan separuh masa pertama setelah menerima umpanan cantik dari Hafiz.Shazuan pula menjaringkan 2 gol menarik pada babak kedua sekaligus membawa pasukan ke peringkat akhir bertemu pasukan SEMABOK,juara edisi 2 tahun berturut turut.

Sedang berehat,kami mendapat info  bahawa pasukan bola tampar dan takraw memenangi pingat emas.Shafiq yg mewakili sukan merentas desa juga meraih pingat perak.Terkejut juga aku mendengarnya,sememangnya Shafiq mempunyai bakat istimewa yg tidak disedari oleh dirinya.Semua ahli pasukan takraw,bola tampar,olahraga dan sukan lain dari sekolahku kini berkumpul di tepi padang,memberikan sokongan kepada kami utk perlawanan yg akan bermula sebentar lagi.

Hafiz melakukan satu jaringan cantik melalui sepakan percuma yg terus menewaskan penjaga gol.Meskipun pasukan kami mendahului,jaringan awal tadi belum membuat kami berasa selesa.Bahkan memberi tekanan kepada diriku dan kesemua pemain  apabila pasukan SEMABOK melancarkan serangan bertali arus.Mujurlah pertahanan kami bermain dengan cukup cemerlang.Di tepi padang,penyokong pasukan kami dalam keadaan gelisah apabila perlawanan dikuasai pasukan SEMABOK.Pembantu pengadil di tepi padang mengangkat tanda 3 minit masa tambahan diberikan.3 minit yg panjang utk kami bertahan.Fahmi berjaya mengambil bola dari kaki pemain lawan lalu di hantar kepada Zaki yg kini bermain di kawasan sayap.
Dengan kelajuan pantas yg dimiliki,dia berjaya melepaskan diri dari pemain pertahanan dan menghantar bola tepat ke kepalaku.Aku menanduk hantaran tersebut tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol,mujurlah Shazuan sempat menolak bola tersebut ke dalam gawang utk gol kedua dan kemenangan.Pengadil kemudian meniup wiselnya dan pasukanku meraikan kejayaan memenangi pingat emas bersama penyokong pasukan kami di tepi padang.

Tahun yg cukup cemerlang utk sukan disekolahku.Ketibaan kami di perkarangan sekolah disambut dengan meriah oleh pelajar lelaki dan perempuan bersama paluan kompang.Sememangnya kami semua berpuas hati dengan pencapaian kali ini.Usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now